# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Isnin, 3 Disember 2012

JANGAN Pandang Ringan Kemampuan UMNO/BN : Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang ... !


Walaupun keyakinan yang tinggi ditunjukkan oleh para pemimpin DAP dalam konvensyen negeri hari ini, namun setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng mengingatkan ahli-ahli parti supaya jangan mengambil mudah potensi saingan politiknya.

Lim mengingatkan mereka supaya jangan memandang ringan kemampunan BN dan Umno, bukan sahaja untuk memenangi majoriti dua pertiga di peringkat pusat tetapi juga untuk menawan semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengingatkan mereka supaya jangan memandang rendah keberkesanan pembohongan, ancaman dan politik wang serta sentimen perkauman dan melampau.Berucap merasmikan konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini, Lim mendakwa bahawa Umno adalah pakar dalam taktik-taktik kotor tersebut.

Lim berkata, pemimpin dan ahli-ahli DAP tidak takut kalah tetapi tetapi tegasnya, rakyat Pulau Pinang tidak boleh kehilangan masa depan mereka kepada Umno dan BN.Jika kita kalah, rakyat juga akan rugi, katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Beliau menambah bahawa pilihan raya akan datang akan menentukan bukan sahaja nasib DAP tetapi nasib rakyat.Lim memberi amaran jika BN kembali berkuasa di negeri itu, Umno akan memastikan semua program emas Pakatan Rakyat untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah, akan tidak ada lagi.

Umno, dakwanya, akan memastikan pembaharuan demokrasi dan langkah-langkah integriti akan digantikan oleh rejim yang menindas dan zalim yang korup.Umno juga, dakwanya, akan memastikan kerajaan yang mesra rakyat akan digantikan oleh kerajaan yang didorong oleh kroni.

Polis Soal Siasat Tujuh Orang Berkaitan Perarakan Hijau ..

Sekurang-kurangnya tujuh orang telah dipanggil polis untuk disoalsiasat berhubung Perarakan Hijau setakat ini, Himpunan Hijau, termasuk dua ahli parlimen PKR, kata ketua publisitinya, Lee Chean Chung.Mereka adalah ahli jawatankuasa pergerakan itu Dr Phua Kia Yaw dan Bang Seet Peng, pemilik sebuah SUV yang digunakan semasa perarakan - Jimmy Wong dan isterinya, ketua PAS Gombak Ishak Surin, dan Ahli Parlimen - Tian Chua dan Sivarasa Rasiah.

Manakala polis Kuantan menyoalsiasat Phua dan Bang hanya tentang Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari, Lee berkata masanya adalah "membingungkan", kerana ia telah hampir sepuluh bulan berlalu sejak perhimpunan itu diadakan.Kedua-duanya enggan menjawab sebarang soalan di ibu pejabat polis daerah Kuantan semalam.

Perarakan Hijau merupakan kembara sejauh 300 kilometre dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebagai membantah loji memproses nadir bumi Lynas, dan kumpulan itu tiba di Dataran Merdeka pada 25 November selepas dua minggu perjalanan.Menurut Lee, Ahli Parlimen Batu Tian Chua telah dipanggil untuk disoal siasat semalam.

Sementara itu pagi ini, Ahli Parlimen Subang Sivarasa yang juga seorang peguam, menemani Ishak ke balai polis Wangsa Maju sebagai peguamnya, tetapi beliau juga turut soalsiasat. Katanya, selepas kira-kira sejam disoalsiasat, walaupun polis berkata Ishak disoalsiasat sebagai saksi, tetapi beliau percaya soalannya bertujuan untuk mengaitkan beliau dengan penyertaan dalam perhimpunan haram.

Terus terang saya katakan, selepas kami mendengar kira-kira 40 soalan, Ishak tidak dipanggil sebagai saksi tetapi bakal menjadi orang yang dituduh.Tujuan soalan adalah jelas cuba untuk mendapatkan bukti bahawa Ishak terlibat dalam satu jenayah - perhimpunan haram di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Ahad, 2 Disember 2012

Zahid Mat Arip: Azmin Ali Kena Tulah Kerana Hina Sultan Selangor

MEDIA SOSIAL MASA KINI SIAPA YANG BERKUASA ... !


Sokong ISLAM Anda Selamat
Sokong PAS Anda Sesat

BERCAKAP tentang media sosial Kini sudah banyak blog-blog yang kecenderungan utamanya adalah menulis politik. Facebook juga sudah tidak lagi terkira banyak nya sehingga kadang kala kita lihat mereka ini sungguh bersemangat ada yang menyokong kerajaan mahu pun yang menyokong pembangkang, tapi ber-twitter nampak kurang ketika ini tapi kita tidak pasti lagi dimasa-masa mendatang.

Cuma apa yang mahu saya katakan disini sikap sesetengah Blogger-Blogger yang telah tersenarai diatas tak perlu saya nak sebut nama ( tapi kalau di cabaran akan saya sebut ) mereka-mereka ini mengangap mereka tersangat hebat kerana mereka di kenali pemimpin-pemimpin korap tertentu dalam UMNO.

Lebih malang lagi ada yang berani mempertikai Blogger-Blogger baru kerana mereka mengangap mereka orang lama dalam alam cyber ini, kepada yang berkenaan kalau nak jadi pecacai pada pemimpin tertentu sila teruskan tapi jangan cuba merendahkan kemampuan orang lain,bagi saya tetap menghormati semua keluarga Blogger tak kira yang baru atau yang lama tapi kalau ada yang berani bertindak kurang ajar sesama kita maka saya juga akan bertindak sedemikian ... !

Sabtu, 1 Disember 2012

Najib Isytihar Perang Habis - Habisan Terhadap Pakatan

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap Pakatan Rakyat dengan laungan slogan anti-Pakatan dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno hari ini.Satu undi untuk PKR satu undi untuk kerosakan akidah dan sosial!, laung Najib di hadapan perwakilan perhimpunan yang berdiri sebagai tanda penghormatan kepada.

Laungan anti-Pakatan itu diteruskan lagi dengan menyamakan tindakan mengundi PAS dengan kemerosotan Islam, dan undi DAP dengan penindasan bangsa Melayu.Satu undi untuk PAS bermakna satu undi untuk kehancuran Islam!

Satu undi untuk DAP maksudnya satu undi untuk penindasan bangsa tercinta!, laung Najib lagi disambut sorakan dari para perwakilan.Sebelum itu, Najib turut merakamkan penghargaannya kepada pejuang siber Umno yang bertungkus-lumus melawan perkara yang disifatkannya sebagai fitnah di laman sosial.Segala fitnah ini dalam laman sosial, jadi kita kena menguasai laman sosial, katanya.

Dalam ucapannya, Najib turut menegaskan bahawa beliau sentiasa bersedia mendengar suara orang muda yang membentuk 20 peratus daripada pengundi baru.Orang muda turun ke jalan, saya pun turun duduk di jalan... tengok bola, katanya.Najib turut bersetuju dengan cadangan sayap Pemuda dan Puteri agar Umno menubuhkan akademi kepimpinan.


Saya Khuatir Sikit Soal Kita Sesama Kita ... ! ! !


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menyembunyikan kekhuatiran terhadap kemungkinan 'tindak balas' dari anggota yang tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.Walau percaya bahawa sokongan umum akan memihak kepada BN, Najib tetap bimbang bahawa beliau akan menghadapi tindakan sedemikian daripada pemimpin Umno yang tidak dipilih sebagai calon.

Saya percaya musuh kita tidak kuat... saya yakin orang ramai akan memihak kepada BN... yang saya khuatir satu sahaja.... sikit sahaja.. soal kita sesama kita, tegasnya dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.Sepertimana dalam perhimpunan terdahulu, Najib turut meminta perwakilan membacakan ikrar agar taat kepada parti serta bekerja demi kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Tapi bezanya para perwakilan kali ini diminta menjawab soalan cepu emasnya – sama ada akan menyokong calon pilihan Umno sekiranya mereka sendiri tidak terpilih.Saya beri lima emungkinan. Pertama sokong sepenuhnya calon yang dipilih parti; kedua, sokong; ketiga, tidak bekerja; keempat, sabotaj dan kelima lompat parti, katanya.Tambahnya, soalan berkenan lebih penting untuk dijawab daripada kajian yang menunjukkan sokongan besar pada BN - seperti ikemukakan naib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelumnya.

Sebab itu dalam perhimpunan ini kita mesti kata kita mesti dengan suara yang cukup hebat bahawa jawapan yang kita hendak 'adalah saya tetap akan sokong BN'," kata Najib yang disambut laungan Boleh sebanyak tiga kali oleh para perwakilan. Kalau itu jawapannya yang sebenarnya dalam hati kita, Insya-Allah, akan memberi kemenangan kepada Umno dan BN (dalam pilihan raya umum), tambahnya.

Najib seterusnya meminta para perwakilan membawa soalan itu pulang untuk difikir secara mendalam dan mengawasi golongan penghasut - yang digelarkan tukang kipas dan batu ronson di dalam parti..dalam kereta, dalam bas ekspres, cuba tepuk dada tanya selera... Kita nak bawa semangat ini, kita nak menghayati semangat ini, (apabila) kita nak jumpa penyokong kita bila balik, katanya.

Sekiranya ahli berkenaan tidak kuat iman, sokongan penuh kepada calon berkenaan mungkin akan menyebabkan mereka berubah pandangan sehingga melakukan sabotaj ke atas parti, kata Najib.Jangan lupa ada juga bekas menteri, bekas timbalan menteri yang telah mengkhianati parti... kerana gila jawatan, kerana dirasuk orang tertentu sekarang jadi orang yang menentang Umno dan BN," katanya.

PEMBAHAS USUL AGAMA ( PAO 2012 )



Pembahas Usul Agama dan Pendidikan wakil Perlis Fathul Bari Mat Jahya. Sekarang zaman ujian Allah dengan perpecahan kalangan bangsa Melayu dan Islam. Bila bicara soal Islam ia mengatasi semua. 

Beza Perhimpunan Agung UMNO dengan Muktamar Pas... UMNO banyak serang DAP dan Pas, tetapi Pas banyak berbincang soal dalam... jawapan Fathul selama ini pihak pembangkang menyerang dengan pelbagai perkataan zalim seperti rasuah, zalim, makan duit rakyat dan pecah amanah, jadi kini UMNO bertindak menjawab kembali.

UMNO adalah kelemahan, kesalahan dan kesilapan, tetapi UMNO berusaha memperbetulkannya dan bermuhasabah diri. Bagaimanapun pihak pembangkang tidak pernah mengakui sebarang kelemahan mereka.

Islam tuntut kita mengakui kelemahan dan kezaliman diri kita dan melakukan transformasi, sebaliknya di pihak pembangkang hanya menyebabkan persepsi negatif semata-mata, Tayang video doa kehancuran.

UMNO digambarkan sering melakukan kesalahan, adakah mereka yang mendoakan jaham UMNO itu maksum tidak melakukan kesilapan.


Dalam Islam ada ruang mendoakan kehancuran mutlak, Nabi pernah mendoakan bencana kepada mereka yang bunuh ahli Quran melalui sembahyang selama sebulan, tetapi Allah menegurnya dan Nabi menghentikannya.

Kaedah berdoa mereka tidak betul. Pemimpin UMNO dituduh bermacam-macam keburukan dan pemimpin berkenaan boleh mendoakan supaya Allah menterbalikkan tuduhan itu, tetapi pemimpin UMNO sebaliknya mendoakan mereka berkenaan supaya diberi hidayah dan kembali kepada jalan yang benar.


Sebagai saudara sesama agama Islam, ahli UMNO memaafkan mereka iaitu pengikut Pas.


Apabila bercakap dengan pemimpin dan ketua gunakanlah perkataan yang baik, jika benar-benar mahu melaksanakan ajaran Islam.

Fathul Bari Mat Jahya minta tayangan video kedua dimana UMNO dituduh murtad. 

Nik Aziz menuduh UMNO memperlekeh Islam dan jatuh murtad, sedangkan dalam perlembangan UMNO jelas menegakkan Islam dan itulah yang diperlakukan. Pelbagai ajaran sesat seperti Al-Arqam, Ayah Pin dan lain-lain telah diambilkan tindakan semata-mata untuk mempertahankan syiar Islam.

Pengurusan zakat antara terbaik dan terulung di dunia, pembinaan infrastruktur untuk menunaikan solat, azan berkumandang secara terbuka, semua itu itu menegakkan syiar Islam. Pengurusan haji kita yang terbaik di dunia melalui Tabung Haji.

Cukuplah perpecahan dan perkataan kafir mengkafir, beliau menyeru UMNO tidak menggunakan perkataan kafir mengkafir.Tuduhan perlu dibukti dengan fakta, jangan hanya membentuk persepsi yang salah, media yang ada bukan untuk menyebar persepsi yang salah.

Jangan cepat retweet tanpa mengetahui isi kandungan. Nanti kita menjadi pendusta. Perlu ada ilmu untuk mengulas dan berhujah, jangan jadi golongan tidak mempunyai ilmu tetapi mahu mengulas urusan manusia, biar pakar dan tahu menguruskannya.

UMNO bawa budaya nasihat dengan kata-kata baik dan bukan dengan membawa kebencian, kita ada Skuad Sayang, itu yang diajar oleh Islam, seperti Presiden memohon maaf kepada rakyat, sifat memohon dan memaafkan merupakan pecahan daripada kasih sayang.

Bercakap tidak serupa bikin, gambar-gambar disebar dalam Internet adalah super impose, jika dia bercakap tidak serupa bikin, satu bab, tapi kalau dia cakap benda baik kena ikut. Jangan menggadai agama semata-mata mentaati pemimpin. Kita nak mahu lancar mulut,kempen 1 Malaysia Tolak Fitnah dengan diikuti laungan perwakilan sebanyak tiga kali.

Fathul Bari Mat Jahya menyokong usul.