# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Ahad, 28 Jun 2015

HEBAT PEMIMPIN UMNO MASAKINI

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan
Tujuan utama kita membuat keputusan itu adalah untuk menumpukan khidmat sepenuhnya kepada rakyat dan bukan kepada usaha merebut jawatan.

Saya dalam Umno berjawatan Pengerusi Tetap Cawangan saja.

MUNGKIN RUJUK SEMULA

PAS masih belum membuat keputusan mengenai usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima tanpa bahas muktamar tahunannya ke-61 awal bulan ini.

Ketua Penerangan Nasrudin Hassan berkata, usul itu masih belum dibincangkan dan dibuat keputusan muktamad di peringkat Majlis Syura Ulama.

Ini kerana katanya, Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din ketika ini sedang melaksanakan ibadah umrah di Mekah.


Sabtu, 27 Jun 2015

MENYESAL DAHULU PENDAPATAN



Saya bersetuju sangat kalau Perwakilan Umno yang turunkan Ds Najib dari jadi Presiden Umno seterusnya beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Harapan saya juga jangan sesekali kita membenarkan rakyat yang menurunkan Ds Najib pada Pru 14 nanti, jika rakyat silap menurunkan Ds Najib maka yang naik menjadi Perdana Menteri selepas ini sudah pastinya Lim Guan Eng.

Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna kerana MELAYU sudah HILANG KUASA Fikir-fikirkan.

Jumaat, 26 Jun 2015

TANGGUH 18 BULAN

Umno Tangguhkan Pemilihan Parti Selama 18 bulan
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Majlis Tertinggi (MT) menangguhkan pemilihan Umno 2016.

Tak ada pemilihan sampai kiamat pun ok tak ada sesiapa nak halang kuasa semua ada pada Presiden tapi ingat pada Pru 14 baru kuasa rakyat pula.

SPRM OH SPRM

Perkasa berang dihalang masuk Ibu Pejabat SPRM

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berang kerana dihalang memasuki bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini. Perkasa mendakwa mereka dihalang pengawal keselamatan tanpa diberitahu sebarang alasan mengapa tidak dibenarkan untuk memasuki bangunan itu.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata, kehadiran mereka di SPRM adalah bertujuan membuat laporan bagi mendesak siasatan dijalankan berhubung pendedahan akhbar antarabangsa mengenai skandal pembelian hartanah di Australia bernilai jutaan ringgit oleh pegawai atasan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

SPRM kenapa gelabah babi
PERKASA bukan Komunis
semasa Teoh Beng Hook terjun bangunan SPRM dulu PERKASA bermati-matian pertahankan SPRM, jadi sekarang jangan pula SPRM lupa daratan dan bersikap biadap dengan PERKASA.

Isnin, 22 Jun 2015

SIMBAH CAT

Pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Rangoon di George Town disimbah cat merah manakala pintu hadapan dan bendera parti di pusat khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Padang Kota di sini dibakar.

NIZAR KEKAL KETUA PEMBANGKANG DUN PERAK

Nizar kekal ketua pembangkang Perak, kata DAP negeri
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menang kerusi itu atas tiket PAS akan kekal sebagai ketua pembangkang Perak, kata Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming, walaupun kerjasama antara kedua-dua parti itu sudah berakhir.