Pemergian beberapa Pemimpin DAP memberikan penghormatan terakhir kepada bangkai mayat Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng di Thailand seharusnya Kerajaan serta Pasukan Keselamatan Negara menyiasat hubungan Parti tersebut dengan Pemimpin PKM dan perlu dipastikan juga apakah DAP adalah cabang Politik kepada PKM.
Admin tidak menuduh tapi sokongan DAP terhadap PKM seperti dilihat dari penghormatan terakhir yang diberikan Pemimpin seperti Jeff Ooi (Ahli Parlimen Jelutong ) menimbulkan persoalan mengenai hubungan terselindung yang mungkin wujud antara DAP dan PKM sebelum ini dan satu soalan admin ke mana mereka ini semasa Wira-Wira Negara seperti Kanang a/k Langkau dan Wira-Wira Lahat Datu dikebumikan tidak pula kelihatan mereka ini tapi mereka sanggup pula ke Bangkok.
Admin juga ingin menyarankan kepada Kerajaan terutama pihak KDN membuka kertas siasatan di atas kes ini jika terbukti hubungan yang admin maksudkan itu wujud maka sekali lagi admin menggesa Pemimpin-Pemimpin DAP terlibat dikenakan dakwaan melancarkan perang terhadap DYMM Yang Dipertuan Agung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan