# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Isnin, 4 Jun 2012

SEBARKAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT MELAYU


 Kenapa kita menentang PAS?



PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

Kenapa Kita Menentang PAS?


1. Kita menentang PAS menyedari tindakan keterlaluan pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sebagai penyelewengan akidah,syariah dan akahlak, penyebar-penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianatan masa depan orang Melayu.

Selagi PAS menjadi juara tersebut,kita wajib berjihad menentang mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melihat kemungkaran,maka hendaklah ditegah menggunakan tangan,kalau tidak mampu menggunakan lidah,kalau tidak mampu menggunakan hati dan itulah selemah-lemah iman’. (Hadis Riwayat Muslim).

2. Kita terpaksa menentang PAS kerana PAS boleh melemahkan dan menghilangkan kuasa politik orang Melayu dan Islam .


Apabila PAS sanggup menggadaikan Islam dan bekerjasama dengan DAP dan seterusnya menerima tuntutan 17 perkara yang di kemukakan oleh persatuan Cina serta menolak Hak Keistimewaan Orang Melayu, sanggup bertangguh-tangguh melaksanakan Hudud kerana DAP serta menggugurkan perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS bukan lagi Parti Islam seperti yang mereka dakwa!

3. Kerana itu, perjuangan menentang PAS adalah JIHAD demi mengembalikan ajaran Islam yang sebenarnya! Selain itu ia juga untuk mempertahankan kuasa politik pemerintahan di tangan umat Islam Malaysia.


Terhapus kuasa politik orang Islam, hilanglah segala perjuangan Agama,Bangsa dan Negara kita!!!

KENA BATANG HIDUNG SENDIRI BARU TAU


Orang Pas Meroyan Bila Maskot DiSindir




Piccolo @ Dragonball




Seorang rakan online ada mengirimkan satu emel komen mengenai maskot baru Pas - Hadi dan Huda. Katanya seorang rakan ada tweet secara bergurau seperti dibawah -



Hasilnya teruk mamat tu kena komen ! Antara komen yang menarik dan mewakili rentak komen2 lain berbunyi -

- Maka gugurlah syahadah seorang islam, andai memainkan / berjenakana mengenai cara hidup Rasulullah S.A.W hatta mentertawakan keldainya sekalipun. Tidak kah kamu tahu bahawa serban dan jubah itu pemakaian harian seorang manusia agung??

Seriusli....... adakah komen diatas menyindir cara hidup Rasulullah ? Yang saya baca mamat tu menyindir/ bergurau tentang Pas.

Tweet diatas kemudian disalin oleh sebuah blog bukan politik yang Top ( ranking lebih tinggi dari mana2 blog politik ) dan ia menghasilkan reaksi yang serupa juga, antaranya -

- Mengucapla ko banyak2 xxx..andai kate ko mati di saat ni,maka matila ko sebagai kapir laknatullah..damela ngan org lsin yg merasakan bende mcm ni lawsk di hsti mereka..

( ada juga komen rasional tapi saya hanya pilih yang terasa sensitif jer )

Jom tengok lagi imej Piccolo, salah satu watak utama siri animasi DragonBall.















Dan ini pula maskot Pas.


DIASUH MAKI HAMUN UMNO KALAU NAK MENANG PRU



Anak Nik Aziz tawar diri jadi calon PRU13.

Timbalan ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan kesediaannya sekiranya diperturunkan sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Anak kepada mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dipetik Sinar Harian sebagai berkata, beliau sudahpun bersedia untuk berbuat demikian sejak 10 tahun lalu.

“Saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno,” katanya seperti dipetik dalam laporan edisi dalam taliannya hari ini.

Menurut laporan itu lagi, isu mengenai pencalonan Nik Abduh pertama kali ditimbulkan timbalan ketua pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar dilaporkan sebagai berkata, keputusan tersebut bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang bertanggungjawab menentukan senarai calon dari negeri itu.

Nik Abduh dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian bagi menggantikan kedudukan naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang mengosongkan kerusi tersebut untuk bertanding di Johor.

AJARAN KITAB PKR



Wajib Baca! 7 Simbol Puja Syaitan Untuk Kelirukan Umat Islam!


Blogger JennyKaleyn telah berkongsi dengan kita dan Keris memertik maklumat daripada blog beliau supaya perkara ini dapat disebarkan lagi. Keris juga sentiasa melihat simbol-simbol ini diletakkan didalam permainan video, cerita barat dan baju-baju yang dijual. Dalam tidak sedar doktrin memuja syaitan cuba diterapkan secara halus. Mengapa kita tidak sedar? Kerana kita tidak tahu apa maksud sebenar simbol-simbol tersebut.


Jadi dibawah ini terdapat 7 simbol yang paling popular digunakan dan ia sememangnya tanda memuja syaitan.



1. Symbol Scarab

Scarab diambil dari bahasa latin iaitu Scarabaeus Sacer dipercayai merupakan salah satu symbol satanic di dunia ini. Ia merupakan salah satu haiwan daripada keluarga kumbang. Orang-orang Mesir kuno percaya bahawa kumbang jenis ini sesuatu yang keramat, suci dan bagus untuk dijadikan simbol, tanda atau azimat.




2. Symbol Hexagram

Digunakan dalam upacara ritual mistik untuk memanggil setan.



3. Symbol Pentagram

Digunakan oleh tukang sihir perempuan dan ia berkaitan dengan Lucifer.




4. Symbol Tanduk Unicorn

Pertama kali digunakan oleh para pendeta Druid di Skotland dan Ireland. Tanduk Unicorn akan digunakan dalam upacara ritual untuk meminta bantuan kewangan daripada syaitan.



5. Symbol Mata Horus

Horus adalah dewa yang berkaitan dengan matahari. Dia merupakan anak kepada Isis dan Osiris. Mata Horus melambangkan simbol mistik bermakna ‘Maha Mengetahui & Melihat’.



6. Symbol Bulan Sabit Berkembar

Bulan sabit berkembar digunakan sebagai simbol Isis dan juga Diana, iaitu Ratu Syurga. Kitab kuno mengisahkan riwayat keturunannya berasal dari cucu Nuh bernama Cush. Cush menikahi seorang perempuan jahat bernama Semiramis, ratu Babylonia yang turut dikenal sebagai Venus, Ashtoreth, Diana dan Isis. Upacara ritualnya dikaitkan dengan hubungan seks di bawah sinar bintang dan bulan, para pengikutnya akan menikmati seks satu sama lain.



7. Symbol Ankh

Simbol ini menyerupai salib dalam ajaran kaum Nasrani tetapi ia sama sekali tidak berkaitan dengan salib. Ankh berasal dari mistik Mesir kuno. Pada masa itu Ankh dipergunakan dalam upacara pemujaan RA, dewa matahari Mesir kuno yang diyakini sebagai wujud lain daripada setan & pencipta alam semesta yang disembah oleh orang-orang Mesir kuno. Lingkaran pada simbol ini adalah gambaran matahari manakala syarat utama untuk menggunakan simbol ini ialah orang-orang Mesir kuno diwajibkan mempersembahkan kesucian gadis perawan dalam sebuah pesta ritual yang menyeramkan.


Jika lihat dengan teliti pada no 6 sama dengan bendera Parti Keadilan Rakyat.








Santan Berlada : Anda nilai sendiri..dan bukankah PKR antara yang meyokong LGBT?..( lesbian, gay, biseksual, transseksual )

GIMIK DAN GEMPAK PAS



Agak mengejutkan apabila ramai di kalangan para penyokong PAS tidak berpuashati apabila jumlah kehadiran Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darulaman, Alor Setar, pada 2 Jun lalu dikatakan hanya mencecah 50,000 hingga 70,000 orang sahaja.

Mereka meradang, marah, geram, memaki hamun, mencerca dan mencarut terhadap sesiapa saja yang mengatakan bahawa himpunan itu dihadiri kurang dari 100,000 orang penyokong PAS, kecuali laman portal pro-pembangkang, Malaysiakini.com.

Kedahan69ers.com juga tidak terlepas dari dimaki hamun oleh para penyokong PAS yang bertandang ke laman portal ini.

Apa pun, terima kasih atas kunjungan serta cercaan itu, dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.


Bagaimanapun, agak menghairankan apabila Stadium Darulaman yang hanya mampu menampung seramai 32,387 orang sahaja di semua tempat duduknya.

Jumlah tersebut disahkan sendiri oleh Laman Web Rasmi Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah yang boleh dilawati di alamat;http://www.stadiumkedah.gov.my.

Pun begitu, sekiranya dikira secara stadium padat pun, wajarlah dikira semuanya yang berada di tempat duduk stadium itu berjumlah 40,000 orang, itu pun untuk tidak mengecewakan hati para penyokong PAS, walaupun sesetengah tempat duduk tidak padat.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

Jumaat, 1 Jun 2012

JANGAN PANDANG RENDAH PADA GURU


LOGIK KE GAJI SEORANG GURU MEMILIKI KEKAYAAN MACAM AZMIN??


Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan dijalankan terhadap bekas cikgu, Azmin Ali, yang didakwa memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997. Logik ke bekas cikgu gred DG3 dulu (kini DG41) dengan gaji dengan gaji RM2442 dulu mempunyai asset dan harta yang melimpah ruah? Mampukah cikgu mempunyai kekayaan seperti Azmin walaupun kini gaji cikgu dah naik? Rasanya kalau setiap malam mengajar tuisyen pun tak mungkin sekaya Azmin. Dari mana Azmin dapat harta kekayaan tersebut?



Pengerusi SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata panel mengarahkan SPRM menyambung siasatan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009. Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu.


Mereka yang terbabit dalam siasatan itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Katanya cabaran utama untuk menyiasat kes berkenaan adalah mencari bukti kukuh kerana kes berlaku pada 1995 dan telah agak lama.


Pengendali portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Mohamed Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang menyerahkan dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu.


Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.


Adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009. Kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu undang-undang terpakai adalah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang sekarang. Mengikut undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya memperuntukkan tindakan tatatertib oleh jabatan.


Bagaimanapun panel penilaian mendapati adalah wajar satu siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan itu. SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu, Shafee Yahaya untuk membantu siasatan.

SHAMSIDAR AL-MURAHI PUNYA HARTA


 DOKUMEN SAHAM SHAMSIDAR TAHARIN DIDEDAHKAN