Pertama amin nak ucap Tahniah kepada Ketua Umno Bahagian Lut Ds Raja Ahmad serta Barisan Ahli Jawatan Kuasa serta semua Ahli Umno dan tak lupa juga Rakyat Negeri Perak yang berada di dalam kawasan Larut yang telah memilih Umno / Bn pada Pru 13 dan salah satu sebab TERTEGAK nya Kerajaan Bn Perak hari ini tidak boleh dinafikan dengan kemenangan Umno Larut 4-0 ini.
Seingat admin Umno Bahagian larut dari dulu lagi tidak pernah bergolak kalau ada pun pergolakan nya hanya seperti berkocak nya air dalam cawan sahaja boleh lah admin kata bahawa Umno Larut adalah Umno dalam kumpulan sesama adik beradik kadang kala abang terpaksa beralah adik akan ke hadapan tapi suasana ini sekarang hampir mahu di ubah oleh sekelumpuk manusia yang admin nama kan mereka dengan gelaran anjing belaan atau pun pecacai upahan.
Kenapa semua ini sedang berlaku ? Agak nya apabila dengan tak semena-mena tampil seorang manusia yang bernama Dato Hamzah pada sebelum Pru 12 yang mana ketika itu Pak Lah sebagai PM maka konon nya Dato Hamzah di beri peluang bertanding di Parlimen Larut kerana beliau juga berasal dari Selama perak, demi nama Umno / Bn sekali lagi Ahli Umno dan Rakyat terpaksa menerima Ahli Parlimen baru ini.
Admin juga telah di faham kan bahawa ada perjanjian tertentu yang di persetujui dalam hal Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian semasa itu, Kesilapan admin letakan pada Ds Raja Ahmad membuka ruang kepada Dato Hamzah untuk berada didalam rumah tangga Umno Bahagian Larut dan berbagai perancangan telah diatur oleh anjing-anjing belaan serta pecacai-pecacai beliau.
Walau pun telah terluah Amanah Perdana Menteri Ds najib semasa lawatan beliau di Bahagian Larut agar Jawatan Ketua Umno Bahagian Larut di kekalkan kepada Ds Raja Ahmad kerana beliau tidak dipilih semula sebagai Calon dan akan mengekalkan Dato Hamzah sebagai Calon Parlimen Larut maka bagi admin usaha ini adalah tersangat baik bagi Umno Bahagian Larut dan admin juga telah diberi tahu bahawa Dato Hamzah dalam satu program di Taiping Golf Resort telah berikrar tidak akan mengganggu Persidangan Umno Bahagian kali ini .
TETAPI menjadikan admin terkejut beruk apabila Dato Hamzah dalam diam-diam beliau bersama anjing-anjing belaan dan pecacai-pecacai sedang merancang sesuatu untuk beliau bertanding Jawatan Ketua Umno Bahagian Larut pada Persidangan Agong Bahagian kali ini kenapa dengan tiba-tiba Dato Hamzah menjadi seorang munafik dalam hal ini apakah kerana aku janji dari anjing belaan nya maka beliau memilih untuk menjadi seorang yang munafik, untuk pengetahuan semua kalau tak silap Umno Bahagian Larut mempunyai 91 Cawangan.
Cara puak-puak munafikun ini bertindak tersangat mudah satu senarai telah di sediakan iaitu senarai nama-nama Ketua Cawangan yang perlu di tanda tangani dan upah nya yang agak lumayan juga dan setelah anggaran yang sesuai senarai di perolehi maka senarai ini akan sampai kepada Presiden, Timbalan Presiden dan juga Setiausaha Agong, Dengan alasan Ketua Cawangan dan ahli Umno Bahagian Larut Mahukan Dato Hamzah Sebagai Ketua Bahagian.
Soalan pendek buat Ketua Perhubungan Umno Negeri apa yang sedang berlaku ini Ds Dr Zamri mengetahui atau tidak kerana apa yang admin faham kenyataan Ds Najib di Bahagian Larut tempoh hari Ds ada bersama di majlis tersebut ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan