# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Jumaat, 14 November 2014

Cameron Highland

Laporan media mengenai kebanjiran kira-kira 30,000 warga asing di Cameron Highlands sebagai tidak masuk akal kata Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi.

Laporan itu sukar dipercayai tanpa sumber maklumat tepat. Bilangan pekerja asing di Cameron Highlands yang diluluskan setakat ini berjumlah 11,016 orang.

Itu yang diluluskan wahai pak Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Kawalan tapi yang tak diluluskan berapa banyaknya pula ? heran sungguh saya dengan perangai sesetengah Pegawai Kerajaan sekarang ini apabila media melapurkan sesuatu kes kebanyakan mereka suka menafikan.

Maaf cakap kalau benar Pihak Imigresen menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggong jawab tampa ada rasuah tak akan ada berjuta-juta pendatang dimalaysia masakini.

FAKTA TENTANG PUTRAJAYA

Selain Mekah & Madinah, PUTRAJAYA adalah Satu-Satunya bandar di dunia yg tiada GEREJA, TOKONG, KUIL, BIARA & seumpamanya..
Yang ada hanyalah Masjid & Surau.

Pergilah Ke Mana2 bdr besar, bahkan di bandar utama negara islam seperti Istanbul, Jakarta, Kaherah, Islamabad, Dubai dll, kita akan melihat wujudnya pelbagai rumah ibadat selain Masjid & Surau.

Hanya MASJID & SURAU sahaja dibenarkan di PUTRAJAYA..
Itu Adalah Melambangkan Keagungan ISLAM yg didokong & diIlhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bangunan pertama yg dibina di PUTRAJAYA Ialah MASJID PUTRA Perkataan MASJID yg digandingkan dgn PUTRA sebenarnya mempunyai simbolik yg tersendiri iaitu MASJID (mewakili agama Islam) & PUTRA (mewakili Melayu Bumiputra).

Pejabat Perdana Menteri pula sengaja dibina di sisi MASJID PUTRA agar secara simboliknya semua keputusan negara dibuat mendahulukan Islam & mengutamakan Bumiputra.

Masjid Ke2 Putrajaya Pula ialah MASJID BESI yg turut dibina berhadapan ISTANA KEHAKIMAN agar secara simboliknya semua keputusan Hakim secara adil lagi saksama dgn berlandaskan prinsip2 keadilan Islam.
Alhamdulillah.

Rabu, 12 November 2014

Himpunan Mega Jika Anwar Dipenjara - Tian Chua

Naib presiden Pkr Tian Chua berikrar untuk mengadakan Perhimpunan besar-besaran sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan Liwat II.

Beliau bercakap kepada 500 orang penyokong di luar Istana Kehakiman
dan kita akan berhimpun di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini sekiranya Anwar dikenakan hukuman.

Ia akan menjadi kebangkitan rakyat dan gelombang baru untuk mempertahankan ketua pembangkang.

Apa tindakan Menteri KDN dengan kenyataan ini ?

KENAPA NOH OMAR PERLU MELATAH ?

Dia suruh siapa berundur ? Umno Selangor tu siapa ? Saya hendak komen macam mana kalau tidak ada spesifik. Hendak undur apa ? Yang duduk di Umno Selangor itu semua ketua bahagian. Ketua bahagian yang dipilih oleh orang Umno, oleh perhimpunan.

Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dr Mahathir berkata Umno Selangor perlu menerima hakikat untuk berundur selepas mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.

Tegoran Tun demi kebaikan Parti Umno sebenarnya tegoran tersebut bukan untuk Umno Selangor malah kepada semua Negeri, tapi kalau masih ada lagi Pemimpin Umno yang mahu jadikan Parti Keramat ini sebagai Syarikat Sendirian Berhad saya yakin Umno akan terkubur dan jika Umno hancur bukanlah kerana Pembangkang tetapi berpunca dari Pemimpin Umno yang ada masakini.

Dari penilaian saya secara peribadi sudah sekian lama Pembangkang cuba hancurkan Umno berbagai cara digunakan tapi mereka tak berjaya dan tak akan berjaya Inshaalah, tetapi saya yakin kali ini kerana masalah dalaman Parti dan Masalah Pemimpin yang memiliki sifat hepokrit saya teramat yakin Umno akan tumbang selepas Pru 14 nanti.


Menjawab kritikan bekas perdana menteri yang berpengaruh terhadap Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan...
THEMALAYSIANINSIDER.COM

Nak Marah - Marah Lah


Mungkin ada yang marah pada saya tapi inilah sebenarnya akan berlaku selepas Pru 14 jika masih ada pemimpin Umno yang masih bersikap ego tidak bolih ditegur bertindak mengikut kuasa yang ada dan tindakan yang dilakukan merosakan Islam dan Melayu.

Isnin, 3 November 2014

PENDUDUK MALAYSIA SUDAH MENCECAH 30 JUTA


SB20141103
PENDUDUK MALAYSIA SUDAH MENCECAH 30 JUTA
KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk di Malaysia kini mencatatkan rekod baharu apabila mencecah angka 30 juta orang.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, sehingga pukul 5 petang semalam, jumlah rakyat Malaysia telah mencecah angka 30,001,710 orang berbanding 29,999,530 pada Rabu lalu.

Menurutnya, jumlah rakyat Malaysia kini telah meningkat tiga kali ganda berbanding tahun 1963 iaitu hanya 6.3 juta orang.

Jumlah tersebut berdasarkan kajian dan perangkaan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut jangkaan kadar kelahiran seorang pada setiap minit.

(Maklumat lanjut perangkaan jumlah rakyat Malaysia bagi tahun 2014 klik sini – MRM bagi Malaysia Population Clock klik sini)

Sumber Kosmo Online:

Statistik 2012 penduduk Islam dan agama lain di Malaysia:

Dari 28.334juta rakyat malaysia,

Penganut Islam adalah 17,375juta (61.3%)

Kristian 2.617j (9.2%),

Buddhist 5.620j (19.8%),

Hindu 1.77 (6.3%),

Cina Tradisi 0.356j (1.2%),

Lain-lain 0.11j (0.4%),

Tiada agama 0.2j (0.7%)

Tidak diketahui 0.272j (1%)

Perkembangan Agama di Malaysia dari tahun 2000 ke 2010 adalah seperti berikut:
1. Islam 60.4% pada 2000 ke 61.3%

2. Kristian 9.1% ke 9.2%

3. Buddha 19.2% ke 19.8%

4. Hindu 6.3% ke 6.3%

5. Cina Tradisi 2.6% ke 1.4%

6. Lain-lain 2.3% ke 1.1%

7. Tak diketahui 0.1% – 0.9%

Statistik agama untuk bangsa Cina di Malaysia seperti dibawah:
1. Jumlah penduduk kaum Cina adalah 6.392 juta dari 28.33juta (22.56%)
2. Cina Muslim 42,048 (0.65%)

3. Buddhist 5.314j (83.1% pada 2010 dari 75.9% pada 2000)

4. Kristian 0.704juta (11% pada 2010 dari 9.6% pada 2000

5. Cina Tradisi 218,261 (3.4% pada 2010 dari 10.6% pada 2000).

Statistik agama untuk kaum India :

1. Jumlah penduduk kaum India 1.9juta (6.7%) dari penduduk Malaysia

2. India Muslim 78,702 ;(4.1% pada 2010 dari 3.8% pada 2000)

3. India Hindu 1.644juta (84.5% pada 2010 dari 84.5% pada 2000)

4. India Kristian 114,281 (6% pada 2010 dari 7.7% pada 2000).




LASKAR MERAH PUTIH INDONESIA BERSAMA PERKASA



PERTEMUAN KEHARMONIAN ANTARA PERKASA DAN LASKAR MERAH PUTIH (INDONESIA)

2 November 2014, Jam 8.00 malam di Restoran Garuda Jakarta, Indonesia. Pertemuan bersejarah diantara PERKASA dengan LASKAR MERAH PUTIH.

PERKASA diketuai oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, manakala LASKAR MERAH PUTIH diketuai oleh Ketua Umum, Hj Adek Ervil Manurung.


LASKAR MERAH PUTIH adalah sebuah NGO yg pernah mencetuskan kontroversi dan pernah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dihadapan kedutaan Malaysia di Indonesia.

Insyaallah selepas pertemuan ini, keadaan akan berubah serta menjadi lebih baik apabila dua organisasi bersaudara ini bertemu dan bersepakat demi masa depan rumpun melayu dirantau ini.

LASKAR MERAH PUTIH mempunyai lebih daripada 12 juta orang ahli diseluruh Indonesia,

Ketua Umumnya sendiri akan hadir ke Perhimpunan Agung PERKASA di Kuala Lumpor pada disember ini bersama rombongannya.