# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Rabu, 14 Oktober 2015

JANGAN PINDAH PASAR BESAR TAIPING

Kenyataan yang dibuat oleh 2 orang Ahli Majlis dari Mca dan nampaknya mereka ini bertekat benar supaya Pasar ini jangan dipindahkan dan mereka sanggup mengumpulkan tanda tangan orang ramai terutama tanda tangan orang-orang cina disekitar bandar Taiping.

Walau apa alasan sekali pun saya yakin kedua-dua Ahli Majlis dari Mca ini sebenarnya sedang cuba mempolitikan isu pemindahan yang sebenarnya telah pun dipersetujui oleh semua Ahli Majlis, cadangan sebenarnya bukan memindahkan Bangunan Pasar tetapi memindahkan perniagaan yang dijalankan didalam pasar ini ketempat baru yang lebih baik.

Tentang nilai sejarah yang dimaksudkan, saya pasti itu sebenarnya bukan alasan yang sebenar walau apa pun saya teramat kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Datuk Abdul Rahim Md Ariff konon nya setakat ini pihak majlis belum membuat sebarang keputusan sedangkan pemindahan ini telah dipersetujui sebelum ini.

Lebih malang lagi YDP ingin mengadakan kajian soal selidik dan berbagai lagi demi mahu menjaga hati dua Ahli Majlis dari Mca ini, apakah sesuatu projek yang telah diluluskan demi kepentingan rakyat terpaksa ditangguhkan kerana satu dua orang yang mempunyai agenda tertentu ?.

Sekali lagi saya ingin menasihatkan Tuan Yang Dipertua ikutlah keputusan yang telah dibuat kerana rakyat sedang memerhatikan apa yang sedang pegawai-pegawai kerajaan buat masakini dan jika pasar besar ini tidak dipindahkan sudah pasti ada proses yang salah sedang atau akan berlaku, saya bertanggong jawab dengan apa yang saya tulis dan saya juga akan terus memantau isu pemindahan pasar besar ini.

Jangan kerana Tuan mahu menjaga hati dua Ahli Majlis dari Mca ini maka terluka atau terasa terhina kepada Ahli-Ahli Majlis yang lain dan saya harap tuan faham maksud yang saya tuliskan ini dan saya akan terus menulis sekiranya isu ini tidak diselesaikan kerana saya difahamkan peruntukan untuk membena pasar baru dan tapaknya pun telah diluluskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan