KITA tidak dijajah lagi. Penjajah telah lama keluar. Jangan biarkan minda dan hati kita dijajah, agar orang lain tidak mudah mempengaruhi kita. Jika tidak, kita akan merempat di bumi sendiri satu masa nanti, Jika masih merasa buntu fikiran, marilah kita renungi bersama kata-kata Imam Al-Ghazali untuk beroleh petunjuk bagi memulakan langkah pertama. Semuanya bermula dengan membersihkan hati.
Carilah hatimu ditiga tempat. Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati. Inilah hati Melayu yang sebenar. Bebaskan dari dendam dan hasad dengki. Carilah hati itu. Mudah-mudahan Melayu dan Islam akan menjadi kuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan