Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan hari ini berkata Rang DPT itu melibatkan urusan permohonan pendaftaran sebagai pemilih bagi  Oktober, November dan Disember tahun lepas.

SPR telah menerima sebanyak 295,122 pemohonan pendaftaran sebagai pemilih yang terdiri daripada 243,751 pemilih baharu dan 51,371 pemohonan pertukaran alamat pusat mengundi pemilih yang telah berdaftar dengan SPR.