# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Jumaat, 25 Julai 2014

Menteri Besar Selangor

Ramai yang memuji Ds Najib kerana berjaya berunding dengan kumpulan pemisah Ukraine dalam isu MH17 dan saya pula ingin memuji Ds Anwar Ibrahim kerana berjaya meletakan seorang wanita sebagai Menteri Besar pertama dinegara Malaysia ini.

Seperti kata seorang sahabat kepada saya hari ini bahawa dalam masa yang agak singkat parti yang dipimpin oleh Ds Anwar telah berjaya mengangkat seorang wanita menjadi Menteri Besar sedangkan kelahiran Umno melebihi enam puluh tahun tapi pemimpin Umno tidak mampu untuk mengangkat seorang wanita sebagai Menteri Besar.

Sendiri Buat Sendiri Tanggong

Demi menjaga kepentingan peneroka yang menyumbang kepada perkembangan Felda, Ahli Lembaga Felda sudah putuskan siapa yang memfailkan saman kepada Felda dan agensi tanah itu tidak akan mendapat dividen akhir Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dan wang saguhati hari raya.

Dengan tindakan Felda ini kira-kira 50 peneroka Felda Gugusan Bera dan Rompin telah membuat laporan polis kerana mendakwa dinafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir RM1,000.

Inilah sikap muka tak malu penyokong pakatan haram Pr sanggup saman Felda tapi bila tak dapat dividen dan sagu hati menyalak pula.

Amal Team Perak

Assalamualaikum sahabat FB sekelian secara peribadi saya begitu teruja dengan sebuah Pertubuhan yang bernama AMAL TEAM PERAK yang berusaha mendapatkan sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada insan yang memerlukan, saranan saya kepada yang yang ingin menyumbang sila hubungi 2 penama saperti didalam gambar yang disertakan.

Rakan FB sila Copypaste dan majukan kepada FB rakan-rakan Tk.

Rabu, 16 Julai 2014

Cerita Panas Harian Brunei


Baca kerana ini penting
Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 tahun dapan, isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudung menutup aurat. Bertudung labuh sikit, jgn nampak bentuk b/dada, pakaian jgn fit/hanging, klu pakai seluar jgn fit.
Boleh kena dakwa tu. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN
ATAU SEBALIKNYA 198 

(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan
gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.

KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Dalam bab ini
KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.

(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya
hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa
kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut -
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-

(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau

(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Melayu Baik

MELAYU MEMANG TERSANGAT BAIK dalam Negara Malaysia ini, tak akan jumpa dalam dunia bangsa yang sebaik Bangsa Melayu. Dalam Pertubuhan Politik tak akan jumpa dalam dunia sebuah Parti Politik sebaik Parti Umno, saya berani berkata sampai Kiamat Dunia ini pun kita tak akan jumpa baiknya manusia bernama Melayu. Cuba tengok Umno, walau pun Mca itu kalah kerana ditolak oleh bangsa Cina yang cuba diwakili oleh Mca pada PRU 12 dan Pru 13

Tetapi Umno sanggup menyembah Parti Mca dan merayu supaya Parti Mca menyertai kabinet walau pun ada Pemimpin Mca yang mahu keluar dari Bn jika Umno menerima hukum Hudud. Dimana nak cari satu bangsa yang baik sebegini. Andai kata kalau Bn itu diterajui oleh Parti Mca dan Umno kalah KO dalam Pru adakah Parti Mca akan menyembah Umno dan merayu supaya Umno masuk kabinet saperti mana apa yang Parti Umno buat sekarang ? ? ? Jawablah siapa yang tahu akan jawapan sebenar

Hari Ini Dalam Sejarah


Masih ingat tak lagi pada 22 Ogos 2010 (10 Ramadhan) Teo Ning Ching (DAP Serdang ketika itu) telah masuk memberi Tazkirah di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Teo Ning Ching bertindak masuk ke ruang utama solat.Menurut surah At-Taubah ayat 28, bukan Islam tidak dibenarkan masuk masjid. Sudahlah tidak tutup aurat, DAP pijak pula ruang utama umat Islam bersolat ?

Masih ingat tak lagi pada 22 Ogos 2010 (10 Ramadhan) Teo Ning Ching (DAP Serdang ketika itu) telah masuk memberi Tazkirah di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Teo Ning Ching bertindak masuk ke ruang utama solat.Menurut surah At-Taubah ayat 28, bukan Islam tidak dibenarkan masuk masjid. Sudahlah tidak tutup aurat, DAP pijak pula ruang utama umat Islam bersolat ?

Mamapukah Mca, Gerakan dan Mic Menebus Maruah Mereka Di Dun Ini