TAKUT
Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.
Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.
Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah jadi penakut. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.
Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepecayaan karut-karut hingga mereka menjadi saorang melayu yang penakut
GAMBAR SIAPA YANG MEREKA INI PIJAK, APAKAH MEREKA INI JENIS PENAKUT SEBAB ITU MEREKA DIPIJAK ATAU...................! ! !
GAMBAR SIAPA YANG MEREKA INI PIJAK, APAKAH MEREKA INI JENIS PENAKUT SEBAB ITU MEREKA DIPIJAK ATAU...................! ! !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan