Malah, polis juga enggan mendedahkan lokasi penahanan Hilmi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.Hilmi pada 7 Februari lalu ditahan bersama majikannya, bekas tahanan ISA Yazid Sufaat dan seorang guru agama Halimah Hussein mengikut Seksyen 4(1) akta tersebut kerana didakwa mempromosi kegiatan keganasan.

Yazid dan Halimah didakwa di Mahkamah Majistret Ampang pada hari berikutnya namun Hilmi sehingga kini masih dalam tahanan polis.Walaupun sudah tujuh hari sejak penahanannya, beliau masih belum didakwa atau dibicarakan di mahkamah terbuka," katanya.Menurutnya lagi, akta berkenaan tidak memenuhi standard hak asasi antarabangsa – antara lainnya kerana tidak membenarkan polis menahan suspek selama 48 jam tanpa dihubungi peguam, yang didakwanya meningkatkan risiko penderaan ke atas tahanan.

Selain itu, akta berkenaan juga membenarkan penahanan dibuat sehingga 28 hari tanpa pertuduhan di mahkamah.Selepas tempoh berkenaan, pihak berkuasa perlu membebaskan atau mendakwa tahanan di mahkamah.

SOSMO DI GUBAL UNTUK MENGANTIKAN ISA DAN DI WARTAKAN PADA BULAN JULAI TAHUN LALU