# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Ahad, 7 April 2013

Kalau Ada 100 Jawatan Perdana Menteri Boleh Beri 1 Pada Anwar . . . !


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat yang bercita-cita ingin menguasai Putrajaya jika berjaya mendapat dua pertiga majoriti parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin yang menjadi mangsa sindirannya adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh DAP Lim Kit Siang.

Former Prime Minister Dr Mahathir MohamadBerucap dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor hari ini, tanpa menyebut nama Anwar, Dr Mahathir menyindir pemimpin PKR itu yang bercita-cita ingin menjadi perdana menteri dan bukannya untuk memajukan negara ini.

Sepatutnya negara kita ada 100 perdana menteri. Kita boleh beri satu jawatan kepada dia. Kalau di Putrajaya, kita boleh beri dia satu bilik untuk dia.

Dia boleh jadi PM, sebab beliau minat sangat jadi PM. Dia bukan mahu menjadikan negara kita maju," katanya berseloroh diringi sorakan hadirin.

Berucap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin di Shah Alam, Dr Mahathir turut menyindir Nik Aziz yang didakwanya bukan sebagai 'tok guru' tetapi 'pemimpin politik yang mahukan kuasa'.

'Nik Aziz, awak dah nyanyuk'

Mahathir turut mendakwa Nik Aziz sebagai 'nyanyuk' kerana didakwanya bercakap "haru-biru dan tanpa asas agama termasuk dakwaan memecah-belahkan umat Islam".

Dah kata kepada semua orang, dia kata, kalau saya berhenti, dia akan berhenti. Tapi saya berhenti, dia tak berhenti. Dia nak bertanding lagi. Sudahlah, awak tu dah nyanyuk. Cakap haru-biru.

"Tidak ada asas agama sama sekali. Ini bukan tok guru, ini orang mengutamakan diri, tamak dan yang suka memecahbelahkan orang Islam," katanya sambil menambah sebaliknya ajaran Islam adalah menganjurkan persaudaraan dalam Islam.

Dr Mahathir menempelak dakwaan terhadap Umno bahawa anggotanya menjadi kafir, sembahyang dua imam, ditanam mayat dengan kubur berasingan dan menceraikan isteri yang menjadi ahli Umno.

Daripada mana datangnya ajaran ini, Apakah datang daripada Islam atau datang daripada keingingan Nik Aziz nak jadi perdana menteri?

Tapi sekarang ini diberikan kepada Anwar. Tapi Hadi pun teringin juga," sindir Dr Mahathir sambil diiringi dengan gelak ketawa hadirin.

Bakar semangat kecinaan

Sambil berseloroh Dr Mahathir berkata beliau mengakui beliau 'tersilap' kerana membina pejabat perdana menteri di Putrajaya "cantik sangat".

Dulu nak lelong Putrajaya. Kalau kami menang, kami akan lelong Putrajaya. Sekarang ni hendak sangat pergi ke Putrajaya... Lelonglah, awat tak lelong.

Cakap berlainan... Macam mana kita bagi bilik dekat Anwar Ibrahim. Kita juga boleh beri satu kerusi kepada Nik Aziz atau Hadi.

Boleh duduk situ...(Duduk) asing-asing. Dalam bilik yang tebal. Orang ni kuat tau. Sebab tu kena ada dinding yang tebal," kata Dr Mahathir berseloroh yang diiringi dengan sorakan daripada hadirin.

Dr Mahathir juga membidas ahli parlimen Ipoh Timur yang didakwanya enggan bersara sepertinya, dan memberi peluang kepada muka baru untuk membuat perubahan.

Sebab itu dia berpindah bertanding di kawasan Cina. Tak berani bertanding di kawasan Melayu. Sedangkan kita (BN) bertanding di semua kawasan.

Mereka bergantung kepada orang Cina dan membakar semangat kecinaan rakyat Malaysia," dakwa Mahathir lagi.

Tun Dr Mahathir Akan Kempen Untuk Dato Ibrahim Ali

Mantan Perdana Penteri Tun Dr Mahathir Mohamad Berkata Beliau Akan Berkempen Untuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali Bertanding Atas Tiket BN Pada PRU 13
.
former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad 2Kalau Ibrahim Ali menjadi calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen. Dia punya (Pertubuhan) PERKASA bukan calang-calang. Parti (pertubuhannya) dah ada 400,000 orang ahli.

Kita berharap BN akan memberi tempat kepada Tuan Guru Datuk Ibrahim Ali. Ini adalah sebagai balasan. Kerana (budi) BN, kita balas," kata Dr Mahathir diiiringi dengan gelak ketawa hadirin.

Tak macam orang itu, tak balas budi. Dia tikam daripada belakang," katanya tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkannya.

Bekas presiden Umno itu berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam majlis Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran NGO pendesak Melayu PERKASA negeri itu di Shah Alam petang ini.

Bercakap di hadapan kira-kira 3,000 hadirin, bekas presiden Umno itu juga mengambil kesempatan menyeru supaya rakyat memberi sokongan kepada BN bagi membolehkan segala janji dapat ditunaikan kepada rakyat.

Kalau tak tunai, saya akan datang sekali lagi. Tetapi saya tahu, Najib akan menunaikan janji. Mengundilah calon BN, tidak kira siapa jadi calon.

Kita undi dacing, tengok dacing dan pangkah dacing. Bukan calon yang buat kerajaan tapi parti. Beri BN kemenangan, Insya-Allah, Selangor akan selamat," katanya sambil diiringi dengan tepukan hadirin.

Sebelum itu, Ibrahim dalam ucapannya mengumunkan akan menyerahkan jawatannya untuk dipangku oleh timbalannya Datuk Abdul Rahman Bakar pada 9 April ini kerana mahu mempertahankan kerusi Pasir Mas.

Saya akan mempertahankan kerusi Pasir Mas... Membujur lalu melintang patah," katanya sambil menyeru hadirin membantu BN bagi mendapat kemenangan dua pertiga majoriti di parlimen.

JIKA BN MENANG LAGI . . . ! ! !

BN Mengumumkan Lebih Banyak Pemberian Tunai Jika Berjaya Mentadbir Putrajaya Sepenggal Lagi.

Ketika melancarkan manifestonya malam ini, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,200 untuk setiap keluarga berpendapatan bawah RM3,000.


Begitu juga untuk yang bujang apabila bantuan dinaikkan kepada RM600 daripada RM250, umum Najib di hadapan ribuan pengikutnya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam acara yang turut disiarkan langsung di televisyen, Najib berkata bayaran itu akan dibuat setahun sekali dan bukannya sekali sahaja seperti sebelum ini.
Turut diumumkan dalam manifesto BN: 

Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dinaikkan daripada RM100 kepada RM300.
Bantuan persekolahan daripada RM50 kepada RM150.
Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus.
Bayaran Internet jalur lebar dikurangkan sebanyak 20 peratus.

Jumaat, 5 April 2013

BN UMUM CALON LEBIH AWAL : DS NAJIB


Calon BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diumumkan lebih awal daripada biasa bagi memberi tempoh kepada bakal calon untuk membuat persiapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. 
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata BN kini menunggu pengumuman tarikh hari penamaan calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan bila nama calon akan diumumkan.

Kita menunggu hari penamaan calon untuk memberitahu bila nama-nama calon kita akan diumumkan. Kita akan umumkan lebih awal daripada biasa untuk memberi tempoh kepada bakal-bakal calon membuat segala persiapan termasuk pengenalan diri dan sebagainya," katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi BN di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata pengumuman calon yang dibuat lebih awal memberikan lebih masa untuk calon memperkenalkan diri.

Di samping itu ada masa untuk BN perhatikan reaksi kepada calon-calon kita seperti apa perkara yang harus dilakukan sekiranya timbul sebarang masalah dan sebagainya," jelas Najib.

Ditanya mengenai peratus muka baharu dalam senarai calon PRU-13 kali ini, Perdana Menteri hanya menjawab: "Tunggu pengumuman nanti."

Saya tidak mahu menggambarkan tapi perubahan tetap akan berlaku. Kalau saya cerita semua tidak adalah surprise (kejutan) nanti. It is important to have element of surprise. (Penting untuk mempunyai elemen kejutan)," kata beliau. 

Rabu, 3 April 2013

DUN PERAK,PERLIS,MELAKA DAN SABAH BUBAR HARI INI


Dewan Undangan Negeri (DUN) empat buah negeri - Perak, Perlis, Melaka dan Sabah - dibubarkan hari ini ekoran pembubaran parlimen yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengumuman pembubaran DUN negeri-negeri tersebut diumumkan oleh menteri besar dan ketua menteri masing-masing.

Di Perlis, Dewan Undangan Negeri Perlis dibubarkan serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan, lapor Bernama
Pengumuman mengenai pembubaran itu dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis pukul 1 tengah hari.

Katanya beliau menyembah maklum kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melalui telefon mengenai perkara itu sebaik mesyuarat Exco berakhir pukul 12.50 tengah hari dan baginda memberi perkenan.

Raja Perlis kini berada di luar Perlis dan yang demikian perkara itu disembah maklum melalui telefon kepada baginda, katanya.

Bagaimanapun beliau akan memohon menghadap Raja Perlis sama ada malam ini atau esok berhubung perkara itu.
BN Perlis siap sedia
Md Isa berkata Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Datuk Yazid Mat juga telah dimaklumkan mengenai pembubaran itu.

Mengenai persiapan pilihan raya umum, beliau berkata Barisan Nasional (BN) Perlis telah bersedia untuk menghadapinya dan sedang menunggu senarai calon daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi BN Perlis itu berkata segala persiapan telah dibuat meskipun pengarah pilihan raya BN Perlis belum dilantik.

Perlis mempunyai tiga kawasan parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau yang dikuasai BN sebelum pembubaran Dewan Rakyat dan 15 kerusi dewan undangan negeri, iaitu 13 kerusi dikuasai BN dan dua kerusi dikuasi PAS - Simpang Empat dan Sanglang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan sebanyak 137,349 pemilih bagi negeri Perlis.
Di Melaka, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan pembubaran itu selepas mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri Negeri di sini pada 1 tengah hari bagi menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran DUN.

Beliau berkata pembubaran tersebut mengikut Fasal (2) Perkara 19, Perlembagaan Negeri Melaka Bahagian II.
Speaker Melaka serah notis
"Kerajaan akan berjalan seperti biasa di bawah kerajaan sementara sehingga hari pengundian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri terakhir di Pejabat Ketua Menteri di sini.

Sementara itu, Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran DUN kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka Haelmy Mohd Hanifah. 

Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) memenangi lima daripada enam kerusi Parlimen dan 23 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan di Melaka.

Sementara DAP memenangi satu kerusi Parlimen di Kota Melaka, dan lima kerusi DUN iaitu Kesidang, Kota Laksamana, Banda Hilir, Bachang dan Ayer Keroh.

Berdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi suku tahun 4/2012 yang diwartakan pada 22 Feb tahun ini, seramai 439,869 pemilih layak mengundi di negeri Melaka.

Daripada jumlah itu, seramai 14,563 orang merupakan pengundi pos.
Manakala di Sabah pula, pengumuman mengenai pembubaran itu dibuat Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada sidang akhbar kira-kira pukul 4 petang hari ini di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di Kota Kinabalu.
CM Sabah harap PRU aman
Katanya beliau telah mendapatkan persetujuan daripada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini, bagi pembubaran itu.

Musa, yang juga pengerusi BN negeri berharap pilihan raya umum ke-13, khususnya di Sabah, berlangsung aman, teratur dan lancar mengikut lunas-lunas Perlembagaan dan proses demokrasi.

"Setelah lima tahun kita berbakti, berkhidmat dan mengabdikan diri kepada perjuangan membela nasib rakyat dan memajukan negeri Sabah yang tercinta ini, tiba masanya kita menyerahkan kembali mandat kepada rakyat," katanya.

Turut hadir anggota kabinet negeri serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN. 

"Saya bersama-sama jemaah menteri negeri Sabah mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen yang tinggi kepada kerajaan negeri dalam menjayakan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat pada keseluruhannya.

"Semoga kerjasama, sokongan, komitmen dan kepercayaan akan terus diberikan kepada kerajaan BN menerusi mandat yang besar dalam pilihan raya akan datang demi menjamin kesinambungan pembangunan untuk kesejahteraan kita dan generasi akan datang," kata Musa.

Sementara itu, Speaker DUN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak ketika dihubungi Bernama berkata beliau telah menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran DUN Sabah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri.
Lanskap politik Sabah berubah

Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN, hanya kalah kepada DAP di Parlimen Kota Kinabalu dan kerusi DUN Sri Tanjung.

Landskap politik Sabah bagaimanapun berubah apabila Parti Maju Sabah (SAPP) dan beberapa anggota Parlimen dan Adun beralih hala tuju politik.

Anggota Parlimen BN Sabah yang kini 19 orang terdiri 12 dari Umno, masing-masing tiga dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan masing-masing satu dari Parti Liberal Demoraktik (LDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Sementara pembangkang terdiri dua dari SAPP dan satu dari DAP manakala dua lagi adalah Bebas.

Bagi kerusi DUN, BN menguasai 56 kerusi dengan Umno sebanyak 31 kerusi, PBS (12), UPKO (enam), LDP (dua), PBRS (satu), Gerakan (tiga) dan MCA (satu), manakala pembangkang menguasai tiga kerusi iaitu SAPP (tiga) dan DAP (satu).

Di Perak pula, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan pembubaran DUN di kediaman rasminya di Ipoh pada kira-kira jam 5.20 petang ini selepas mengadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada pukul 3 petang ini.

Sementara itu Speaker DUN Perak Datuk R Ganesan berkata notis pengisytiharan pembubaran DUN akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak esok.
Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen.
Jumpa dalam masa terdekat
BN menerajui kerajaan negeri Perak dengan 28 kerusi sementara DAP-PKR-PAS dengan 27 kerusi manakala empat kerusi diwakili calon Bebas yang menyokong BN.

Daripada 24 kerusi Parlimen di negeri ini, 13 kerusi dikuasai BN, 10 kerusi oleh pembangkang dan satu kerusi dikuasai Bebas.
Sementara itu Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau akan menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat untuk mendapatkan perkenan baginda untuk pembubaran DUN.

Sultan Mizan dijangka berangkat sampai di Terengganu dari luar negara pada malam ini.

Manakala Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau akan menghadap Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah malam ini bagi memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN negeri itu.

Di Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau akan memaklumkan mengenai tarikh pembubaran DUN selepas menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pukul 9.30 pagi esok.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dijadual menghadap Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Telipot di Kota Bharu malam esok bagi mendapat perkenan baginda untuk pembubaran DUN Kelantan.

Isnin, 1 April 2013

INI SAEKOR LAGI ANJING BELAAN DAP

Hasil didikan ULARMAK PAS maka lahir lah orang muda yang murtad dan munafik
Khairul Fahmi Mat Som siapa kah sebenar anjing berwajah manusia ini, Adakah kerana anjing ini berjawatan Penolong Setiausaha 1 Pemuda Pas anjing ini di benarkan menghina Nabi Muhammad S.A.W

Di atas sikap kurang ajar anjing ini admin ingin bertanya kemana pergi nya pihak berwajib yang di pertanggong jawab tentang hal ehwal agama ISLAM tak perlu rasa nya admin nak menyebut nama jabatan tersebut yang mana di fahamkan sudah berpuluh lapuran polis telah di buat seluruh negara tapi belum dengar apa tindakan yang akan di ambil terhadap Anjing ini

Jangan pula selepas ini ada umat Islam merasa kecewa dengan pihak berwajib dan akhir nya mereka akan menganggap pihak berwajib juga saperti anjing kerana tidak berani mengambil tindakan terhadap kes ini.

DUN CANGKAT JERING

Satu Lagi Pusat Khidmat Akan Di Buka Sekiranya Nizar Menang Di Dun Cangkat Jering

Kabarnya apabila tidak dapat sambutan dari rakyat di Dun Pasir Panjang ( N.51 ) kini Nizar terpaksa melarikan diri dan akan bertanding di ( N.14 ) Cangkat Jering, Sudah pasti rakyat yang ada di cangkat jering kenal sangat dengan Nizar kerana Nizar juga sekarang Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Cuma Admin ingin bertanya sepanjang nizar sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang ( P.059 ) apa yang dia dah buat sana-sini hanya kedengaran rasa tidak puas hati rakyat dan ada yang berkata mereka menyesal memil;ih Nizar sebagai Ahli Parlimen hanya gambar pada keinderaan saja yang kehulu dan kehilir batang tubuhnya sukar di jumpai kecuali kalau ada ceramah baru berada dikawasan.

Setelah tahu latar belakang nizar ramai yang menjangkakan nizar akan kalah di Dun Cangkat Jering pada PRU 13 akan datang dan ramai juga yang bercakap kekalahan OMNO / BN pada PRU 12 bukan nya kerana Pas kuat tapi undi protes rakyat terhadap kerajaan saja dan pada PRU 13 ini rakyat kebanyakan telah sedar betapa silap nya mereka memberi undi pada pembangkang.

Admin dapat bayangkan bahawa Nizar tidak akan dapat membuka satu lagi pusat khidmat di Dun Cangkat Jering malah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang juga akan di tutup selepas PRU 13 nanti sama-sama kita tunggu dan lihat . . .  ! ! !