# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Rabu, 4 Disember 2013

JENIS MELAYU

Peringatan buat umat Melayu berpunca dari Perpaduan Melayulah telah mencetuskan Kemerdekaan Negara, Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya Kemuliaan Agama Islam, serta kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu serta budaya Melayu dalam Perlembagaan negara. dan persoalan nya sekarang jenis Melayu yang bagaimanakah yang layak menjadi penghuni bumi tercinta ini. Fikir-Fikirkan.

Inilah gambar-gambar MELAYU paling hebat yang jadi penghuni bumi ini.


















KEMANA AKHIRNYA MELAYU

Kemanakah akhirnya Melayu yang sedang berpecah hari ini ? Seharusnya juga umat Melayu hari ini sepatutnya sedar dan insaf bahawa setiap Perjuangan yang menyimpang dari jalan yang diredai Allah hanya akan berakhir dengan kegagalan. 

Setiap langkah yang tidak lurus hanya akan menuju ke lembah kehancuran Bangsa Melayu,dan seharusnya tanggung jawab mengatasi masalah ini adalah tanggungjawab seluruh bangsa Melayu, tak kira dari Melayu Umno, Melayu Pas mahu pun Melayu Pkr.

Selasa, 3 Disember 2013

DEMI KEKUATAN DAN MARUAH ISLAM

Sekali lagi admin ingin menyarankan demi untuk mengembalikan kekuatan dan maruah Islam Umno dan Pas wajib bersatu kita tidak ada pilihan. Islam akan terus menjadi mangsa jika umat Islam tidak kuat, Lihatlah betapa berani mereka mencabar dan menghina agama Islam. Malangnya ada di sebahagian daripada kita yang terikut-ikut sama, Mengkritik raja-raja Melayu yang menjadi pelindung agama Islam secara terang-terang . 

Kenapa kita tidak belajar dari cara berpolitik orang lain bagaimana mereka bersatu atas asas bangsa, Kepentingan mereka tetap terpelihara dan tidak boleh diusik. Asasnya mudah mereka cukup bersatu, Kenapa kita asyik berpecah sedangkan kita tahu perpecahan itu amat merugikan kita, Lebih malang lagi ada sesama kita lebih mempercayai musuh daripada sesama kita.

KERANA UNDI


Kenapa sebelum Pru 13 Kerajaan telah memberi terlalu banyak peruntukan pada sekolah Cina, Kerajaan sebenar nya terpaksa tunduk demi mendapatkan undi. Undi pun belum ditentu diberikan kerana undi adalah rahsia. Di Negeri-Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, usahlah dicerita peruntukan datang mencurah-curah. Pendek kata kiri kanan semua makan ibarat gergaji dua mata, Buatlah perbandingan antara sekolah Kerajaan dengan sekolah vernakular yang Mana lebih baik.

Ahad, 1 Disember 2013

SIAPA YANG SESAT SEBENAR NYA ? ? ?


PADA hakikat nya Umno telah lama berjuang dalam membela nasib orang Melayu, Cuma ada segelintir Pemimpin dan ahli Umno yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih atas nikmat dan rahmat yang telah diberikan. Sebab itu Umno masih diterima dengan baik oleh orang Melayu. Berbeza dengan Pas disebabkan takut dengan Dap dan mahu meraih simpati pengundi bukan Islam Pas sanggup mengenepikan Perjuangan untuk menubuhkan Negara Islam

Umno tidak memperalatkan Agama untuk kepentingan Politik tetapi sebaliknya Pas lah yang memperalatkan Agama untuk kepentingan Politik yang sempit Jangan mudah untuk menuduh Umno itu sesat lagi menyesatkan tetapi yang sebenarnya Pas lah yang sesat lagi menyesatkan dan terus tersesat.

Banyak ajaran-ajaran yang diberikan oleh Pemimpin-Pemimpin Pas sendiri yang menyesatkan pemikiran penyokong-penyokong. Abdul Hadi Awang yang mana telah memecah belahkan umat Islam di Negara ini beliau telah menghukum UMNO sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MCA,Gerakan dan MIC.


ANTARA HATI SAIDINA UMAR DAN HATI PEMIMPIN PAS


Dalam sejarah Islam hati Saidina Umar boleh cair dan berubah menyintai Islam bila mendengar dan menghayati isi kandungan Al-Quran yang dibacakan oleh adiknya yang lebih dahulu memeluk Islam dia adalah musuh utama Nabi Muhammad S.A.W. 

Tetapi bila Allah memberikan cahaya dan hidayah pada hatinya beliau memeluk Islam dan menjadi sahabat Nabi malah menjadi Khalifah Islam yang kedua selepas Saidina Abu Bakar untuk memperjuangkan Islam.

Islam kuat kerana iman dan Iman itu terletak dihati semua malah ada orang Islam yang sanggup menggadai Iman demi sedikit habuan dunia. Allah menilai segala amal perbuatan melalui setakat mana keikhlasan dan takwa kita yang tersembunyi didalam hati kita.

Buat Pemimpin Pas yang sentiasa bercakap tentang Islam kenapa tidak mengikut apa yang telah di lakukan oleh Saidina Umar, Kalau Pemimpin Pas tak boleh ikut Al-Quran, tak boleh ikut Nabi Muhamad S.A.W tetapi kalau boleh ikut sikap Saidina Umar pun admin rasa tersangat baik dan agak nya bila cahaya dan Hidayah Allah akan sampai kepada Pemimpin-Pemimpin Pas ini.

MELAYU TAK BERMORAL


Adalah tidak bermoral apabila sesiapa sahaja mempertikaikan sesuatu yang telah menjadi hak sesuatu kaum apatah lagi jika ianya sudah termaktub dalam Perlembagaan. Kita amat sedih bila mana ada segelintir kumpulan termasuk orang Islam sendiri yang tidak bersyukur sangup bersekongkol dengan bukan Islam mempertikaikan hak-hak orang Islam, sedangkan orang Islam tidak pernah mempertikaikan hak dan cara hidup mereka seperti membina rumah ibadat sesuka hati tanpa permit dan lesen, hatta di bawah pokok dan di tepi-tepi jalan.