# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Selasa, 21 Januari 2014

Majlis Fatwa Kebangsaan Menyokong Tindakan JAIS


Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara berkaitan Islam kerana perkara itu urusan kerajaan negeri, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kedudukan undang-undang kerana perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan ia (MFK) tersebut tidak mempunyai status si sisi perlembagaan.

Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di tangan negeri-negeri dikekalkan oleh perlembagaan persekutuan, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, apa sahaja pandangan majlis tentang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada 2 Januari tidak memberi kesan, sama ada kepada umat Islam atau bukan Islam.
Dilaporkan Majlis Fatwa Kebangsaan menyokong tindakan JAIS menyerbu premis persatuan itu dan merampas Bible versi bahasa Melayu serta Iban yang mempunyai kalimah Allah baru-baru ini sambil menegaskan, bahan rampasan itu tidak perlu dipulangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dilapor sebagai berkata, muzakarah khas yang bersidang juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak cuba mempolemikkan tindakan JAIS dan menjadikan agama sebagai umpan politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan