Rakyat yang bercakap-cakap dikedai kopi tentang isu semasa kadang kala menampakan cakap-cakap mereka betul dan bolih diterima akal, soalnya siapa Pemimpin yang mahu mendengar dan menerima apa yang mereka utarakan dalam sesuatu isu.
Isu yang hangat diperkatakan sekarang tentang jika Ds Najib berundur atau diundurkan pastinya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengantinya ini adalah tradisi Umno / Bn soalnya sekarang siapa pula yang akan diangkat menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri ?
Ada yang bercakap Tan Sri Muhyiddin harus berhati-hati memilih TPM kerana ada 3 orang Naib Presiden jika silap buat pilihan Umno akan hancur pada Pru 14 nanti, ada yang mengatakan Umno / Bn mengekal kuasa diPutrajaya disebabkan sokong dari Negeri Sabah / Sarawak.
Jadi jika Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bergelar Perdana Menteri ketika itu tidak salah jika memilih Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai TPM demi menyelamatkan kedudukan Umno / Bn dan mempertahankan Putrajaya.
Secara peribadi saya melihat suara cerita kedai kopi ada kalanya bolih diterima pakai jika sesaorang Pemimpin itu melihat kepada perjuangan sebenar tetapi ramai Pemimpin yang memilih untuk memberi peluang kepada kawan yang mana cara itu sudah tidak sesuai lagi buat politik masakini.
# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #
# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.
# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #
# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan