Kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan akan berlaku huru-hara sekiranya Akta Hasutan dihapuskan dan digantikan dengan Rang Undang-Undang RRU Perpaduan dan RUU Harmoni Nasional.Kita sudahpun mansuh ISA dan Akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan dari pemansuhan Akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah.
Apabila Akta Hasutan digugur, maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut dan kedua-dua Akta baru itu tidak mampu menghalang hasutan yang akan berlaku. Apabila Akta itu dihapuskan rakyat akan menerima pelbagai hasutan termasuk hasutan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya Institusi Raja juga dihapuskan
Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya Institusi Raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah Isa dan Akta Hasutan dimansuh.