# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Rabu, 25 Jun 2014

Sebenarnya Hak Melayu Juga Akan Dibuang Kerana Nak Jaga Hati Kaum Pendatang.


Dalam Kabinet baru Ds Najib tak buang sesiapa pun orang lama tapi menambah lebih ramai kaum pendatang jadi Menteri dan Timbalan Menteri walau pun kaum pendatang ini semasa Pru 12 dan Pru 13 mereka dan bangsa mereka tidak memberi undi kepada kepada BN. Apa sebenarnya yang Ds Najib suka buang ?.

Beliau sebenarnya suka buang Akta Isa, Akta Darurat dan Akta Hasutan dalam proses dimansuh dan mungkin tak lama lagi banyak Akta yang perlu dibuang kerana nak jaga hati kaum pendatang, 3 Rang Undang-Undang baru telah pun dicadangkan, ramai orang Melayu masuk Politik untuk dapatkan kuasa, dan yang dah ada kuasa akan mempertahankan kuasa tersebut walau dengan apa cara sekali pun.


Memansuhkan sesuatu Akta atau Undang-Undang bermaksud membuang kuasa dan hak orang melayu. Kebelakangan ini nampaknya Ds Najib tak berapa suka berpegang pada kuasa sebenar sebab tu satu demi satu kuasa yang ada dibuangnya. kalau inilah pendekatan yang diambil oleh Ds Najib tidak hairanlah satu hari nanti bangsa Melayu akan merempat dibumi sendiri dan bersiap sedialah kita untuk berhadapan dengan satu malapetaka yang dicipta oleh seorang Pemimpin yang bernama MELAYU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan