# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Isnin, 28 September 2015

PERKASA MASUK GELANGANG

Dap menuntut Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf susulan khutbah mendakwa mereka anti-Islam,

PERKASA masuk gelanggang dan berkata Dap tiada hak untuk memberikan kata dua atau amaran kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha tersebut.

Dan saya juga ingin menyatakan bahawa Pemimpin Dap adalah cina kafir yang tak akan memahami Islam walau pun satu ketika dadulu mereka bertahaluf siyasi bersama Parti Ajaran Sesat.

DAP sebenarnya telah dua kali mencampuri urusan kandungan khutbah dinegara ini dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA Malaysia Dr Amini Amir Abdullah menggesa Dap memohon maaf kepada JAIP kerana mencampuri urusan hal ehwal Islam dan JAIP.

SIAPA DIBELAKANG DUTA CINA INI ?

Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang mengatakan tidak tahu dirinya dipanggil ke Wisma Putra, Huang yang menghadiri forum di Hotel Istana memberitahu wartawan, beliau tidak tahu dirinya dipanggil ke Wisma Putra, sambil menambah beliau hanya dapat tahu mengenainya daripada suratkhabar.

Apa dah jadi dengan Menteri-Menteri yang dilantik oleh Ds Najib sekarang ini dan sepatutnya kerajaan tidak bolih mendiamkan diri dalam isu ini kerana dengan jelas sekarang kaum Cina bangsa pendatang ini sudah terlalu biadap mungkin kerana dibelakang mereka ada parti politik tertentu yang cuba menjatuhkan maruah pemerentahan orang melayu.

Ahad, 27 September 2015

AKTA HASUTAN; "KRITIK KERAJAAN BUKAN LAGI KESALAHAN" KATA ZAHID HAMIDI. 7 APRIL 2015.

Perbuatan menghasut sehingga mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan tidak akan menjadi kesalahan di bawah Akta Hasutan apabila pindaan ke atas akta itu diluluskan.

Perkara itu antara yang dicadangkan dalam Rang Undang Undang Hasutan (Pindaan) 2015 yang dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Pindaan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi lebih terbuka dan dengan itu membolehkan orang awam bebas untuk memberikan maklum balas atau kritikan terhadap kerajaan agar dapat mewujudkan suatu pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab di Malaysia.

Rang Undang undang itu juga bertujuan memotong perenggan 3(1)(c) akta sama untuk menjadikan perbuatan mengembangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia juga tidak lagi dianggap sebagai perbuatan menghasut, dan dengan itu tidak akan ditangani sebagai suatu kesalahan di bawah akta itu kelak.

Bagaimanapun, bagi melindungi kesucian agama yang dianuti masyarakat berbilang kaum di negara ini, kerajaan mencadangkan mana mana individu yang mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara mana mana orang atau kumpulan atas alasan agama, dianggap melakukan kesalahan di bawah akta itu.

Bagi mengelak kekeliruan, berhubung dengan agama Islam, agama merujuk kepada Hukum Syarak sebagaimana yang termaktub di bawah mana mana undang undang bertulis dan tidaklah termasuk apa-apa ajaran sesat.

Pindaan juga bertujuan meminda subseksyen 3(3) akta itu untuk meluaskan pemakaian peruntukan itu untuk merangkumi penerbitan secara tidak langsung bahan menghasut.

Selain itu, pindaan turut mencadangkan hukuman lebih berat dikenakan bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah akta itu, apabila diwartakan kelak.

Pindaan kepada subseksyen 4(1) bertujuan menambah hukuman penjara daripada tiga tahun dalam akta asal kepada minimum tiga tahun dan maksimum tujuh tahun serta meniadakan hukuman denda.

Sementara subseksyen baharu 4(1A) dimasukkan untuk mengadakan peruntukan bagi hukuman minimum penjara lima tahun dan maksimum 20 tahun bagi kesalahan di bawah akta itu berdasarkan keseriusan kesalahan.

Turut dimasukkan seksyen baharu 5A tentang peruntukan tidak membenarkan seseorang yang didakwa melakukan kesalahan di bawah akta itu diikat jamin, dan Seksyen 5B untuk memberi mahkamah kuasa bagi memerintahkan individu yang didakwa menyerahkan dokumen perjalanannya.- Bernama

BILA PEMIMPIN BERBICARA

Ramai juga Pemimpin bila bercakap mereka mahu mempertahankan hak orang melayu, Agama bangsa dan tanah air tetapi dalam masa yang sama mereka juga yang membuka ruang dan memberi ruang kepada bangsa pendatang terutamanya kaum cina menjadi kaya raya.

58 tahun melayu menjadi pemerentah harta hak milik orang melayu hampir pupus terutama tanah rezab melayu, apa yang mereka perjuangkan sekarang hanya untuk mengunakan melayu bagi mempertahankan kedudukan mereka kekal dalam POLITIK dan terus menjadi pemimpin dan yang lebih penting mengumpul seberapa banyak harta yang bolih selagi masih berkuasa.

Jumaat, 25 September 2015

SEKOLAH SATU ALIRAN

Sekolah satu aliran: Pemimpin semua kaum perlu bincang bersama, kata Mahdzir

Pemimpin-pemimpin semua kaum negara ini perlu berbincang sama ada perlu atau tidak mewujudkan sistem sekolah satu aliran di negara ini, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ini salah seorang menteri bangang yang dipilih oleh Ds Najib.

MELAYU DAP BIADAP

Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Sheikh Omar Ali sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Mufti Pahang disebabkan teks khutbah ini.

Dalam teks khutbah disediakan Jabatan Mufti Pahang semalam, pada salah satu perenggannya dimuatkan kenyataan: Dewasa ini kita melihat perpecahan umat islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat islam yang menyertai Parti DAP yang terang-terangan menentang Islam. Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka.

Sementara itu sekumpulan ahli Melayu DAP juga hari ini mengeluarkan kenyataan mengecam khutbah berkenaan. Kenyataan itu antara lain ditandatangani Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal; Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Selangor, Young Syefura Othman; Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Subang, Numan Saadan dan ahli DAP Bukit Bendera, Izmil Amri.

Lihatlah betapa kurang ajarnya melayu Dap Khutbah Jumaat sudah mereka berani mempertikaikan, ini lah sebahagian melayu yang menjadi alat kepada Cina komunis Dap Lahanat.

AMBIL UNDANG-UNDANG DITANGAN SENDIRI

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee berkata Sebahagian besar premis perniagaan di Jalan Petaling dijangka menutup operasi niaga mereka pada Sabtu ini susulan ancaman yang dibuat oleh Pengerusi Gabungan Ngo-Ngo Melayu Datuk Jamal Md Yunos.

Bantahan dibuat kerana kebanjiran barangan tiruan di kawasan berkenaan, kata Say Tee jika kami buat salah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpu DBKL, Polis atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK perlu mengambil tindakan terhadap kami bukan peserta baju merah.

Inilah akibatnya apabila rakyat terpaksa mengambil undang-undang ditangan sendiri akibat dari kelemahan pihak bertanggung jawab menjalankan tugas. Walau apa pun dengan terang dan jelas saya ingin menyatakan apabila Rasuah menjadi penyelesai kepada masalah maka yang haram akan jadi halal dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat.