# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Rabu, 24 Oktober 2012

CHUA SOI LEK TIDAK BERHAK BERCAKAP SOAL HUDUD

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata presiden MCA Datuk Ser Dr Chua Soi Lek tidak berhak untuk bercakap soal hudud kerana tiada kepakaran dalam perundangan Islam. Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya seperti dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Chua pada minggu lalu yang menjangkakan bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat negara ini – termasuk di pusat judi dan rumah urut. Isu pelaksanaan hudud juga dibangkitkan dalam perhimpunan agung MCA pada hujung minggu lalu.

Harussani berkata, kelemahan penguatkuasaan undang-undang membuatkan pemimpin politik lantang membuat kenyataan mengenai hudud.Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara ini, kita perlu hormati perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi, katanya lagi seperti dipetik akhbar itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan