# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Ahad, 10 November 2013

Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM )


 MAKLUMAT KHAS KEPADA SEMUA PESARA TENTERA MALAYSIA


Persidangan Perwakilan Tahunan Negara Ke 88
Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM )
       09 Hingga 11 Nov 2013
       Hotel Mahkota Melaka 
                                         Perasmian oleh : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien 
Menteri Pertahanan Malaysia 
Presiden PBTM juga Pengurusi LTAT telah membangkitkan isu -isu sejagat
1.Melaksanakan Pelarasan Pencen Pesara Pegawai dan Askar Laskar (LLP) ATM bersesuaian dengan jadual gaji baru yang di nikmati Pegawai dan LLP ATM masakini.
2.Penambahbaikan Pencen Hilang Upaya sebelum tahun 2000 kepadaVeteran ATM.
3.Memberi Elaun Sara Hidup Bulanan Kepada Semua Veteran ATM.
4.Penambahbaikan Pemberian Sumbangan Ex Gratia sebelum tahun 2000 kepada Veteran ATM.
5.Mohon Presiden PBTM menjadi Senator mewakili Veteran Di Parlimen.
6.Bayaran (SVTB1M)one off kepada Veteran berumur 70 tahun kebanyakan yang uzur tidak mampu bekerja.
7.Anugerah Pingat Jasa Malaysia (PJM).
8.Pinda Perlembagaan PBTM.
9.Pemberian Ehsan Tapak Tanah Rumah Untuk Veteran.
SENTIASA BERJUANG SEIRING GAGASAN 1 MALAYSIA
TRANSFORMASI NEGARA

Sabtu, 9 November 2013

SAMA PUNCA SUKAR BERUBAH

Admin masih teringat azam Pemimpin PKR hari ini ketika masih berada dalam UMNO. Dia masuk UMNO kerana mahu mencuci najis yang berada dalam UMNO. Malangnya setelah berada dalam UMNO dia terus bergelumang dengan najis sedia ada.


Hari ini dia cuba mencuci najis dalam PKR dan DAP pula bukti menunjukkan adalah sama keadaan nya Kenapa ? Kerana mereka adalah orang yang sama membawa perangai buruk mereka dan nafsu serakah yang sama dan sebenar nya mereka ini tak pernah mahu berubah.

PEMIKIRAN PEMIMPIN

Kelebihan Pemimpin Pas berbicara berbanding Umno adalah Pas selalu berhujah menggunakan ayat-ayat Quran dan Hadis. Syabas diucapkan namun perlu diingatkan juga sebanyak manapun Ayat Quran dan Hadis dihujahkan jika pendekatan kita menyakitkan hati sesama kita sesiapa pun akan lari daripada kita, Cubalah ambil iktibar pengajaran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa dan Harun. Allah mengingatkan kedua-dua Nabi Allah ini supaya berlemah lembut hatta kepada Firaun. Apakah Pemimpin dan penyokong Umno itu lebih buruk daripada Firaun ? Harap admin anggapan ini tidak ada dalam pemikiran Pemimpin Pas.

Jumaat, 8 November 2013

1 MALAYSIA MADU ATAU RACUN

Agak berat hati mahu menulis tajuk ini tapi dengan memberanikan hati admin terpaksa menulis nya juga biar pun akan dikatakan admin sebagai perosak Gagasan 1 Malaysia, Hari ini gagasan 1 Malaysia buka lagi dilihat sebagai plan tindakan kerajaan untuk membangun kan negara dan menyatupadukan rakyat mengikut fakta sejarah negara sebenar. tetapi gagasan ini telah dijadikan batu loncatan untuk mendapatkan kepentingan nafsu kaum masing-masing dan lebih malang lagi apabila tujuan sebenar Gagasan 1 Malaysia tidak difahami oleh seluruh rakyat dan akhir nya sekarang Gagasan 1 Malaysia adalah MADU yang telah bertukar menjadi RACUN pada Kerajaan.

APA LAGI YANG CINA MAHU

Dengan kemudahan Lesen yang diberikan kepada Orang Melayu akhirnya menjadi hak bukan Melayu kerana Melayu menjualkannya kepada Bangsa Cina. Berapa banyak Tanah Rezab Melayu tergadai ke tangan Orang Cina. Lihatlah betapa banyak produk gunakan label Melayu dan Islam diperalatkan demi untuk melariskan perniagaan mereka.

Boleh dikatakan hampir semua milik Orang Melayu telah dinikmati oleh kaum Cina dalam pelbagai aspek seperti Lesen, Biasiswa, Tanah Rezab dan berbagai-bagai lagi. Sehingga sampai ke peringkat Tanah kepunyaan Kerajaan telah banyak menjadi hak Kuil, Tokong dan Gereja tapi sesungguh nya Orang Melayu masih mendiamkan diri dan sampai bila agak nya Orang Melayu akan terus menjadi Melayu layu.

Rabu, 6 November 2013

KERANA MARAHKAN UMNO PEMIMPIN PAS SANGUP JADI MANUSIA PENAKUT



















Perigatan admin kepada pemimpin PAS. Jangan kerana marahkan UMNO dan kini sudah tidur sebilik dengan DAP dan PKR kita turut menjadi PENAKUT untuk bersuara, sikit sangat suaranya dalam isu yang menyentuh maruah Islam terutama isu alimah Allah dan isu sembelehan korban disekolah baru-baru ini.

Kepemimpinan pusat Pas tidak membantah apa-apa malah terdapat perbezaan pendapat sesama mereka, kecuali Harun Taib dan Harun Din. Kedua-dua Harun ini memang hebat dan sepatutnya inilah orang yang memimpin PAS bukan yang ada sekarang.

ANALISIS PRK#SGLIMAU

Analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

BN MEMBELANJAKAN KIRA-KIRA RM15.5 JUTA DALAM KEMPEN PRK SG LIMAU.

Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM 2.25 JUTA UNTUK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya BN berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi daripada 10,520 undi pada PRU 13 pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi terbaru menang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan wang yang banyak disalurkan kepada pemilih yang tidak menyokong BN.