# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Rabu, 23 Mei 2012

DAJJAL SUDAH LAHIR

FATWA NIK AZIZ KE-10


Hanya yang suci,yang maksum,tawadhuk dan istiqamah saja yang menyertai PAS.Tak pernah melakukan dosa dan tidak pernah menganayai manusia lain.Sebaik baik manusia semuanya berada didalam parti khawarij PAS.

Mat Sabu sifatkan yang menyertai PAS kesemuanya ahli syurga , ini termasuklah ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS.


Menyertai Pakatan adalah jihad dan perjuangan menentang kejahatan.Perjuangan mereka bagaikan seolah satu perjuangan yang suci. Maka sesiapa yang tidak menyertai perjuangan mereka jahat jahat belaka.


Tapi itulah yang cuba diterangkan oleh bapak komunis malaya si Mat Sabu yang terkenal dengan kes khalwat dan rakaman phone sexnya dengan isteri orang.Perlakuan kesalahan moral,jenayah dan juga apa saja kebobrokan kesemuanya akan terampun bagaikan bayi yang baru dilahirkan jika menyertai PAS dan Pakatan.


Mat Sabu mahu kesemua orang faham yang tak menyertai parti khawarij PAS dan Pakatan seperti Polis dan juga mana mana pihak adalah golongan penjenayah,penjahat dan pelaku penyelewengan.

Fitnah Mat Sabu terhadap semua orang dan juga anggota Polis yang tidak menyertai PAS membuktikan yang diluar sana berada didalam kemungkaran dan jahat.

Polis yang di hina dan dipanggil anjing tiba tiba menjadi lembu suci apabila menyertai PAS.Pujian melangit dosa diampunkan...

Justeru korang yang berdosa tak menyertai PAS ,Pisau berharap sangatlah cepat cepat ambik borang ke syurga sebelum terlambat...
Polis yang tidak terlibat dengan jenayah tidak akan takut untuk menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


"Saya yakin sangat, jika seseorang bekas polis tidak terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, dia tidak akan takut menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam PR," katanya.


Mohamad menyifatkan kenyataan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari mengenai perkara itu mempunyai pengertian yang sangat mendalam untuk dijadikan iktibar oleh rakyat.


"Menyertai PAS mendedahkan diri untuk menghadapi pelbagai ujian.


"Kalau seseorang itu terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, kesemua itu akan digunakan untuk mengugut jika bertentangan dengan Umno," katanya.


Dalam ucapan sulungnya selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Fauzi berkata penyertaannya dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.


Beliau juga berkata, penyertaan beliau ke dalam PAS bukanlah atas dasar mahu bertanding kerusi sebaliknya sekadar membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.


Serentak dengan penyertaan Fauzi di dalam PAS, Mohamad menjemput presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri agar mengikut jejak langkah Fauzi dan bersama-sama membantu kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.


"Sama seperti Fauzi, saya yakin Shafie tidak pernah terlibat dengan jenayah, tidak rasuah dan tidak pernah melindungi gangster dan beliau juga tentulah tidak takut seperti Fauzi," kata Mohamad.


Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan Shafie menyifatkan tindakan Fauzi menyertai PAS "mengkhianati kerajaan".


Sambil menolak pandangan Shafie itu, Mohamad menyifatkan pemikiran presiden PBPM itu sebagai pemikiran typical sebahagian bekas polis.


"Pemikiran mereka seperti telah dibrainwash dan diselewengkan untuk mempercayai Umno itu kerajaan, Umno itu negara dan Umno itu Melayu.


"Sebab itulah bila orang menyertai PAS, mereka menuduh orang berkenaan mengkhianati kerajaan, mengkhianati negara dan sebagainya," katanya.


Hanya anggota polis yang bijak seperti Fauzi sahaja, katanya lagi, yang boleh menolak dakyah menyesatkan sedemikian rupa.


Mohamad juga merasa amat bersyukur apabila Fauzi menjelaskan tindakannya menyertai PAS juga didorong keinginan untuk menzahirkan rasa tanggungjawabnya terhadap masyarakat.


"Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. Saya boleh duduk rehat sahaja. Tapi, semacam ada rasa satu tanggungjawab untuk saya bersama PAS kini," kata Fauzi kepada Harakahdaily sebelum itu.-Haprakdaily


* Apabila datang ke Zaman Akhir Tahun akan lahirlah Dajjal yang merosakkan umat-umat manusia serta bukit-bukau dan gunung-ganang, maka lahirlah juga seorang yang akan menegakkan Agama Islam yang dikenali sebagai Imam Mahadi*


* Apa yang dilihat sekarang seperti Dajjal sudah dilahirkan oleh Parti PAS sendiri dimana Mursyidul AM Parti PAS iaitu Nik Aziz Nik Mat boleh dianggap sebagai DAJJAL*.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan