# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Jumaat, 31 Julai 2015

CAKAP JANGAN SEBARANG CAKAP

Tak sampai 1 minggu dilantik jadi Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianat kepada parti.

Siapa sebenarnya pengkhianat parti ? buruk sunguh perangai Pemimpin masakini bila dapat sedikit habuan maka bersuaranya saperti ulama, setiap yang menjadi pemimpin tetap ada jasanya jangan menghina sesama kita.

Khamis, 30 Julai 2015

KENYATAAN YANG BOLIH MEROSAKAN UMNO

Perlukah Ds Najib pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno untuk hentikan pemerontakan ahli akar umbi saperti disarankan oleh seorang bekas Menteri yang terencat akal Ts Zainudin Maidin dan saranan ini bagi saya bukan jalan penyelesaian kepada kes pemencatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Setakat ini kita belum lihat ada pemerontakan yang akan dibuat malah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah menyataakan beliau redha dengan apa yang terjadi padanya, saya juga tidak faham dengan bekas Menteri terencat akal ini sepatutnya dalam suasana sekarang kemuka kan cadangan yang baik kepada Kerajaan dan Pemimpin parti politik untuk menyelesaikan masalah masakini bukan jadi batu api kepada keadaan.

Kenyataan Bekas Menteri Terencat Akal
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan selain memecat Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan,

Walaupun dipecat daripada Kabinet, Ts Muhyiddin masih Timbalan Presiden Umno serta mempunyai kuasa menggunakan saluran parti jika mahu melawan semula Ds Najib dan Ds Najib perlu melakukannya dengan segera selepas tekanan lebih kuat apabila tersebarnya klip video semalam menunjukkan Muhyiddin mengatakan Perdana Menteri mengaku AS$700 juta (RM2.6 bilion) masuk ke dalam akaun peribadinya.

"Langkah pertama yang Najib akan ambil adalah pecat Muhyiddin daripada timbalan presiden Umno"

Selasa, 28 Julai 2015

DS ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI

TERKINI: ZAHID SAH TIMBALAN PM.....

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang baharu mengggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kekal menjadi Menteri Dalam Negeri dalam satu rombakan kabinet yang diumumkan sebentar tadi.

Selain Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafiee Apdal turut digugurkan dari barisan kabinet yang baru.

Datuk Seri G Palanievel dan Hassan Malek turut digugurkan sebagai Menteri.

Kota Belud mendapat dua menteri apabila Datuk Seri Panglima Senator Salleh Tun Said Keruak dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru. Sebelum ini Ahli Parlimen Kota Belud merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan dipecah dua semula kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

KABINET PENUH :

YAB DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan

YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Menteri Pengangkutan

YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
Menteri Kesihatan

YB DATO’ MAH SIEW KEONG
Menteri di JPM

YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
Menteri Pertahanan

YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

YB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

YB DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS
Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

YB DATO’ SRI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan II

YB DATO’ SRI ANIFAH BIN AMAN
Menteri Luar Negeri

YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)
Menteri di JPM

YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA
Menteri di JPM

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP
Menteri di JPM

YB DATUK WILFRED MADIUS TANGAU
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

YB DATO’ SRI HAJAH ROHANI BINTI HAJI ABDUL KARIM
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN
Menteri di JPM

YB DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN YUSOF
Menteri Kerja Raya

YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM
Menteri Sumber Manusia

YB DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan

YB DATO’ SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH
Menteri Pengajian Tinggi

YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM
Menteri di JPM

YB SENATOR DATUK PAUL LOW SENG KUAN
Menteri di JPM

YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
Menteri Belia Dan Sukan

YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

YB PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI
Menteri di JPM

YB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID OMAR
Menteri di JPM

YB DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri di JPM

YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDIN
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar

YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID
Menteri Pendidikan

YB SENATOR DATUK SERI PANGLIMA DR. MOHD. SALLEH BIN TUN SAID KERUAK
Menteri Komunikasi Dan Multimedia

YB DATO’ SRI AZALINA BINTI DATO’ OTHMAN SAID
Menteri di JPM

YB DATO’ SERI ONG KA CHUAN
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri II

YB DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri di JPM

YB DATUK CHUA TEE YONG
Timbalan Menteri Kewangan

YB DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Timbalan Menteri Kewangan

YB DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED
Timbalan Menteri Dalam Negeri

YB TUAN MASIR ANAK KUJAT
Timbalan Menteri Dalam Negeri

YB DATUK AB. AZIZ BIN KAPRAWI
Timbalan Menteri Pengangkutan

YB DATO’ SERI DR. HILMI BIN YAHAYA
Timbalan Menteri Kesihatan

YB DATUK MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN
Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan

YB DATO’ WIRA MOHD JOHARI BIN BAHARUM
Timbalan Menteri Pertahanan

YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

YB SENATOR DATO’ LEE CHEE LEONG
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

YB DATO’ SRI DR. JAMES DAWOS MAMIT
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

YB DATO’ SRI HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATO’ SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN
Timbalan Menteri Luar Negeri

YB SENATOR DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)

YB DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

YB DATUK HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA MOHD DUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB SENATOR DATIN PADUKA CHEW MEI FUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB DATUK ROSNAH BINTI HAJI ABDUL RASHID SHIRLIN
Timbalan Menteri Kerja Raya

YB DATO’ SRI HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB
Timbalan Menteri Sumber Manusia

YB SENATOR DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

YB DATUK YAP KAIN CHING @ MARY YAP KEN JIN
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

YB DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN
Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

YB DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

YB SENATOR DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

YB DATUK IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI
Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar

YB TUAN P. KAMALANATHAN a/l P. PANCHANATHAN
Timbalan Menteri Pendidikan

YB SENATOR TUAN CHONG SIN WOON
Tiimbalan Menteri Pendidikan

YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN



KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015

PENGKHIANAT DAPAT KUASA

Makhluk perosak Umno sedang merosakan perjuangan orang melayu dan penyerahan jawatan kepada pengkhianat sedang berjalan. Tunggu dan lihat apa akan berlaku selepas ini apabila yang bernama pengkhianat dapat kuasa.

KEPUTUSAN YANG SUKAR DITERIMA

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu hari ini, dan pada masa sama akan mengekalkan portfolionya sekarang sebagai menteri dalam negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman tersebut hari ini dalam satu siaran secara langsung.

Najib turut mengumumkan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya, menyifatkannya satu "keputusan amat sukar" tetapi terpaksa dilakukan bagi memastikan Kabinet bergerak sebagai satu pasukan.

OTAK MANUSIA NAFSU BINATANG

JIKA Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui rombakan kabinet bukanlah satu kerja mudah buat Ds Najib dan sebaliknya Ds Najib berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.

Jika ada calon yang diangap layak yang terdiri dari Naib-Naib Presiden tak semestinya Ds Zahid dan Ds Hishamuddin dianggap layak oleh Ds Najib.