# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Selasa, 24 Disember 2013

Melayu Akan Rebah Dan Menyembah Bumi Kelahiran Sendiri . . . !


Pengamalan Demokrasi amat sukar untuk memaksa semua orang Islam berada dalam satu parti, Ini kerana dalam sebuah demokrasi yang terbuka seperti Negara Malaysia orang Islam tentunya mempunyai fahaman dan fikiran berbeza, maka tidak hairanlah wujud parti-parti yang berbeza bagi orang Melayu saperti - Umno, Pas dan Pkr.

Tetapi perbezaan fahaman ini tidak wajar meminggirkan perjuangan untuk Agama dan Ummah,Mereka mungkin bertembung dalam Pilihan Raya dan bersaing untuk memenangi kerusi berkempen menentang calon di antara satu sama lain, tetapi apabila soal kepentingan Agama dan Ummah sepatutnya semua umat Islam mesti bersatu.

Sepatutnya jika isu bersangkutan agama Islam timbul Umno, Pas dan Melayu Pkr wajar bekerjasama. Seperti mana yang kita semua ketahui apabila isu Cina timbul maka orang-orang Cina dalam Mca, Gerakan, Dap dan Cina Pkr akan bersatu dan begitu juga apabila timbul isu orang India maka Mic, India Dap dan India Pkr akan bersatu.

Lihatlah bagaimana hebatnya kaum pendatang berpolitik tapi sayang seribu kali sayang MELAYU gagal mengikut langkah cara berpolitik kaum pendatang ini dan kelihatan sekarang Melayu sedang layu dan akan rebah menyembah bumi kelahiran sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan