# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #
# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.
# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #
# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#
Sabtu, 8 September 2012
Jumaat, 7 September 2012
Ustaz muda
Apatah lagi jika ada pula ulama atau ustaz muda mana-mana parti yang baru kenal politik sehari dua, dan mungkin ghairah hendak menjadi calon maka segala dalil dibawa, segala sirah Salafussoleh dibaca seakan-akan yang dipertahankan itu Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab.
Dalil-dalil agama dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing. Apa yang terkena pada orang lain dibaca secara terang, yang terkena diri sendiri ditakwil dengan sejuta penafsiran.
Jika parti lawan berkumpul untuk bantahan maka mereka namakan tunjuk perasaan dan dihukum haram. Kononnya, bukan amalan salafussoleh.
Jika geng parti sendiri berkumpul dinamakan menyuarakan pendirian, hukumnya halal. Dimasukkan dalam amar makruf dan nahi mungkar.
Maka perhimpunan di Kuala Lumpur oleh parti lawan sibuk diharamkan dengan segala fatwa, tetapi di Jeli dan Gua Musang oleh parti sendiri didiamkan.
Jika pemimpin kerajaan parti lain yang buat silap, ditegur dalam media dan ditulis surat terbuka.
Namun jika pemimpin kerajaan parti sendiri buat salah, difatwakan haram bercakap kesalahan pemimpin di khalayak ramai, kena berbisik di telinga mereka.
Dalil-dalil agama dan nama salafussoleh dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama'.
Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing. Firman Allah:
"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat.
"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Surah al-A'raaf: 175-176)

Selasa, 4 September 2012
BERBICARA TENTANG KENAPA CINA SEKARANG BERANI BERSIKAP KURANG AJAR PADA ORAMG MELAYU ! ! !
Kalau zaman Tun jadi PM saya yakin dah lama mereka ini merengkok dalam penjara tapi apa nak buat menteri dalam negeri sekarang tak ada telor banyak kali saya suruh menteri ini di tukarkan dalam TW dalam blog dalam FB tapi nampak nya PM yang ada sekarang sayang sangat pada dia agak nya biar negara hancur asalkan jawatan menteri dalam negeri tak akan di gangu tahniah kepada PM kerana mempertahan kan menteri dalam negeri cuma kita tunggu pemihan UMNO yang akan datang sama ada rakyat terutama ahli dan orang umno mahu memilih nya sekali lagi kalau pilih juga bermakna dalam umno sekarang ramai lembu tapi bukan orang atau manusia sampai cina dah jadi kurang ajar pun masih nak pilih manusia yang tak ada semangat melayu tak payah jadi menteri kerana menteri cina semua ada semangat cina baru di lantik dalam parti mereka tapi melayu asal dapat duit sikit dah sokong ini lah sebab melayu jadi rosak DULU KINI DAN SELAMA-LAMA NYA ...
Isnin, 3 September 2012
PERKASA MAHU TINDAKAN TEGAS KE ATAS INDIVIDU HINA GAMBAR PM
Perkasa menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas individu yang menghina gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Ogos lalu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, isu ini perlu dipandang serius kerana tindakan menukar bendera Malaysia dan memijak gambar Najib adalah perbuatan biadab.
Menurutnya, Perkasa percaya tindakan ini dilakukan oleh pembangkang yang sengaja mencetuskan provokasi bagi memburukkan nama Malaysia.
“Apa yang dilakukan pembangkang ini mempunyai muslihat tersendiri, mereka juga dilihat tidak berfikiran matang dalam segala hal,” katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, hari ini.
Katanya, individu yang membakar gambar Perdana Menteri tidak layak menjadi warganegara Malaysia dan memijak kaki di negara ini.
“Kalau ada pihak yang tidak puas hati, mereka perlu melalui saluran aduan yang betul, bukannya dengan cara memijak dan membakar gambar Najib,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga membuat laporan polis berkaitan isu tersebut.
Dalam sidang media tersebut, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut melancarkan Tabung Kemanusian Rohingya bagi membantu masyarakat Islam di Myanmar.
Sehingga petang ini, tabung terbabit berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM40,000 hasil sumbangan, antara lain daripada Restoran Sekincan Ikan Bakar dan Yayasan Pendidikan Cheras.
Ahad, 2 September 2012
ANAK SIAPAKAH INI
Ini lah wajah sebenar budak yang menunjuk punggung pada gambar perdana menteri di perhimpunan ' JANJI BERSIH ' Pada malam merdeka !
Sabtu, 1 September 2012
Langgan:
Catatan (Atom)