Mufti Perak saran Putrajaya mansuh sekolah vernakular elak perbalahan kaum pemansuhan mampu mengurangkan masalah perbalahan kaum di Malaysia,Tan Sri Harussani menegaskan cadangan tersebut sudah dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri kabinet yang lain.
Disebabkan kaum lain meminta agar perkara itu ditangguhkan, sehingga kini sekolah-sekolah tersebut masih beroperasi saya sudah tegur daripada dulu, saya sudah jumpa PM dan menteri semua. Saya kata, masa kemerdekaan dulu, perjanjiannya hanya satu sekolah kebangsaan sahaja.
Sekolah Cina akan ditutup dalam masa 6 bulan, sekolah India juga akan ditutup dalam masa 6 bulan. Semua bersetuju pada masa itu. Tetapi kerana Cina minta tangguh, kita pun kata ya, ya sampai sekarang,Beliau turut mengambil contoh senario yang berlaku di Singapura, pembubaran sekolah Melayu dan Cina menyebabkan peradaban rakyat di sana lebih baik berbanding Malaysia.
Di Singapura hanya ada satu sekolah iaitu Inggeris. Sekarang mereka sudah tiada beza, fikiran mereka juga sama sebab itu ada hormat-menghormati.
Tan Seri Harussani turut mempersoalkan tindakan pemimpin kerajaan yang memberi muka kepada kaum lain untuk memerintah di Malaysia.
Berani Tan Seri Mufti tak takut kena pecat ke ? agaknya PM dan menteri-menteri yang ada masa kini tak ada lubang telinga itu sebab mereka tak dengar walau pun Mufti cakap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan