
Pemilihan Umno diperengkat Cawangan bermula 15julai di seluruh Negara dan setakat ini Umno Bahagian dalam Negeri Perak berserta cawangan-cawangan nya belum lagi memulakan Persidangan mungkin Persidangan akan bermula selepas Hari Raya nanti.
Pada minggu lepas admin sempat berjumpa 12 orang Ajk Umno di 9 Bahagian dan berbagai cerita yang admin dapat, yang paling menarik nya ada satu Bahagian yang mana Ketua Bahagian tidak mahu ada pertandingan di semua peringkat (Agaknya dia rasa Umno ini bapak dia punya ).
Lebih hebat lagi Ketua Bahagian ini Jawatan Ketua Pemuda juga tak boleh dipertandingkan kerana beliau telah meletakkan adik nya untuk Jawatan tersebut, jangan pula ada yang berkata admin NRP buat fitnah sebab perkara ini akan kita semua dapat bukti dan jawapan nya apabila selesai Persidangan diperengkat Cawangan nanti.
Semua telah siap disusun Ketua Bahagian,Timbalan,Naib,Ketua Pemuda,Ketua Wanita,Ketua Puteri,bagaimana dengan Ajk Bahagian pula ? mengikut cerita bahawa semua nya juga telah siap di susun dan agar tidak ada yang bertindak disediakan hadiah istimewa untuk Ajk dalam senarai ialah UMRAH.

Kalau Pemimpin PAS mengunakan Agama untuk kepentingan peribadi dan Parti sekarang perkara yang sama telah menular pada Pemimpin Umno pula nampak nya UMNO dan PAS sekarang tidak ada beza nya 2x5 dan 5x5."SUNGGUH MALANG NASIB AGAMA ISLAM DIMALAYSIA " Hanya satu harapan admin jangan kerana ada sikap begini dari Ketua Bahagian dan sekatan pada Ahli Umno membuat pilihan maka Umno bukan lagi Wadah Perjuangan orang Melayu satu masa nanti.
Umno akan rosak sekiranya Ketua Bahagian yang ada sekarang masih gila kuasa dan sanggup mengunakan wang demi kepentingan diri keluarga dan kroni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan