# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Isnin, 4 Jun 2012

GIMIK DAN GEMPAK PAS



Agak mengejutkan apabila ramai di kalangan para penyokong PAS tidak berpuashati apabila jumlah kehadiran Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darulaman, Alor Setar, pada 2 Jun lalu dikatakan hanya mencecah 50,000 hingga 70,000 orang sahaja.

Mereka meradang, marah, geram, memaki hamun, mencerca dan mencarut terhadap sesiapa saja yang mengatakan bahawa himpunan itu dihadiri kurang dari 100,000 orang penyokong PAS, kecuali laman portal pro-pembangkang, Malaysiakini.com.

Kedahan69ers.com juga tidak terlepas dari dimaki hamun oleh para penyokong PAS yang bertandang ke laman portal ini.

Apa pun, terima kasih atas kunjungan serta cercaan itu, dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.


Bagaimanapun, agak menghairankan apabila Stadium Darulaman yang hanya mampu menampung seramai 32,387 orang sahaja di semua tempat duduknya.

Jumlah tersebut disahkan sendiri oleh Laman Web Rasmi Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah yang boleh dilawati di alamat;http://www.stadiumkedah.gov.my.

Pun begitu, sekiranya dikira secara stadium padat pun, wajarlah dikira semuanya yang berada di tempat duduk stadium itu berjumlah 40,000 orang, itu pun untuk tidak mengecewakan hati para penyokong PAS, walaupun sesetengah tempat duduk tidak padat.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan