# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Khamis, 16 Oktober 2014

YB atau Y.A.B

Umno bukan lagi dihormati oleh orang Melayu sedangkan Umno lah yang berjaya Memerdekakan Negara, Membangunkan Negara dan Umno juga menjadi penebus maruah orang melayu kenapa ini semua berlaku ? mungkin kerana Umno sudah tidak lagi berpegang kepada Perjuangan asalnya yaitu Perjuangan untuk Bangsa ,Agama dan Negara.

Umno sekarang ini dianggap sebagai parti yang berjuan hanya untuk orang tertentu dalam parti sahaja orang menjadi ketua diperengkat cawangan, menjadi ketua diperengkat bahagian dan seterusnya dan mereka-mereka ini berjuang untuk diri sendiri demi untuk memperkayakan diri sendiri untuk jawatan dan gelaran untuk kuasa yang bolih disalah gunakan oleh mereka apabila mereka begelar Yang Berhormat(YB) atau pun Yang Amat Berhormat (Y.A.B).


Ahli Umno pula digunakan hanya untuk menyokong individu tertentu ini demi mengisi ketamakan mereka dan untuk ini ahli disogok dengan Wang dan bermacam-macam lagi sogokan saperti lawatan keluar Negara dan dalam Negara ada juga yang dihantar untuk mengerjakan Umrah, dengan ini seluruh ahli perwakilan Umno sekarang terlibat dengan rasuah kerana mereka sendiri yang menjual undi mereka dengan Wang dan inilah Umno yang ada masakini.

1MALAYSIA



Ramai yang berkata sudah terbukti sekarang bahawa pemerentahan Ds Najib hanya banyak menetapi janji kepada bangsa India dan pada bangsa Cina di dahulukan apa saja keperluan (Hak Sekolah Cina Ada Dalam Perlembagaan), tetapi kepada bangsa Melayu dianak tirikan maka kalau benar apa yang seperti dinyatakan ini apa akan terjadi pada nasib bangsa Melayu di bumi Melayu ini.

Tahaluf Siyasi


Disebalik kegagalan Anwar Ibrahim mencapai cita-cita politik beliau, DAP berjaya dalam beberapa perkara:-

(i) Memecahbelahkan perpaduan di antara UMNO & PAS sehinggakan ada di kalangan para pemimpin PAS yang menganggap saudara seIslam mereka dari UMNO lebih hina dari para pemimpin kafir harbi DAP.


(ii) Memecahbelahkan sesama pemimpin dan pengikut PAS sehinggakan ada di kalangan para pemimpin PAS dipecat, dikenakan tindakan tatatertib dan dipulaukan kerana tidak sependapat dan mengkritik tindakan & amalan politik DAP.

(iii) Memecahbelahkan jati diri anak-anak muda dan belia Melayu sehinggakan ada di kalangan mereka DITAJA dan tanpa sebarang jawatan dalam parti diberi promosi dan peranan untuk menarik keahlian belia Melayu/Islam ke dalam DAP.

Demikianlah ringkasan kemenangan DAP sebelum memerintah Malaysia atas nama Tahaluf Siyasi bersama PAS.

Selasa, 14 Oktober 2014

Kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerosakan Umno bermula dari waktu Pak Lah menjadi Pemimpin UMNO, dan kemudian Ds Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk jadinya.

Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang Cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang.

Walaupun Ds Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.

PERANCANGAN SULIT DAP (Ulangan)

Samada kita semua orang Melayu sedar atau tidak Dap telah merancang sejak dari penubuhannya lagi untuk menjadikan Negara ini sebagai Negara ketuanan Cina. Dap telah mengambil alih peranan Parti Komunis Malaya yang telah digagalkan dalam usaha Memerintah Negara ini. Dap tidak pernah berterima kasih kepada Kerajaan yang telah memakmurkan orang Cina di negeri majoriti orang Melayu.

Apa sahaja dasar untuk memakmurkan Melayu telah ditentang habis habisan sejak puluhan tahun lalu (sama ada Pemimpin yang bernama Melayu sedar atau tidak kita tidak mengetahuinya). Mereka tetap menganggap Melayu Bangsa Bodoh bahawa kemajuan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah hasil dari cukai yang dibayar orang Cina. Mereka mengatakan Melayu mudah dibeli dan Melayu juga senang menerima rasuah kerana mereka tahu orang Melayu memiliki sifat baik hati dan orang Melayu juga mudah dipedaya.

Isnin, 13 Oktober 2014

Seloka Tuan Ismail Yaakub Yang Bermakna


Tak tahu kenapa sekali sekala teringat seloka dan pesanan Allahyarham Tuan Ismail Bin Yaakub wakil Umno Kedah dari Langkawi semasa Perhimpunan Agong Umno 2013.

Kepada Datuk Najib bakal Perdana Menteri
Dalam sebuah kapal seorang saja juru mudi
Jangan duk selalu dengak penasihat kanan atau pun kiri
Kena banyak ambil kira kehendak akar umbi.


Kita kalah pilihan raya jangan dok salah sapa-sapa
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara
Kita selalu tamak sombong dan gila kuasa
Tegoranakar umbi kita tak ambil kira.

Persoalan nya sekarang adakah Ds Najib yang berada dalam Perhimpunan tersebut sudah lupa apa yang dikatakan oleh wakil Umno Neger Kedah ini bagi saya dalam selokanya ada Makna.

SR1M (Sekolah Rakyat 1 Malaysia)

Malaysia sekarang dah jadi negara yang hebat dimata dunia kerana dibawah kepimpinan Ds Najib sebagai Perdana Menteri, semuanya atas nama 1MALAYSIA cuma nak tanya pada punaisihat-punaisihat, Menteri, Timbalan Menteri termasuk yang bergelar macai-macai Bila Lagi Ds Najib Nak Umum SR1M (Sekolah Rakyat 1 Malaysia) jangan marah cai-cai Umno cuma secara peribadi saya ingin tahu kerana saya juga rakyat yang mengambil bahagian dalam Pilihan Raya.

Jumaat, 10 Oktober 2014

Apa Guna ! ! !

Apa Guna Jadi Kerajaan 
Jika Hanya Mengikut Telunjuk Pembangkang
Apa Guna Ada Akta Jika Untuk Dimansuhkan
Apa Guna Jadi Pemimpin Jika Tak Tahu Memimpin
Apa Guna Ahli UMNO Berjuta Jika Sekadar Menjadi Pak Turut Kepada Pemimpin Yang Terpaksa Dipimpin.

Khamis, 9 Oktober 2014

'Tiada Peruntukan SJK Dalam Perlembagaan'

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berkata memang tiada peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Menurutnya lagi, tiada juga peruntukan yang melarang kerajaan membantu, mewujudkan atau membenarkan penubuhan sekolah itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Dalam temubualnya dengan akhbar itu, Mohd Noor menjelaskan jika penubuhan sekolah itu dibuat oleh kerajaan maka ia dikira "secara ihsan" dan tidak boleh ada pertubuhan mendesak kerajaan bantu SJK.

"Sekolah persendirian, sekolah Cina, Tamil dan sekolah apa bangsa sekalipun di negara ini, yang nak belajar bahasa ibundanya, buatlah, teruskanlah tapi kena tanggung sendiri.

"Katakan orang Cina nak belajarbahasa Cina, mereka boleh buat sekolah tanggungan sendiri. Jadi sekarang ini hanya ada dua jenis sekolah iaitu sekolah ditanggung kerajaan dan sekolah dibiayai masyarakat.

"Jadi mana kita nak letak SJK kalau merujuk kepada perkara 152? Memang tiada peruntukan membenarkan penubuhan SJK menurut Perlembagaan," katanya dalam temubual itu.

Beliau menjawab soalan berhubung kedudukan SJK mengikut Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan susulan cadangan Timbalan Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu isu sekolah itu dibahas dalam Perhimpunan Agung Umno.

Dalam temubual itu juga, Mohd Nor menegaskan dalam perlembagaan bahasa Melayu ada bahasa kebangsaan tetapi tiada siapapun boleh disekat dan dihalang dari menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain.

"Dari satu sudut, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk perkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menyediakan sekolah untuk mengajar dan belajar bahasa Melayu.

SK bukan sekolah Melayu

"Malah bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi bagi memudahkan semua orang belajar bahasa Melayu. Kerana itu, kerajaan sediakan sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu," katanya dipetik.

Dari sudut yang lain pula, Mohd Noor berkata tidak boleh dihalang terus dan disekat sesiapa sahaja yang mahu mengguna, belajar atau mengajar bahasa ibundanya pada bila-bila masa atau di mana sahaja kerana ia adalah hak individu.

"Siapa individu ini? Boleh jadi mereka adalah warga negaraMalaysia, permastautin atau pelancong di sini. Yang kebanyakan orang tidak faham ialah guna, belajar dan mengajar secara sendirian.

"Kerajaan tidak campur dan kerajaan tidak (perlu) sediakan sekolah atau kelengkapan. Ini urusan peribadi individu tersebut. Itu yang kita kena faham," katanya.

Ditanya mengenai cara penyelesaian isu sekolah vernakular, Mohd Nor mencadangkan sekolah jenis kebangsaan dijenamakan sebagai sekolah kebangsaan berbanding dihapuskan untuk mengelak rasa "sakit hati" orang ramai.

"Tetapi siapa nak belajar bahasa ibunda masing-masing, sediakan kemudahan itu. Keperluan untuk pelajari bahasa ibunda tidak akan memakan masa lama.

"Dalam tempoh tiga tahun dah boleh fasih. Kita masih pelihara tradisi setiap masyarakat dan dalam masa yang sama tidak jejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

"Tapi kalau masing-masing bergaduh, ada yang nak pertahan SJK, ada yang nak mansuhkan, musnahlah negara kita," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mencadangkan supaya kerajaan menyediakan sekolah kebangsaan itu di mana semua pelajar tak mengira bangsa belajar bawah satu bumbung, berkongsi padangdan kantin yang sama.

"Ketika itu tiada siapa mempersoalkan. Di Singapura, hanya ada satu sekolah, semua pelajar bahasa pelbagai bahasa di situ. Kalau mereka boleh terima sistem begitu, kenapa kita tidak?" soal Mohd Noor.

Pelik Tapi Benar













Pelik juga melihat telatah manusia ini dengan ulama sebenar terutama mufti-mufti beliau tidak terima untuk duduk bersama berbincang demi Agama Islam tetapi dengan puak-puak kafir termasuk puak-puak dari yang beragama Kristian beliau begitu akrab sekali dan apabila dinilai semula kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang menyatakan beliau bukan Ulama tetapi ULARmak Parti Ajaran Sesat (Pas) adalah tepat sekali.

Isnin, 6 Oktober 2014

Siapa Untung Siapa Rugi

Saya tersangat kecewa dengan sikap Pm Ds Najib hanya menarik balik sabsidi minyak sebanyak 20 sen, sepatutnya negara ini kerajaan tidak lagi perlu memberi sabsidi apa jenis barangan sekali pun termasuk kerajaan juga tak perlu lagi memberi BR1M pada rakyat malaysia kerana rakyat terutama bangsa Cina, ada juga bangsa Melayu dan sama juga dengan segelintir bangsa India sudah tidak bershukor dan berterima kasih pada kerajaan masakini.

Selepas penyelarasan minyak baru-baru hanya 20 sen kemana saja saya pergi tidak kedengaran yang mereka-mereka ini tidak menghina kerajaan berbagai-bagai gelaran digelar pada kerajaan, sedar atau tidak kita semua siapa sebenarnya yang mengaut untung dari segala barang yang disabsidikan oleh kerajaan ? dan begitu juga dengan pemberian BR1M siapa yang banyak berkelayakan menerima BR1M bukankah Bangsa Cina dan India ?

Diatas rasa kekecewaan saya ini saya mohon Kerajaan terutama Kementerian kewangan nyatakan dengan jelas bangsa manakah dimalaysia ini yang banyak menerima bantuan kerajaan dalam soal sabsidi dan begitu juga dari segi lain-lain bantuan dan saya juga ingin menyarankan selepas ini Kerajaan Malaysia tidak perlu lagi menjadi Kerajaan Sabsidi.

Saya suka mendengar komen tapi komen yang mengunakan otak sebagai rakyat malaysia.
Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 yang dipetik dalam buku Khalid Awang Osman yang berbunyi:

Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat- syarat dalam Undang-Undang Negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas Kemerdekaan, 90 % penduduk bukan Melayu menjadi Warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum Merdeka di mana 90 % daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah Pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, Mca dan Mic ketika itu bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan Keistimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.


Hari ini masih ada lagi bangsa-bangsa ini sanggup berkurang ajar dengan orang Melayu kerana bersama mereka sekarang ada orang melayu yang sanggup menggadai maruah bangsa sendiri.