# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Sabtu, 30 Jun 2012

Wanted PAS



INILAH PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR


SIAPA YANG MEMBERI GELARAN TOK GURU KEPADA NIK AZIZ ?

KENAPA NIK AZIZ BOLEH KELUARKAN FATWA SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

APAKAH KEHEBATAN NIK AZIZ DALAM PARTI PAS ?

APAKAH JASA NIK AZIZ DALAM PARTI PAS ?

ADAKAH NIK AZIZ SUDAH GILA ISING ?

ADAKAH NIK AZIZ MENGAMALKAN ILMU PUKAU ?

SIAPAKAH YANG MEMARTABATKAN NIK AZIZ SEBAGAI MURSYIDUL AM PAS

APA HUBUNGAN NIK AZIZ DENGAN PENGIKUT SYIAH

KENAPA NIK AZIZ TAKUT DENGAN ANWAR IBRAHIM

KENAPA NIK AZIZ MAHU BERTANDING LAGI DALAM PRU 13

* Perhatian kepada semua Ahli PAS yang ektrem atau bukan ektrem
Kenapa kita perlu gadaikan agama islam yang kita anuti selama ini demi kepentingan seorang makhluk ciptaan ALLAH untuk menang dalam PRU 13.

Jumaat, 29 Jun 2012

PAS dominasi Agama Islam


image
PAS Tetap Utamakan Politik Berbanding Agama IslamDalam perkembangan terbaru untuk menjustifikasikan bahawa soal pilihanraya jauh lebih utama berbanding agama khususnya ibadah haji di Mekah, Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah ‘memfatwakan’ bahawa “menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana menunaikan amanah besar memilih pemimpin adalah wajib dan tidak boleh ditangguh kerana dipaksa” begitu juga dengan menjadi ahli PAS akan ke Syurga.Sebegitu mudah sekali pemimpin PAS membuat kesimpulan dan menetapkan keputusan semata-mata untuk mempertahankan keterlanjuran Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan ahli PAS menangguhkan ibadah haji demi kepentingan menghadapi pilihanraya dan kata-kata dari Mursyidul AM PAS.Polemik isu pilihanraya di musim haji ini sebenarnya tidakpun menjadi isu dikalangan bakal-bakal haji kerana masing-masing tahu ibadah mengerjakan haji di Mekah Mukarramah sudah termaktud dalam Rukun Islam yang menuntut ianya dilaksanakan bagi orang yang berkemampuan serta fatwa yang mengatakan bahawa ahli PAS akan masuk syurga merupakan gula-gula pilihanraya.Malah andai kata pilihanraya umum kelak diadakan juga dalam musim haji, mereka sudah nekad dalam hati untuk memanfaatkan peluang sujud di depan kaabah dan melupakan terus soal pilihanraya serta urusan duniawi yang lain. Bagi ahli PAS yang ektrem pula akan mentarbiahkan kepada sesiapa sahaja bahawa dengan menjadi ahli PAS sudah mendapat tiket ke SyurgaSoal bila pilihanraya dan masuk Syurga, sempat atau tidak seseorang menyertainya tidakpun termasuk dalam salah satu Rukun Islam mahupun Rukun Imam.Kewajipan memilih pemimpin dan parti sebagaimana dihujahkan oleh Presiden PAS sedikitpun tidak berupaya membatalkan suruhan Allah s.w.t yang mengkehendaki umat Islam menunaikan fardhu haji bila berkemampuan dan tiket masuk syurga adalah terlingkung dalam Rukun Islam dan Rukun Iman.Lagipun siapa pemimpin PAS yang mahu mendakwa diri sebagai wajib dipilih sebagai pemimpin negara sedangkan mulut dan akalnya asyik mendahulukan kepentingan sendiri berbanding amalan wajib yang diperintah oleh Allah s.w.t?Tapi bagi pemimpin PAS tentu sahaja berbeza, dek kerana hati dan nafsu keinginan mereka meletakkan soal pangkat dan kuasa duniawi melampaui kewajipan ibadah, maka kerana itulah sengaja ditimbulkan polemik ini dengan berselindung disebalik hujah agama yang separa masak.Jika Rukun Islam yang menjadi tanda aras keIslaman seseorang hamba Allah pun sedemikian mudah mahu ditangguh-tangguh demi politik kepartian PAS, jadi tak hairanlah mengapa PAS mudah beralah dalam isu kalimah Allah s.w.t yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.Pelik? Apa nak pelik, sejak dulu hingga kini segala polemik isu yang melibatkan agama Islam serta segala label-label islamik yang digunapakai oleh PAS hanya satu saja motifnya – demi politik dan kepentingan perut sendiri, itu sahaja tujuannya. Ini terjadi apabila matlamat menghalalkan cara
PAS akan keluar seberaba banyak FATWA PRU…..pastikan ahli terus kufur


PENGIKUT PAS YANG EKTREM

Dalam kelekaan pemimpin PAS mengeluarkan fatwa baru untuk PRU 13, mereka hampir terlupa dimana terdapat segelintir golongan yang perlu bimbingan dari pemimpin PAS termasuk TGNA. Ini kerana terdapat satu golongan pengikut yang melakukan jimak perlu dilapik atau gantung bendera parti supaya boleh disentuh dan dilihat semasa jimak. Jadi penulis berharap Majlis Fatwa atau Majlis Syura PAS mengeluarkan fatwa yang boleh menyesatkan iman semua ahli PAS dan melayu Islam.


Khamis, 28 Jun 2012

JENIS-JENIS LIDAH


Apakah Kategori Lidah Lim Guan Eng ?


Apakah perbezaan Lidah Bergulung dengan Lidah Bercabang ?

Seorang yang mempunyai lidah bergulung selalunya akan bercakap tidak serupa bikin.

Seorang yang mempunyai lidah bercabang selalunya akan bercakap tidak betul.

Contoh Lidah Bergulung:-

Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Mat Sabu

Contoh Lidah Bercabang:-

Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Lim Kit Siang

Kekuatan Lidah Bergulung :-

Pengikut tak ramai dan kurang berpengaruh dan fakta kosong.

Kekuatan Lidah bercabang:-

Pengikut ramai, berpengaruh dan mempunyai fakta untuk diselewengkan.
DIN PUDU KENA MANDREM

Pertubuhan NGO India hari ini meminta Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub memohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0.


Presiden Nambikai, Kalai Vanar berkata, Thaipusam adalah upacara keagamaan yang menyaksikan masyarakat Hindu melaksanakan nazar serta menyembah tuhan, dan bukan berbentuk demonstrasi jalanan.



“Kenyataan ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat India. Kami hairan bagaimana seorang Anggota Parlimen yang matang boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dengan mengaitkan dan mengutuk upacara keagamaan dan kepercayaan sebuah kaum.

Beliau tidak boleh mengaitkan Bersih dengan upacara agama kami Thaipusam. Kami mahu dia turun sekarang dan mohon maaf kepada kaum india,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan demostrasi aman di hadapan bangunan Parlimen pagi tadi.


Tambahnya, jika Salahuddin tidak mohon maaf, kumpulan mereka akan mengadakan demostrasi di seluruh Malaysia.


“Kami dah sedar, PAS adalah sebuah parti yang rasis dan fanatik,” tambahnya lagi.





Selasa, 12 Jun 2012

PERKASAKAN MEDIA CYBER UMNO/BN

SERANGAN PADU UMNO/BN

Satu perkara yang ingin penulis kongsi dengan kepimpinan UMNO/BN dan anda semua. 
Pengundi berumur :

a. 21 hingga 29 tahun - 2.3 juta orang.

b. 30 hingga 39 tahun - 2.8 juta orang.

c. 40 hingga 49 tahun - 2.8 juta orang.

d. 50 hingga 59 tahun - 2.3 juta orang

Daripada keempat-empat golongan ini, pengundi berumur 50 hingga 59 tahun merupakan golongan yang majoritinya sudah sudah membuat keputusan tentang parti politik.

 Daripada sini, kita sudah tentu nampak pemfokusan generasi yang perlu dilakukan oleh kepimpinan UMNO/BN untuk berjaya dalam PRU13.

 Pemfokusan generasi celik internet juga memerlukan penekanan yang sangat penting kepada media alternatif seperti facebook, blogs, twitters dan cybertroopers.

Malah, keperkasaan media alternatif kerap kali ditekankan oleh Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

 Yang terbaru ialah kenyataan Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang yang turut menekankan kepentingan, siapsiaga dan kekuatan media alternatif untuk menyerang dan menerangkan segala tohmahan dan putar belit DAP dan parti pembangkang.

 Kata mudah, tiada kompromi di dalam memperkasakan jentera media alternatif yang sebelum ini jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jentera pro-pembangkang.

HELAH BELA DIRI DAP


LGE tak minat jadi PM tetapi berapa kerusi PARLIMEN untuk DAP bertanding dalam PRU 13



DAP menegaskan bahawa mereka tidak akan merebut jawatan Perdana Menteri, sebaliknya menyerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Paktan Rakyat konsisten dengan kenyataan sebelum ini bahawa sekiranya Putrajaya berjaya ditawan, yang mana hanya seorang sahaja layak sebagai Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, secara peribadi beliau tidak layak dan tidak berminat untuk menjawat jawatan tersebut.

"Ada ramai yang lebih layak dan berpengalaman untuk meneraju negara dan menjadi Perdana Menteri. Saya akan bertanya beliau apa jawatan atau kuasa yang akan diberikan kepada saya," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali minggu lalu, yang menyatakan bahawa Anwar akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas memenangi pilihan raya bagi memberi lalu kepada Guan Eng untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

TETAPI HARUS DIINGAT BERAPA JUMLAH KERUSI PARLIMEN YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARTI DAP. ADAKAH ANWAR IBRAHIM AKAN MENJADI BONEKA DAP SAHAJA SEPERTI NIZAR JAMALUDDIN 
( MB PERAK DAHULU )

SEMUA INI HARUS DIFIKIRKAN SEJENAK SEBELUM BUAT KEPUTUSAN UNTUK NEGARA MALAYSIA

Isnin, 11 Jun 2012

HAK ORANG MELAYU



DUN KAMUNTING



LAWAN










LAWAN





























Kerusi DUN Kamunting perlu diletakkan calon dari berbangsa MELAYU ( BUMIPUTERA ) seperti yang ditarifkan didalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Ini kerana penduduk dikawasan Kamunting mempunyai berbilang kaum dan majoritinya adalah penduduk yang berbangsa MELAYU. Untuk pengetahuan pembaca Kerusi DUN Kamunting akan ada pertandingan 2 penjuru iaitu dari Barisan Nasional yang diwakili oleh UMNO manakala dari Pakatan Rakyat yang diwakili oleh DAP, sekiranya kedua-dua parti ini bertanding maka kedua-dua parti perlu mencari calon yang sesuai iaitu Berbangsa MELAYU, Beragama ISLAM, Orang TEMPATAN, Boleh MENANG dan Bukan ORANG YANG SAMA pada PRU 12.Untuk memperolehi kemenangan kedua-dua parti perlu menepati kriteria-kriteria ini.

PARTI PAS TAKUT KAT PARTI UMNO

MASUK PAS DAPAT HAJI




Dipetik dari selangorku.com


SHAH ALAM, 5 JUN : PAS hari ini meminta kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).


Ini kerana menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menjangka PRU-13 bakal berlangsung semasa musim haji iaitu selepas bulan Ramadan, antara September hingga Oktober.


Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti.


“Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan.


“Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini iaitu jemaah haji bertolak ke Makkah.


“Kalau berlaku demikian, kita minta ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,” katanya.


Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihanraya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah.


“Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain,” ujarnya.


Dasyat kan ?



Sampai ahli nak buat ibadah yang wajib pun mereka minta tangguh kerana lebih pentingkan politik.


Perlu diingat ibadah haji adalah rukun islam yang kelima. Pertama mengucap syahadah dan diikuti dengan sembahyang 5 waktu, puasa, zakat dan haji.

Kalau Pas secara terbuka boleh keluarkan arahan kepada ahlinya supaya menangguhkan perkara yang wajib, agak-agaknya selama ini berapa banyak ibadat wajib seperti sembahyang , puasa dan zakat yang pemimpin Pas tangguhkan kerana nak utamakan politik ?


Tidak mustahil jika bulan Ramadhan nanti Pas keluarkan pula arahan supaya ahli-ahlinya menangguhkan pembayaran zakat kerana wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar zakat diminta di dermakan untuk tabung PRU 13 Pas.


Kalaulah ada ahli mereka yang sepatutnya menunaikan haji pada tahun ini menangguhkan pemergian mereka kerana arahan dari Pas dan orang itu meninggal dunia tanpa sempat menunaikan haji , Pas tanggunglah dosa itu .


Eh...eh...lupa pula....Pas mana ada dosa dan mereka dah dijamin syurga. Betul kan ?


Semoga ramai yang akan buka mata dengan perkara ini. Pas adalah sebuah parti politik yang luar biasa atau luar kenormalannya untuk mengejar kepentingan politik sehingga mereka sanggup lakukan apa sahaja demi politik. Inilah yang dinamakan binatang politik atau pun dipanggil political animal.


Setakat hari ini PM tidak pernah katakan yang beliau akan bubarkan parlimen pada musim haji. Pas yang memandai-mandai mengalahkan PM. Soal tarikh PRU yang tidak ditetapkan juga tidak timbul. Semua orang tahu penggal pemerintahan akan tamat 5 tahun selepas dari tarikh kali pertama parlimen bersidang selepas sesuatu PRU. Untuk penggal (penggal 12) parlimen pertama bersidang pada 28 April 2008 dan tamat pada 28 April 2013. Dari hari ini ada setahun lagi tempoh untuk adakan pilihanraya.


Maka pada 28 April 2013 parlimen akan terbubar dengan sendiri dan SPR perlu adakan pilihanraya dalam tempoh 60 hari.


Cuma terpulang kepada PM samada beliau hendak bubarkan lebih awal dari tarikh berkenaan atau tidak. Kalau Pas nak kata PM tidak menetapkan lebih awal bila hendak bubarkan parlimen. Bagaimana pula dengan negeri-negeri yang diperintah pak-khatan rakyat ? Adakah Khalid Ibrahim, Nik Aziz, Guan Eng dan Azizan telah umumkan bila mereka nak bubarkan dun negeri-negeri mereka ?

KENAPA KITA PERLU GADAIKAN TANAH AIR KITA YANG TERCINTA


JANJI KARPAL SINGH 
" TIADA PM ORANG MELAYU "
JANJI ANWAR IBRAHIM " DIALAH PM "


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika seki-ranya pembangkang berjaya mentadbir negara kerana realitinya DAP tetap mahu jawatan tersebut disandang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, hakikat tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

"Anwar hanya akan menjadi Perdana Menteri buat seketika sebagai taktik sahaja kerana Karpal sudah kata sampai mati akan perjuangkan Perdana Menteri dipegang oleh orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

"Karpal juga menyebut nama Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan Guan Eng boleh menjawat jawatan itu kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya menjadi Perdana Menteri," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Skudai Kanan, di sini semalam.

Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau hidup.

Malah, beliau turut mengakui tersasul menamakan Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri seperti yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Inggeris tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.

Meskipun ketika ini pembangkang bersetuju ketua pembangkang itu adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu.

Sementara itu, Hasan berkata, meskipun didesak pelbagai pihak, namun Anwar sehingga kini masih gagal mengumumkan 'ahli-ahli' Kabinet bayangan pembangkang meskipun pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
UNTUK MAKLUMAN PEMBACA BAHAWA SEKIRANYA ANWAR IBRAHIM TIDAK DIANGKAT SEBAGAI PERDANA MENTERI NESCAYA BUMI MALAYSIA AKAN DITIMPA HURU-HARA KERANA ANWAR IBRAHIM AKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN DILUAR NEGARA.

Seruan untuk orang bumiputera ( MELAYU ) tolong fikir dan bayangkan sekiranya pemimpin ini yang kita anggap untuk mengekalkan keamanan di Malaysia

KEBANGKITAN NGO'S DI TAIPING


7 NGO buat laporan di IPD Taiping


Pada waktu ini 7 NGO dari daerah Taiping sedang membuat laporan polis berkaitan kenyataan akhbar yang telah dibuat oleh Datuk Abdul Murad bin Khalid yang mendakwa wujudnya 20 akaun individu yang dikawal oleh Anwar Ibrahim membabitkan aset seperti saham, wang lebih RM 3 billion berdasarkan akuan bersumpahnya.

7 NGO mahukan agar kerajaan melakukan tindakan susulan dari kenyataan akhbar tersebut merangkumi perkara-perkara seperti berikut :-

1. Berharap peguam negara membuka semula kertas siasatan berkaitan perkara di atas.

2. Satu Suruhanjaya hendaklah ditubuhkan bagi menyiasat kenyataan Dato Abdul Murad dimana wujudknya 20 akaun individu yang dikawal oleh Anwar Ibrahim membabitkan aset saham, wang lebih dari RM 3 billion berdasarkan akuan sumpah beliau.

3. Mendesak agar lembaga hasil dalam negeri (LHDN) tampil untuk membuat kenyataan berkaitan dakwaan Murad.

4. Mendesak agar suruhan jaya pencegahan rasuah (SPRM) menyiasat penyelewengan ini.

5. Mahukan agar Anwar Ibrahim dilabelkan sebagai Bapa Rasuah.

7 NGO ialah
1. JKKK Kg setia, Kg Dew
2. MAYC Bukit Gantang
3. Perkasa LMS
4. KIMMA
5. Sejati
6.Muhibbah 1 Malaysia Bkt Gantang
7. Warisan Melayu Perak. 

Selasa, 5 Jun 2012

VIDEO KHAS ANWAR IBRAHIM




PANAS!! VIDEO ANWAR SHAMSIDAR YANG BAKAL DITAYANG BUAT ANWAR MENGAMUK!!!




Berikut didedahkan satu kenyataan pembelaan Senator Datuk S. Nallakaruppan dalam kes saman tuduhan biseksual yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan pembelaan yang asal dilampirkan di bawah yang menerangkan perkara berikut :

Dalam precedent case (kes terdahulu), iaitu kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim vs Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan tuduhan gay, bekas Perdana Menteri menang kes tersebut dan Anwar telah disahkan oleh mahkamah sebagai seorang homoseksual/gay/biseksual. Bermakna sebelum Nalla menuduh ‘Anwar seorang biseksual’ dan diterbitkan oleh Utusan Malaysia, reputasi Anwar sebagai seorang homoseksual/gay/biseksual telahpun diputuskan di mahkamah dan sudah diketahui umum.
Latar belakang

Nalla adalah bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun yang diperkenalkan oleh Datuk Lim Thian Kiat (Datuk TK Lim) pemilik Magnum Corporation. Datuk TK Lim adalah majikan kepada Nalla. Hubungan persahabatan Nalla dan Anwar bermula ketika Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan menjadi semakin rapat setelah Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan.

Ketika itu, Nalla dan Anwar terlibat dalam aktiviti sukan tenis di padang tenis Bangsar yang dibina khas oleh Datuk TK Lim. Datuk TK Lim telah membayar seorang jurulatih tenis dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar dirinya, Anwar dan Nalla sekitar tahun 1993 hingga 1998.

Ini membuktikan hubungan Anwar dengan Nalla telah lama terjalin yang membolehkan Nalla merupakan sumber yang tepat untuk mengesahkan sisi-sisi gelap Ketua Umum PKR itu. Anwar adalah seorang biseksual iaitu individu yang melakukan aktiviti seks dengan wanita dan lelaki dan turut melakukan aktiviti seks dengan wanita yang telah berkahwin.

NIK AJIS KENA SANTAU ANU ARR




NIK AJIS MAKAN HATI DENGAN ANU ARR DAN AZMIN ALI


SEHINGGA ke saat ini, nama Azmin Ali tidak henti-henti meniti disetiap bibir rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik semasa….

Dari kes makan aiskrimnya, kecurangan isterinya, penderhakaan kepada ibunya sehinggalah kepada pendedahan mengenai pemilikan harta yang tidak munasabah ketika menjadi Setiausaha Sulit Anwar pada 1995 oleh Raja Petra Kamarudin (RPK).

Lepas satu satu….!

Pencacai PKR sudah mula memainkan teori serangan peribadi untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari pelbagai kes yang melilit Azmin sekarang ini. Ini adalah taktik biasa PKR kalau ada kelemahan dari kalangan pemimpin mereka yang didedahkan.

Ambil contoh macam kes video seks Anwarlah, yang dipertikaikan soal Anwar berzina dengan pelacur cina tersebut, sebaliknya yang lebih menjadi isu dikalangan pemacai PKR, rambutlah, perutlah dan sebagainya.

Penulis sendiri secara peribadi tidak begitu peduli dengan semua masalah Azmin sekarang kerana penulis sedar Azmin memang bukan bersih pun, malah kerana dia dan Anwar galak menyalahgunakan kuasa di Kementerian Kewangan dahulu, menyebabkan imej kerajaan BN terjejas sehingga hari ini.

Yang penulis pedulikan ialah kenapa dalam semua kekecohan ini, PKR tidak mengambil sebarang tindakan kepada Azmin..? Nak dokumen, dah ada dokumen, nak gambar, dah ada gambar , nak video..? Itu tunggu dulu kot.


Walaupun tidak sampai ketahap memecatnya dari parti tersebut, tapi sekurang-kurangnya ada tindakan lain yang lebih tegas seperti gantung sehingga siasatan selesai, diarah bercuti dan sebagainya.

Ini siasatan pun tak dijalankan, apa cerita nak gantung dan suruh bercuti lagi?

Macam mana PKR nak berlaku adil kepada rakyat Malaysia kalau dalam keadaan PKR belum berkuasa pun sekarang, kesalahan orang-orang tertentu yang rapat dengan Anwar sewenang-wenangnya didiamkan dan diambil jalan mudah dengan menuduh ia adalah konspirasi..?

Ini cakap pasal Azmin tau, bukan cakap pasal Anwar pun. Kalau Anwar tu lainlah sebab PKR ialah Anwar dan Anwar ialah PKR, maka itu tidak hairan langsung kenapa hampir kesemua jentera dan ahli PKR bangkit mempertahankan Anwar setiap kali ada skandal yang melibatkannya. Berbeza dengan Azmin yang mempunyai kelompok pemimpin tersendiri sahaja yang menyokongnya.

Kalau inilah gambarannya, maka wajiblah rakyat Malaysia menolak parti PKR ini dan sekutu lainnya dalam Pakatan Rakyat. Nampak sangat soal kronisme dan nepotisme begitu menebal dalam Pakatan Rakyat terutama di kalangan PKR dan DAP.


Bayangkanlah kalau Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin melakukan sesuatu kesalahan. Pada anggapan kita, agak-agaknya bolehkah Azmin dikenakan sebarang tindakan undang-undang – melihat dari keadaan sekarang?

Penulis yakin tidak...., malah, Azmin dan sesiapa juga yang masuk inner circle yang rapat dengan Anwar akan lebih bermajarajalela, bak kata pepatah bersultan di mata, beraja di hati. Apabila mereka ini dipuncak kuasa, semua agensi dan jabatan kerajaan akan berada di bawah telunjuk mereka.

Hanya rakyat sahaja yang mampu mengubah keadaan ini dengan memastikan hasrat kelompok ini untuk menjajah Putrajaya

Anwar sebenarnya rasa kurang senang dengan kenyataan terbaru Azmin yang terus terang disifatkan sebagai serangan ‘sound bites’ kepada dirinya dan keluarga. Ya, mungkin pandangan Azmin adalah ikhlas untuk kekuatan PKR; namun ianya tidak menyenangkan Anwar dan keluarga. Azmin perlu sedar diri, bahawa tanpa sentuhan ‘The House of Anwar’, Azmin dan PKR tidak akan mampu belayar jauh sebagai parti politik.

Kebanyakan rakan-rakan pimpinan PKR menganggap serangan ini sebagai ‘counter-arguments’ Azmin kepada masalah moral yang sedang dihadapi oleh dirinya pada ketika ini. Azmin kurang senang apabila ada pihak tertentu yang mula bercakap soal IMEJ PKR yang calar dengan kes-kes politik senggama dan selingkuh yang ada dalam parti tersebut. Bukan sedikit kalangan pimpinan PKR yang terima gambar-gambar gadis yang pernah dilanggan oleh Azmin selama ini. Mereka sendiri malu dan segan.

PKR selama inipun memang berdiri di atas landasan politik dinasti. Azmin adalah pilihan interim. Sementara. Stop gap measure. Nak menghentikan kritikan yang melampau kepada dinasti politik dalam PKR.


Pada Azmin, politik mesti berasaskan merit. Bukannya dinasti. Bukan soal BIN dan BINTI. Tapi Azmin lupa, kalau merit yang jadi asas, Azmin pun belum layak berada di tangga Timbalan Presiden. Syed Husin lebih lama dalam parti. Ezam (kalau tak melompat) lebih layak. Hamdan Taha (lebih senior). Hanafiah Man. Ramai lagi. Soalnya, Azmin pun dah biasa pijak kaki orang sebab nak naik cepat.


Secara keseluruhannya, menurut seorang Prof yang melakukan census dalaman mengenai ‘next leader of PKR’ – Izzah mendahului jauh. Menurut survey dalaman PKR; 93 % kalangan perwakilan ke Kongres PKR di Pulai, bersetuju bahawa IZZAH adalah calon paling layak mengambil tempat Kak Wan sekiranya berlaku apa-apa. Nama Azmin jauh di tempat ke-5. Bukanpun di tempat kedua. Harus diingat, ini berlaku sebelum insiden karaoke jamban. Kalau buat sekarang; rasanya Azmin akan lebih jauh ketinggalan.
Ironinya, dalam survey sama – nama Izzah diekori rapat oleh TS Khalid Ibrahim, Dr Mansor dan Ambiga (walaupun bukan ahli parti). Perwakilan mahukan Ambiga berada di dalam kelompok PKR dalam masa yang terdekat.
tq-mik

Isnin, 4 Jun 2012

SEBARKAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT MELAYU


 Kenapa kita menentang PAS?



PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

Kenapa Kita Menentang PAS?


1. Kita menentang PAS menyedari tindakan keterlaluan pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sebagai penyelewengan akidah,syariah dan akahlak, penyebar-penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianatan masa depan orang Melayu.

Selagi PAS menjadi juara tersebut,kita wajib berjihad menentang mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melihat kemungkaran,maka hendaklah ditegah menggunakan tangan,kalau tidak mampu menggunakan lidah,kalau tidak mampu menggunakan hati dan itulah selemah-lemah iman’. (Hadis Riwayat Muslim).

2. Kita terpaksa menentang PAS kerana PAS boleh melemahkan dan menghilangkan kuasa politik orang Melayu dan Islam .


Apabila PAS sanggup menggadaikan Islam dan bekerjasama dengan DAP dan seterusnya menerima tuntutan 17 perkara yang di kemukakan oleh persatuan Cina serta menolak Hak Keistimewaan Orang Melayu, sanggup bertangguh-tangguh melaksanakan Hudud kerana DAP serta menggugurkan perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS bukan lagi Parti Islam seperti yang mereka dakwa!

3. Kerana itu, perjuangan menentang PAS adalah JIHAD demi mengembalikan ajaran Islam yang sebenarnya! Selain itu ia juga untuk mempertahankan kuasa politik pemerintahan di tangan umat Islam Malaysia.


Terhapus kuasa politik orang Islam, hilanglah segala perjuangan Agama,Bangsa dan Negara kita!!!

KENA BATANG HIDUNG SENDIRI BARU TAU


Orang Pas Meroyan Bila Maskot DiSindir




Piccolo @ Dragonball




Seorang rakan online ada mengirimkan satu emel komen mengenai maskot baru Pas - Hadi dan Huda. Katanya seorang rakan ada tweet secara bergurau seperti dibawah -



Hasilnya teruk mamat tu kena komen ! Antara komen yang menarik dan mewakili rentak komen2 lain berbunyi -

- Maka gugurlah syahadah seorang islam, andai memainkan / berjenakana mengenai cara hidup Rasulullah S.A.W hatta mentertawakan keldainya sekalipun. Tidak kah kamu tahu bahawa serban dan jubah itu pemakaian harian seorang manusia agung??

Seriusli....... adakah komen diatas menyindir cara hidup Rasulullah ? Yang saya baca mamat tu menyindir/ bergurau tentang Pas.

Tweet diatas kemudian disalin oleh sebuah blog bukan politik yang Top ( ranking lebih tinggi dari mana2 blog politik ) dan ia menghasilkan reaksi yang serupa juga, antaranya -

- Mengucapla ko banyak2 xxx..andai kate ko mati di saat ni,maka matila ko sebagai kapir laknatullah..damela ngan org lsin yg merasakan bende mcm ni lawsk di hsti mereka..

( ada juga komen rasional tapi saya hanya pilih yang terasa sensitif jer )

Jom tengok lagi imej Piccolo, salah satu watak utama siri animasi DragonBall.















Dan ini pula maskot Pas.


DIASUH MAKI HAMUN UMNO KALAU NAK MENANG PRU



Anak Nik Aziz tawar diri jadi calon PRU13.

Timbalan ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan kesediaannya sekiranya diperturunkan sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Anak kepada mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dipetik Sinar Harian sebagai berkata, beliau sudahpun bersedia untuk berbuat demikian sejak 10 tahun lalu.

“Saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno,” katanya seperti dipetik dalam laporan edisi dalam taliannya hari ini.

Menurut laporan itu lagi, isu mengenai pencalonan Nik Abduh pertama kali ditimbulkan timbalan ketua pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar dilaporkan sebagai berkata, keputusan tersebut bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang bertanggungjawab menentukan senarai calon dari negeri itu.

Nik Abduh dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian bagi menggantikan kedudukan naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang mengosongkan kerusi tersebut untuk bertanding di Johor.

AJARAN KITAB PKR



Wajib Baca! 7 Simbol Puja Syaitan Untuk Kelirukan Umat Islam!


Blogger JennyKaleyn telah berkongsi dengan kita dan Keris memertik maklumat daripada blog beliau supaya perkara ini dapat disebarkan lagi. Keris juga sentiasa melihat simbol-simbol ini diletakkan didalam permainan video, cerita barat dan baju-baju yang dijual. Dalam tidak sedar doktrin memuja syaitan cuba diterapkan secara halus. Mengapa kita tidak sedar? Kerana kita tidak tahu apa maksud sebenar simbol-simbol tersebut.


Jadi dibawah ini terdapat 7 simbol yang paling popular digunakan dan ia sememangnya tanda memuja syaitan.



1. Symbol Scarab

Scarab diambil dari bahasa latin iaitu Scarabaeus Sacer dipercayai merupakan salah satu symbol satanic di dunia ini. Ia merupakan salah satu haiwan daripada keluarga kumbang. Orang-orang Mesir kuno percaya bahawa kumbang jenis ini sesuatu yang keramat, suci dan bagus untuk dijadikan simbol, tanda atau azimat.




2. Symbol Hexagram

Digunakan dalam upacara ritual mistik untuk memanggil setan.



3. Symbol Pentagram

Digunakan oleh tukang sihir perempuan dan ia berkaitan dengan Lucifer.




4. Symbol Tanduk Unicorn

Pertama kali digunakan oleh para pendeta Druid di Skotland dan Ireland. Tanduk Unicorn akan digunakan dalam upacara ritual untuk meminta bantuan kewangan daripada syaitan.



5. Symbol Mata Horus

Horus adalah dewa yang berkaitan dengan matahari. Dia merupakan anak kepada Isis dan Osiris. Mata Horus melambangkan simbol mistik bermakna ‘Maha Mengetahui & Melihat’.



6. Symbol Bulan Sabit Berkembar

Bulan sabit berkembar digunakan sebagai simbol Isis dan juga Diana, iaitu Ratu Syurga. Kitab kuno mengisahkan riwayat keturunannya berasal dari cucu Nuh bernama Cush. Cush menikahi seorang perempuan jahat bernama Semiramis, ratu Babylonia yang turut dikenal sebagai Venus, Ashtoreth, Diana dan Isis. Upacara ritualnya dikaitkan dengan hubungan seks di bawah sinar bintang dan bulan, para pengikutnya akan menikmati seks satu sama lain.



7. Symbol Ankh

Simbol ini menyerupai salib dalam ajaran kaum Nasrani tetapi ia sama sekali tidak berkaitan dengan salib. Ankh berasal dari mistik Mesir kuno. Pada masa itu Ankh dipergunakan dalam upacara pemujaan RA, dewa matahari Mesir kuno yang diyakini sebagai wujud lain daripada setan & pencipta alam semesta yang disembah oleh orang-orang Mesir kuno. Lingkaran pada simbol ini adalah gambaran matahari manakala syarat utama untuk menggunakan simbol ini ialah orang-orang Mesir kuno diwajibkan mempersembahkan kesucian gadis perawan dalam sebuah pesta ritual yang menyeramkan.


Jika lihat dengan teliti pada no 6 sama dengan bendera Parti Keadilan Rakyat.








Santan Berlada : Anda nilai sendiri..dan bukankah PKR antara yang meyokong LGBT?..( lesbian, gay, biseksual, transseksual )

GIMIK DAN GEMPAK PAS



Agak mengejutkan apabila ramai di kalangan para penyokong PAS tidak berpuashati apabila jumlah kehadiran Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darulaman, Alor Setar, pada 2 Jun lalu dikatakan hanya mencecah 50,000 hingga 70,000 orang sahaja.

Mereka meradang, marah, geram, memaki hamun, mencerca dan mencarut terhadap sesiapa saja yang mengatakan bahawa himpunan itu dihadiri kurang dari 100,000 orang penyokong PAS, kecuali laman portal pro-pembangkang, Malaysiakini.com.

Kedahan69ers.com juga tidak terlepas dari dimaki hamun oleh para penyokong PAS yang bertandang ke laman portal ini.

Apa pun, terima kasih atas kunjungan serta cercaan itu, dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.


Bagaimanapun, agak menghairankan apabila Stadium Darulaman yang hanya mampu menampung seramai 32,387 orang sahaja di semua tempat duduknya.

Jumlah tersebut disahkan sendiri oleh Laman Web Rasmi Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah yang boleh dilawati di alamat;http://www.stadiumkedah.gov.my.

Pun begitu, sekiranya dikira secara stadium padat pun, wajarlah dikira semuanya yang berada di tempat duduk stadium itu berjumlah 40,000 orang, itu pun untuk tidak mengecewakan hati para penyokong PAS, walaupun sesetengah tempat duduk tidak padat.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

Jumaat, 1 Jun 2012

JANGAN PANDANG RENDAH PADA GURU


LOGIK KE GAJI SEORANG GURU MEMILIKI KEKAYAAN MACAM AZMIN??


Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan dijalankan terhadap bekas cikgu, Azmin Ali, yang didakwa memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997. Logik ke bekas cikgu gred DG3 dulu (kini DG41) dengan gaji dengan gaji RM2442 dulu mempunyai asset dan harta yang melimpah ruah? Mampukah cikgu mempunyai kekayaan seperti Azmin walaupun kini gaji cikgu dah naik? Rasanya kalau setiap malam mengajar tuisyen pun tak mungkin sekaya Azmin. Dari mana Azmin dapat harta kekayaan tersebut?



Pengerusi SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata panel mengarahkan SPRM menyambung siasatan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009. Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu.


Mereka yang terbabit dalam siasatan itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Katanya cabaran utama untuk menyiasat kes berkenaan adalah mencari bukti kukuh kerana kes berlaku pada 1995 dan telah agak lama.


Pengendali portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Mohamed Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang menyerahkan dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu.


Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.


Adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009. Kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu undang-undang terpakai adalah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang sekarang. Mengikut undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya memperuntukkan tindakan tatatertib oleh jabatan.


Bagaimanapun panel penilaian mendapati adalah wajar satu siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan itu. SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu, Shafee Yahaya untuk membantu siasatan.

SHAMSIDAR AL-MURAHI PUNYA HARTA


 DOKUMEN SAHAM SHAMSIDAR TAHARIN DIDEDAHKAN