# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Isnin, 21 Mei 2012

PRU 13 BULAN JULAI

Suasana Demam Pilihanraya




PR tidak ketinggalan dalam Demam Pilihanraya

DEMAM BOLA FA DAH HABIS SEKARANG SEMUA KAWASAN DALAM MALAYSIA MENGALAMI SATU WABAK BAWAAN MULUT MANUSIA IAITU DEMAM PILIHANRAYA 

Seluruh pelusok malaysia mengalami satu wabak bawaan mulut iaitu DEMAM PILIHANRAYA. Wabak ini akan pulih dalam masa yang terdekat sama ada dalam bulan september 2012 atau bulan Mac 2013.Tanda-tanda sesuatu kawasan itu dilanda wabak DEMAM PILIHANRAYA apabila banyak bendera parti politik digantung atau dipacak menggunakan buluh.Selain itu sekiranya seseorang dihinggap penyakit ini seseorang itu akan mengalami keresahan berpanjangan dan kurang tidur akibat berjaga sampai lewat malam.Pesakit tersebut akan keluar dari rumah pada setiap malam dan akan pulang pada lewat malam.Penyakit ini akan melanda semua kawasan dalam malaysia setiap 5 tahun sekali.Sekarang penduduk malaysia mengalami penyakit ini yang tidak ada ubat untuk memulihkannya sehingga Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

VETERAN PAS LARUT PENING KEPALA


Pas masih was-was, antara percaya atau tidak kemasukan Dato Fauzi

Sebentar tadi bertempat di Taman Kota Wira Kamunting, majlis ceramah politik dan majlis kemasyhuran kemasukan Yang Berbahgia Dato Fauzi Shaari anak jati Batu Kurau sebagai ahli baru Pas Larut.

Pas tetap suka dalam duka, banyak persoalan yang timbul kenapa Dato Fauzi menyertai Pas.

Pertamanya Dato Fauzi dilihat sebagai stool pigeon sahaja, masuk untuk mengorek rahsia Pas seperti mana kemasukan Kick de Fella yang menjadi SU Husam Musa yang berakhir dengan senjata makan tuan.

Tunku Aziz yang menyertai Dap juga dilihat sebagai bersifat sementara dan ternyata benar apabila Tunku Aziz menterjemahkan tembelang Dap di NTV 7 sebelum mengisytiharkan keluar parti.

Di Larut pula Ustaz Akmal Kamarudin menantu Presiden Pas Hadi Awang adalah calon yang ditunjukkan untuk menawan Parlimen Larut.

Sudah banyak pelaburan dibuat oleh Hadi Awang untuk menantunya menawan Larut. Wang ringgit melimpah ruah turun ke Larut dan berbagai program telah dibuat untuk meraih undi.

Hadi mahu manantunya menang besar dalam PRU 13.

Kemasukan Dato Fauzi dianggap satu ancaman terhadap menantunya. Sudah tentu Dato Fauzi mahukan satu pencalonan untuk PRU 13.

Nak letak dikerusi mana? Adun atau Parlimen? Sudah tentu level Dato Fauzi adalah level Parlimen.

Dun Kubu Gajah ialah Nazri Din, Batu Kurau milik Pkr, Selama adalah milik calon Selama. So Dato Fauzi dan Ustaz Akmal nak boh tang mana, lai lai li tamplom laa jawabnyam

Ahad, 20 Mei 2012

DEMAM PILIHANRAYA KE 13

DEMAM BOLA FA DAH HABIS SEKARANG SEMUA KAWASAN DALAM MALAYSIA MENGALAMI SATU WABAK BAWAAN MULUT MANUSIA IAITU DEMAM PILIHANRAYA 

Seluruh pelusok malaysia mengalami satu wabak bawaan mulut iaitu DEMAM PILIHANRAYA. Wabak ini akan pulih dalam masa yang terdekat sama ada dalam bulan september 2012 atau bulan Mac 2013.Tanda-tanda sesuatu kawasan itu dilanda wabak DEMAM PILIHANRAYA apabila banyak bendera parti politik digantung atau dipacak menggunakan buluh.Selain itu sekiranya seseorang dihinggap penyakit ini seseorang itu akan mengalami keresahan berpanjangan dan kurang tidur akibat berjaga sampai lewat malam.Pesakit tersebut akan keluar dari rumah pada setiap malam dan akan pulang pada lewat malam.Penyakit ini akan melanda semua kawasan dalam malaysia setiap 5 tahun sekali.Sekarang penduduk malaysia mengalami penyakit ini yang tidak ada ubat untuk memulihkannya sehingga Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

Jumaat, 18 Mei 2012

DATO FAUZI DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI


Orang Batu Kurau melompat bila Dato Fauzi masuk Pas

Bukan main seronok orang Pas bila Dato Hj Fauzi Shaari bekas pegawai kanan polis masuk Pas. 

Apa nak herankan. kaum kerabat dia pun dah lama jadi orang kuat Pas. Dia dulu kerja polis pun jiwa dia sudah Pas. 

Selepas beberapa tahun bersara sekarang istihar masuk Pas, Sebenarnya ia bukan pukulan untuk Umno Larut tetapi pukulan untuk Dr Mat Nor Manuty , Ustaz Akmal Kamarudin, Nazri Din dan juga Dr Rani, semua otai Pas Larut terasa panas punggung bila Dato Fauzi masuk Pas. Takut kena tepis ketepi....

Dato Fauzi mungkin terkilan kerana selepas bersara kerajaan tak lantik dia sebagai pengerusi GLC atau tak lantik dia sebagai Duta atau Konsulat. So masuk lah jadi orang Pas dengan harapan boleh jadi wakil rakyat. hehehehe....

 baca apa kata orang Pas di bawah

PENGISTIHARAN PERDANA!!! Bekas Pegawai Tertinggi PDRM sertai PAS

Tahniah..Buat Dato Haji Fauzi Shaari..Pukolan maut buat Zambry

Satu lagi pukolan maut buat UMNO Perak khususnya...Apa yang yang mantan KPN Rahim Nor katakan kepada Tuan Guru Nik Aziz dah termakan diri kepada bekas polis dan kepimpinan Polis... 

PAS KEDAH PINJAM DUIT CETI NAK BUAT PRU-13


FAIL SULIT KERAJAAN PAS KEDAH?


HARI INI MKT DEDAHKAN PULA SATU MAKLUMAT SULIT YANG TELAH DIDEDAHKAN OLEH BLOGGER MyMassa. HAYATILAH MAKLUMAT INI DENGAN TENANG DAN YAKIN...
MyMassa ada dengar info sulit mengenai kedatangan Menteri Pertanian Singapura di Kedah.


Namun, maklumat yang ada pada MyMassa masih belum cukup. Apabila terbaca pendedahan PANAS dari sahabat blogger Gerakan Timur, rasa maklumat ini perlu disebarkan dengan lebih luas lagi.

PANASSS... Setelah Di Kelantan, Tanah Di Kedah Pula Bakal Digadaikan Kepada Singapura???


Malaysia mengalu-alukan lawatan Menteri Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7-10 Mei lalu.

Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan media pihak Singapura, dalam lawatan tersebut, beliau dijadualkan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman.

Selain itu, beliau juga dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis.

Namun, sumber-sumber dari Kedah mengkhabarkan bahawa Encik Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah. Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak mengikut jadual perjalanan untuk ‘pekena’ laksa Kuala Kedah atau Mee Abu, bolehlah kita berkata ‘ada ku kesah?’

Tetapi, bila khabar yang diterima menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah, maka kita mula merasa curiga, hairan, serta marah.


Perjumpaan PKR dan DAP dengan kedutaan Singapura bukan lagi rahsia. Pada PRK Bukit Selambau, Saifuddin Nasution telah berjumpa dengan pegawai kedutaan Singapura. LGE pula sering berulang alik ke Kota Singa.


Kini PAS menyertai DAP dan PKR untuk bersahabat dengan Singapura. Menarik bukan.

Khamis, 17 Mei 2012


KONVENSYEN MEDIA SOSIAL NEGERI PERAK.

Untitled




Kali ni Parang Pedang nak umumkan mengenai Konvensyen Media Sosial Negeri Perak. Program yang akan diadakan pada 19 Mei 2012 bertempat di Hotel Syuen Ipoh. Pendaftaran peserta bermula dari jam 7.30 pagi hingga jam 8 pagi. Para pembaca sekalian dijemput hadir menghadiri konvensyen ini. Kedatangan anda dialu alukan dan ia percuma.

HARGA MARUAH BANGSA MELAYU


Bayaran RM50,000 Biadap! Kata Tunku Aziz

Itulah jawapan YM Tunku Aziz Tunku Ibrahim, bekas Naib Presiden DAP terhadap tindakan daripada pihak Setiausaha Agung DAP yang cuba merasuahnya untuk meredakan keadaan.
Tunku Aziz dipetik oleh The Malaysian Insider sebagai berkata bahawa beliau menerima panggilan daripada Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik Lim Guan Eng,  yang menawarkan bayaran tetap sebanyak RM50,000.00.
Bayaran itu menurut Zairil seiring dengan tawaran jawatan Fellow kanan di Penang Institute, sebuah think-tank milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan peluang untuk sering keluar negara.
Memang biadap! Apa Lim Guan Eng fikir dia boleh beli warga Malaysia begitu sahaja?  Apakah ini warna sebenar Lim Guan Eng dan DAP?
YM Tunku Aziz kurang bernasib baik kerana parti yang pernah diwakilinya begitu tidak demokratik, sama seperti PKR dan PAS. PAS telah memecat Dr. Hassan Ali dan PKR memecat Wakil Rakyatnya serta pimpinan dalam parti yang tidak seiring dengan Ketua Umum PKR.
KuLi- walau lantang, sentiasa dapat pernghormatan dari Presidennya.
Yang bernasib baik ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Katalah apapun, buatlah apapun, waima secara terang-terangan tidak sependapat dengan pimpinan UMNO dan hala tuju UMNO dalam hal-hal tertentu, namun terus dihormati oleh presiden UMNO.
Ini bukti jelas kepada rakyat Malaysia bertapa berbeza kepimpinan Najib Razak kalau dibandingkan dengan Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Keluarga Lim dalam DAP.