# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Khamis, 6 Disember 2012

DAP: Sepatutnya Buat Kursus Mengenai Rasuah Untuk PM Dan Kabinet ... !

Kenyataan kurang ajar cina komunis dari DAP Lim kit siang bapa komunis sekali lagi menunjukan kurang ajar terhadap PM serta Kabinet kerajaan malaysia ... mana menteri dan timbalan menteri ... apakah semua nya dah jadi SYAITAN BISU 

Daripada mengadakan kursus mengenai rasuah untuk ahli Parlimen, DAP berkata, Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutunya mengadakannya untuk perdana menteri dan kabinet beliau.SPRM dan Pejabat Peguam Negara (AG), tegas pemimpin DAP, Lim Kit Siang, seharusnya tahu di mana keutamaannya dalam memerangi rasuah, terutama rasuah besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim membidas pengumuman usaha SPRM untuk mengadakan kursus mengenai rasuah untuk ahli Parlimen, sambil menegaskan bahawa pemimpin tertinggi politiklah yang tidak tahu apa yang boleh diambil dan apa yang tidak boleh diambil.Beliau merujuk kepada kenyataan PEMANDU semalam bahawa kursus, yang merupakan sebahagian daripada Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0), dirancang diadakan tahun depan.

Rabu, 5 Disember 2012

JMM Dakwa MP, Suaram Berbohong Isu Scorpene ...


Rangkaian Melayu Malaysia (JMM) mendakwa Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua dan NGO hak asasi manusia, Suaram telah berbohong kepada orang ramai mengenai kes kapal selam Scorpene di Perancis.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, Tian Chua dua kali memberitahu Parlimen bahawa pihak berkuasa Perancis itu hanya menjalankan siasatan terhadap perkara itu, tetapi dia memberitahu orang ramai bahawa ada kes mahkamah berjalan di Perancis.

Menurut Azwanddin, Catatan pada 21 November dalam Hansard Dewan Rakyat memetik Tian Chua, yang juga naib presiden PKR, sebagai berkata -  bukan sekali tetapi dua kali - bahawa tiada kes mahkamah mengenai perkara itu.Oleh itu, Azwanddin mendakwa, Tian Chua dan Suaram mengelirukan orang ramai dengan memberitahu rakyat bahawa perkara itu telah dibawa ke mahkamah. 

Ini, tegasnya, terbukti bukan dari apa yang dikatakannya tetapi apa yang ahli parlimen tersebut kata di Parlimen seperti yang tercatat dalam Hansard.Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Azwanddin berkata muka surat 160 Hansard itu memetik Tian Chua  sebagai berkata, I tidak pernah sebut perbicaraan.

Manakala muka surat 161 pula, tambahnya, Tian Chua dipetik telah berkata, Saya tidak pernah kata Perancis ada perbicaraan.Bagaimanapun, kata Azwanddin, terdapat SMS yang beredar sejak tahun lalu bahawa terdapat perbicaraan di Perancis mengenai kes Scorpene dan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan disepina.

Selangor Akan Turunkan Kamera AES Jumaat Ini





Exco Selangor Ronnie Liu berkata pihak berkuasa terbabit pada hari Jumaat ini akan menurunkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipasang di negeri itu.
Saya akan maklumkan masanya kepada pemberita," kata Liu yang bertanggungjawab ke atas kerajaan tempatan.

Kamera perangkap laju itu dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembak Kelang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 di Lebuhraya Utara Selatan.

Liu turut mempersoalkan satu gambar yang didakwa menunjukkan pekerja menurunkan kamera berkenaan di SKVE, yang beredar di ruang Internet.

Ianya palsu. Ia mungkin (dirakam) ketika mereka memasang (kamera) tersebut. Saya sudah hantar orang untuk periksa dan kamera itu masih ada," katanya.

Selangor akan menurunkan kamera berkenaan selepas memberi tempoh selama 14 hari kepada kontraktor AES supaya berbuat demikian dalam masa dua minggu.

Beliau mendakwa, Jabatan Pengangkutan Jalan dan kontraktor berkenaan gagal memohon untuk mendapatkan kebenaran merancang bagi memasang alat berkenaan – yang dianggap sebagai struktur haram.

Selasa, 4 Disember 2012

Ambil Iktibar Negara Tak Laksana Pemerintahan Demokratik ... ! ! !



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada negara yang tidak dapat melaksanakan pemerintahan secara demokratik kerana rakyat taksub kepada pemimpin.Keadaan itu, katanya berlaku kerana rakyat mengundi semata-mata berdasarkan perasaan tanpa menggunakan pemikiran sehingga negara menuju kehancuran.


Sebagaimana penyokong parti PAS, walaupun pemimpin mereka jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan agama, tetapi kerana PAS parti dia, dia sokong kerana emosi dan taksub," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Ketahanan Nasional kali ketiga yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia di Ayer Keroh di Melaka hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dr Mahathir berkata parti pembangkang di negara ini tidak mempunyai haluan dalam gabungan mereka berbanding BN yang bersepakat dan mempunyai organisasi serta matlamat dalam membentuk kerajaan. Beliau berkata pakatan tiga parti iaitu PAS, DAP dan PKR tidak ada satu haluan dan kesepakatan, misalnya PAS yang mahu melaksanakan kerajaan Islam dan PKR yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Ketika ditanya sama ada kini adalah waktu yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum, beliau berkata ia bergantung kepada penilaian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Saya nampak semangat baik sekarang ini, kita perlu rapatkan barisan kita supaya kita dirikan sebuah kerajaan yang kuat dengan majoriti dua pertiga," katanya.

PKR: Siasatan Untuk Halang Himpunan Minggu Depan ... !


Naib presiden PKR N Surendran mendakwa siasatan polis ke atasnya hari ini merupakan tekanan bagi menghalang satu perhimpunan yang dirancang pada minggu depan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya.
Surendran berkata beliau dipanggil untuk siasatan berhubung ucapannya di Brickfields pada 24 November berhubung masyarakat India yang tiada kewarganegaraan dan hak golongan itu untuk mendapatkan MyKad dan sijil kelahiran.

Kami percaya pihak berkuasa cuba menekan, mengganggu dan menakut-nakutkan kami untuk menghalang perhimpunan besar itu. Perhimpunan itu ada usaha untuk mendapatkan keadilan bagi ratusan rakyat Malaysia yang tiada kerakyatan di negara ini; bukan saja orang Indiia di Malaysia Barat tetapi juga warga Malaysia Timur yang terjejas, katanya.

Beliau ditemani peguam yang juga bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga serta pengarah biro guaman PKR Latheefa Koya di balai polis Travers hari ini. Ambiga mendakwa isu berkenaan tidak harus dipandang ringan dan sepatutnya menjadi tumpuan utama kerajaan.

Sepanjang pengetahuan saya, sepatutnya tidak ada warga Malaysia yang tiada kerakyatan, katanya kepada pemberita. Latheefa, dalam pada itu berkata, MP Kapar M Manikavasagam turut disiasat polis dua hari lalu dan beliau percaya tekanan itu akan berlarutan.

[FULL] Wacana Perdana 11 - PRU13; Masa Depan Islam

Bollywood 1990's Romantic Songs Collection Part 1 (23 Songs) by Rohit N...