# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Ahad, 31 Mei 2015

Dulu Menghina & Sekarang Dihina

Sedih juga melihat nasib saorang yang bergelar ulama dalam Pas dan beliau juga satu ketika telah mengeluarkan Amanat kononya orang Umno Kafir kerana ketika itu Umno bekerjasama dengan Mca, Gerakan dan Mic kerana mereka ini orang kafir maka orang Umno yang beragama Islam dan berbangsa melayu diistiharkan oleh ulama ini sebagai KAFIR.

Demi untuk mendapatkan kuasa ulama ini sudah bertukar menjadi ULARmak dan menerima Cina Dap yang lebih kafirnya dari Cina Mca dan Gerakan sebagai rakan perjuangan dalam politik dan jika Umno dikatakan kafir tapi Pas tidak menjadi kafir kerana bekerjasama dengan Dap.

Kebelakangan ini ULARmak ini dihina oleh Cina Dap malah Lim Guan Eng telah mengatakan bahawa Dap telah menolak ULARmak ini dan lebih menyedihkan lagi didalam Pas itu sendiri ramai yang menolaknya. Shukur alhamdulillah Tuhan telah menganugerahkan penghinaan ini kepada yang layak menerimanya kerana mengkafirkan sesama orang Islam.

Sabtu, 23 Mei 2015

PROGGRAM KHAS DS NAJIB

Apabila Ds Najib memilih Ts Lim Kok Wing sebagai "Penyalaras Program Khas" untuk beliau turun keseluruh negara bagi mendapatkan sokongan dan menepis serangan perbagai pihak bagi memenangi hati rakyat semula dalam berbagai isu yang melanda negara masakini.

Walau apa pun mengikut lapuran TMI Ts Lim Kok Wing akan bersama-sama empat PENASIHAT RASMI Ds Najib - Datuk Johari Baharum - Ds Dr Abdullah Md Zain - Ts Rais Yatim - Ds Shahrizat Jalil, bagi saya melihat yang jadi penasihat pun terdiri dari yang berpenyakit kecuali Ts Rais.

Secara peribadi saya lihat walau apa pun yang Ds Najib buat sebenarnya rakyat terutama ahli-ahli Umno telah hilang keyakinan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno cara terbaik beliau berundur secara terhormat.

Jumaat, 22 Mei 2015

MENTERI KDN MALAYSIA





















Apa nak jadi dengan negara kita masakini Perdana Menteri dan Menteri-Menteri kebanyakan menyalah gunakan kuasa, sana sini rakyat bercakap tentang kepimpinan yang ada malah lebih merungsingkan lagi rakyat mula bercakap tentang Pemimpin yang mereka pilih sudah tidak ada masa untuk mengurus masalah rakyat mereka hanya sedang mengurus harta mereka. Saperti dua gambar yang tersebar dimedia sosial masakini jelas menampakan kelemahan menteri KDN ini walau apa pun biar gambar ini berbicara.

Khamis, 21 Mei 2015

KELUARGA SICOMAT

Anak beranak kepada Perdana Menteri hadir ke Parlimen hari ini, ketika Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rancangan Malaysia ke-11.

Jurugambar merakamkan Rosmah duduk di tempat pelawat di belakang kawasan anggota Parlimen pembangkang, betul-betul di belakang kedudukan Kamarul Baharin Abbas (PKR-Teluk Kemang).

Rabu, 20 Mei 2015

PENYUSAH ORANG MELAYU

Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein merupakan bapa Pembanguna Negara, bapa Pembangunan Luar Bandar, Pencetus kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB), melahirkan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS), Bank Bumiputra dan pelbagai lagi agensi dan badan demi untuk orang melayu.

Persoalanya sekarang adakah dengan kehadiran anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak ini hanya mahu melingkupkan dan menyusahkan orang melayu ? ? ?.

Selasa, 19 Mei 2015

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Perdana menteri pertama Tengku Abdul Raman
Perdana Menteri kedua Tun Abdul Abdul Razak
Perdana Menteri ketiga Tun Hussin Onn
dan cuba kita bayangkan jika bukan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang menjadi Perdana Menteri yang keempat agakya apa jadi pada negara ini.

Apabila saya melihat ada beberapa individu yang menyerang Tun dalam isu 1MDB hati saya terasa bahawa mereka ini sudah tidak nampak jasa Tun selama 22 tahun tetapi mereka lebih nampak jasa Ds Najib yang baru berusia 6 tahun, walau apa pun saya mengucapkan tahniah pada Tun dan ucapan takziah buat yang menghina Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khamis, 14 Mei 2015

1MDB


1MDB Di Ambang Kemuflisan. Bantuan Blogger dan Penyokong Najib di Perlukan Segera.

Oleh Bluee Oocean.

Hari ni keluar berita Deutsche Bank meminta 1MDB menyelesaikan sepenuh nya dan dengan serta merta hutang mereka kepada Bank tersebut yang berjumlah USD975 juta. Persoalan nya boleh kah Deutsche Bank berbuat begitu walau pun tempoh perjanjian pinjaman masih berbaki 4 bulan dan1MDB tidak pernah gagal dalam membayar ansuran yang di tetapkan kepada Bank tersebut?.

Jawapan nya BOLEH.

Dalam semua perjanjian pinjaman yang melibatkan perbankan ada sebuah klausa standard yang di panggil 'Cross Default'. Makna nya jika1MDB bermasalah dengan mana mana bank atau pemegang bon, maka bank peminjam atau pemegang Bon yang lain di beri kuasa di bawah klausa tersebut untuk membatalkan pinjaman mereka kepada 1MDB dan meminta 1MDB menjelaskan keseluruhan pinjaman dengan serta merta.

Dan tindakan Deutsche Bank tersebut akan mencetuskan SITUASI PANIK kepada peminjam yang lain yang sudah pasti akan mengambil tindakan yang sama dan menuntut 1MDB menjelaskan keseluruhan hutang nya yang berjumlah RM42 billion dengan serta merta.

Jadi kalau ada blogger dan penyokong yang benar benar jujur nak menjadi benteng pertahanan DSN maka tak ada masa yang lebih sesuai selain dari ketika ini. Mungkin mereka boleh fikirkan macam mana dan dari mana DSN nak cari duit dalam tempoh terdekat ni untuk menyelamatkan 1MDB dari jatuh muflis. Mungkin juga mereka boleh membantu dengan mengadaikan semua harta benda mereka dan sedekahkan pada 1MDB.

Tun Faisal?. Lokman Adam?. Fuad Zarkashi? Anybody?.