# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #
# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.
# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #
# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#
Khamis, 14 Mei 2015
1MDB
1MDB Di Ambang Kemuflisan. Bantuan Blogger dan Penyokong Najib di Perlukan Segera.
Oleh Bluee Oocean.
Hari ni keluar berita Deutsche Bank meminta 1MDB menyelesaikan sepenuh nya dan dengan serta merta hutang mereka kepada Bank tersebut yang berjumlah USD975 juta. Persoalan nya boleh kah Deutsche Bank berbuat begitu walau pun tempoh perjanjian pinjaman masih berbaki 4 bulan dan1MDB tidak pernah gagal dalam membayar ansuran yang di tetapkan kepada Bank tersebut?.
Jawapan nya BOLEH.
Dalam semua perjanjian pinjaman yang melibatkan perbankan ada sebuah klausa standard yang di panggil 'Cross Default'. Makna nya jika1MDB bermasalah dengan mana mana bank atau pemegang bon, maka bank peminjam atau pemegang Bon yang lain di beri kuasa di bawah klausa tersebut untuk membatalkan pinjaman mereka kepada 1MDB dan meminta 1MDB menjelaskan keseluruhan pinjaman dengan serta merta.
Dan tindakan Deutsche Bank tersebut akan mencetuskan SITUASI PANIK kepada peminjam yang lain yang sudah pasti akan mengambil tindakan yang sama dan menuntut 1MDB menjelaskan keseluruhan hutang nya yang berjumlah RM42 billion dengan serta merta.
Jadi kalau ada blogger dan penyokong yang benar benar jujur nak menjadi benteng pertahanan DSN maka tak ada masa yang lebih sesuai selain dari ketika ini. Mungkin mereka boleh fikirkan macam mana dan dari mana DSN nak cari duit dalam tempoh terdekat ni untuk menyelamatkan 1MDB dari jatuh muflis. Mungkin juga mereka boleh membantu dengan mengadaikan semua harta benda mereka dan sedekahkan pada 1MDB.
Tun Faisal?. Lokman Adam?. Fuad Zarkashi? Anybody?.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan