# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Selasa, 12 Mac 2013

HINA PASUKAN KESELAMATAN AKAN DI BURU



 
NONETimbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan individu yang memperlekeh dan menghina tindakan pasukan keselamatan di Pantai Timur Sabah.

Katanya, beliau mengeluarkan arahan untuk mengesan percakapan dan kenyataan tersebut di laman web dan media sosial.

Saya beri arahan supaya dikesan mereka yang keluar kenyataan yang menghina dan mencerca tindakan ahli pasukan kita khususnya yang telah terkorban dan tercedera.

Jangan buat tindakan bodoh seperti ini... Saya minta hentikan, kita akan jejaki mereka. Kita akan ambil tindakan," katanya dalam satu sidang media hari ini. Ditanya mengenai bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas individu berkenaan, Khalid berkata pasukannya boleh bertindak dalam banyak cara.

Bagaimanapun, pasukannya tidak boleh bertindak ke atas media di negara luar sekiranya melakukan perbuatan sama, katanya. Itu di luar bidang kuasa kita," katanya lagi.

TAK AKAN TERLEPAS TIAN GHUA

Ditanya mengenai siasatan ke atas naib presiden PKR Tian Chua yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno, Khalid berkata polis akan membuat pengumuman apabila tiba masanya. Polis bagaimanapun tidak akan melepaskan MP Batu itu dengan mudah, tegasnya. Mana boleh lepas?,” katanya lagi ketika ditemui selepas sidang media di mes pegawai kanan polis Bukit Aman hari ini.

Sepasukan polis dari Johor semalam merekod keterangan Tian Chua selepas menerima ratusan laporan polis daripada individu dan NGO berhubung kenyataan yang disiarkan laman Keadilan Daily itu. Polis turut merekod kenyataan dua orang wartawan organ PKR terbabit serta wartawan akhbar New Straits Times Press berhubung kes sama.

KERAJAAN KINI TIADA HAK UMUMKAN KENAIKAN GAJI

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mempersoalkan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam semalam, memandangkan mandat pentadbiran BN sudah berakhir pada 8 Mac lalu.Katanya, secara teknikal, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini seperti kerajaan sementara.

br1m 2.0 launch by najib razak frontBeliau menyifatkan tindakan itu tidak bertanggungjawab dan cuba menarik sokongan golongan berkaitan untuk menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib satu-satunya perdana menteri yang tidak mengadakan pilihan raya selepas tempoh lima tahun daripada tarikh pilihan raya sebelumnya berakhir, kata Rafizi.Mandat pilihan raya, seperti orang ramai tahu, sejak tarikh pilihan raya terakhir," katanya sambil menyifatkan penjawat awam, polis, tentera dan profesional dalam tidak akan terpengaruh dengan langkah itu.

Perdana menteri semalam mengumumkan penyelarasan perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji bagi tentera dan polis untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam melalui, Sistem Saraan Transformatif yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.Penyelarasan itu mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan pasukan keselamatan.

Isnin, 11 Mac 2013

Kumpulan Anti-Anwar Lempar Telur Dan Kayu


Satu "perhimpunan aman" anjuran tiga NGO pro-BN hari ini bertukar menjadi huru-hara apabila peserta melemparkan telur, kayu dan kon trafik ke arah penyokong PKR di luar ibu pejabat parti itu petang ini.

Tiga kumpulan berkenaan, yang terdiri daripada 50 orang, turut membakar bendera PKR di luar premis tersebut.

ngo demo at pkr hq anwar ibrahim sabah sulu intrusion 110313 11Perhimpunan itu didakwa bagi membantah penglibatan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.Dakwaan ini sudahpun dinafikan Anwar.

Naib presiden parti tersebut, Tian Chua juga didakwa menyifatkan komando polis yang maut dalam operasi pasukan berkenaan sebagai "mati katak".

Tian menafikan dakwaan tersebut dan memulakan tindakan undang-undang ke atas penulis blog pro-Umno Papagomo yang menimbulkan dakwaan tersebut.

Perhimpunan anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia, Selangor (Waris Malaya) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) itu pada mulanya dilakukan pada jarak dianggarkan 50 meter dari ibu pejabat PKR.

Kumpulan itu kemudiannya berarak menuju ke arah pejabat parti tersebut sambil menyanyikan lagu 'Barisan Kita' dan membawa poster dengan slogan "Anwar Ibrahim Dalang Lahad Datu".
Gerombolan berkenaan secara tiba-tiba seterusnya meluru ke arah enam orang penyokong PKR yang berdiri di luar premis yang berkunci itu.

Mereka melemparkan telur, kayu, sebuah kotak dan juga satu kon trafik – ada di antaranya disasarkan ke arah bangunan dan ada juga ke arah penyokong PKR – namun tidak menyebabkan kecederaan.


Kenaikan Gaji Bukan Buah Tangan Untuk Pilihan Raya 
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa menangkis tanggapan bahawa pengumuman kenaikan gred gaji bagi perkhidmatan awam hari ini adalah buah tangan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.Sebaliknya beliau berkata, pengumuman itu merupakan amalan tahunan yang dilakukan dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA).

Tidak buah tangan. Jangan salah tafsir. Ada pihak yang hanya suka ambil perkara ini sebagai negatif.Persidangan MAPPA ialah ia satu amalan tahunan bagi perkhidmatan awam.
"Dalam MAPPA kira akan umumkan pulangan atau penambahbaikan bagi setiap tahun oleh kerajaan, katanya ketika ditanya dalam sidang media selepas majlis tersebut di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmiannya mengumumkan penyelarasan perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji bagi pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam.
Kenaikan gred gaji itu dilakukan melalui Sistem Saraan Transformatif yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion, katanya.

Pengumuman bagi pelarasan perubahan lapisan gred jawatan itu dibuat ketika Najib dijangka untuk mengumumkan pembubaran Parlimen bagi mengadakan pilihan raya pertamanya.Berita baik itu juga diumumkan ketika pasukan keselamatan negara berdepan situasi berbahaya di Lahad Datu untuk menumpaskan kumpulan penceroboh militan dari Filipina yang kini mengorbankan lapan orang anggota polis.

Penyelarasan gred gaji tersebut mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM, katanya."Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am
Jelasnya, jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 kini turut disetarakan dengan gred jawatan 44.Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52, katanya.

Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan," kata Najib.

1 MALAYSIA: Video...Sekiranya Anwar Ibrahim Jadi PM Melayu Aka...

1 MALAYSIA: Video...Sekiranya Anwar Ibrahim Jadi PM Melayu Aka...

1 MALAYSIA: Video...Sandiwara Anwar Ibrahim Menjelang PRU 13

1 MALAYSIA: Video...Sandiwara Anwar Ibrahim Menjelang PRU 13: Pendedahan YB Datul Zulkifli Noordin, bekas peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung strategi dan tindakan yang sedang dan akan diranc...

Ahad, 10 Mac 2013

GUNA AKAL PILIH KERAJAAN


Tun Mahathir Mohamad
Jangan Mengundi Ikut Nafsu


 
Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mengikut nafsu sebaliknya menggunakan akal ketika memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.Bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu bijak memilih kerajaan yang mereka fikir dapat menentukan hala tuju nasib mereka dan generasi akan datang.

Kita harus menggunakan akal kita untuk menilai prestasi sesebuah kerajaan dan sekiranya kita taksub memilih kerajaan mengikut emosi ataupun nafsu serta tanpa penilaian, maka kita akan memilih sebuah kerajaan yang tidak sesuai untuk kita. 

Jangan membenarkan nafsu kita tentukan (siapa patut memerintah) sebab ia boleh membawa mudarat kepada kita. Pilihlah parti yang terbukti bertanggungjawab kepada pengundi dan sanggup berkhidmat untuk rakyat," katanya ketika berucap pada Forum Strategik bertajuk 'Masa Depan Bangsa Malaysia' di sebuah sekolah di Klang hari ini. 

Dr Mahathir, yang pernah menjadi Menteri Pelajaran, berkata rakyat perlu menolak kerajaan yang tidak mementingkan pendidikan kerana sesebuah negara akan menjadi mundur jika tidak ada penguasaan ilmu secukupnya di kalangan rakyat.

Beliau berkata maju atau mundur sesebuah negara itu bergantung kepada tahap ilmu atau budi pekerti rakyatnya.Katanya, sesebuah bangsa akan maju jika memiliki ilmu serta budi pekerti yang baik dan warga pendidik patut memainkan peranan untuk menyemain nilai mulia ini dalam diri masyarakat. 

Pada zaman ini, banyak penghijrahan berlaku dari kampung ke bandar, dan ibu bapa dilihat tiada masa untuk mendidik anak atas sebab kesibukan kerja, dan para guru terpaksa membentuk peribadi mulia bagi anak-anak ini," katanya sambil menambah kerajaan memperuntuk hampir 25 peratus daripada belanjawan tahunan untuk pendidikan.

Dr Mahathir berkata 'Arab Spring' di Asia Barat berlaku sebab rakyatnya tidak menguasai ilmu secukupnya, dan percaya kebangkitan politik itu tidak akan berlaku di negara ini kerana kerajaan memberi banyak peruntukan untuk pendidikan.