# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #
# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.
# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #
# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#
Selasa, 12 Februari 2013
Isnin, 11 Februari 2013
KUBUR MAT INDERA BAHAN PEMBOHONGAN PEMIMPIN PAS
Kubur Mat Indera Yang Sebenar?!

Lebih kurang jam 2.30 petang tadi Anak Jati Malaya berkesempatan ke Kg Jambu atau dikenali penduduk kg iaitu Haji Kg.Ini berikutan satu pendedahan yang telah diwarwarkan oleh mereka tentang kubur Mat Indera .
Hari ini,penduduk Kg sendiri turun mendedahkan Kubur Mat Indera Yang sebenar.Apa yang diceritakan padaanak Jati Malaya adalah antara ciri kubur Mat Indera Ialah seni bina kuburnya menyerupai jerat China,di bahagian kepalanya ada bentuk segi tiga (gambar dibawah) .Apa yang anak Jati Dapat adalah seni binaan nya dibuat setelah beberapa tahun kematiannya.
Persoalan yang Anak Jati Ingin timbulkan ialah kenapa tapak kubur yang diwarwarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu bukan di kawasan yang lapang ,sebab apa Anak Jati Malaya berkata sedemikian,fikir secara logik lah kalau dulu mesti bukan ramai kan yang dikebumikan disitu,sudah pasti akan diguna kan kawasan yang luas.Kenapa mereka warwarkan kubur yang dilereng itu kubur Mat Indera.Kenapa???

Kawasan Perkuburan Kampung Jambu
Antara Penduduk yang hadir
Kubur Mat Indera yang didakwa penduduk
Kubur yang dipacak Orang PAS tu betul ke?
Ahad, 10 Februari 2013
BETAPA FANATIK NYA PENYOKONG PAS
Lihat ! Gambar Nik Aziz Dipuja Mirip Jesus, Penyokong Taksub Pas Kian Sesat
Penyokong Pas seperti pemilik rumah dibawah ini antara pentaksub kepada Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, gambar tersebut dirakamkan di Kampung Kuchelong, Bachok Kelantan, disamping rumahnya dicat dengan warna hijau, gambar Nik Aziz turut dijadikan sembahan apabila pemilik rumah ini mengagungkan gambar tersebut dengan meletaknya dipintu masuk rumah berkenaan.
Kalaulah macam ni akhlak penyokong Pas, bagaimanalah dengan akidah generasi yang akan datang, mengagungkan Nik Aziz bagaikan Tuhan, sikap jahiliah yang diterapkan ini wajib dikikis agar umat Islam berpegang kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah bukannya ajaran Pas yang dibawa oleh Nik Aziz.
Kebiasaannya kita sering melihat gambar-gambar Nik Aziz hanya digantung didalam rumah, namun hari ini cukup berbeza, gambar Nik Aziz digantung dihadapan pintu rumah yang hampir menyerupai amalan agama-agama tertentu, dan amalan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
Sepatutnya penyokong kepada perjuangan Islam harus lebih faham hukum hakam mengenai perkara ini, sekalipun gambar yang dipuja itu orang yang mulia, Islam tetap tidak membenarkannya, bahkan bertambah jijiknya umat Islam bilamana mengagungkan sekaligus mendewakan makhluk yang kata-katanya tidak pernah konsisten, dan hidupnya pula lebih utama mengajak manusia kepada Parti Pas bukannya kepada Allah. Anda Mampu Mengubahnya.

Rabu, 6 Februari 2013
Bantuan RM1,000: Menteri Pertahanan Mahu BUKTI Dari Veteran Tentera
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bantuan RM1,000 kepada pesara tentera tanpa pencen mungkin akan dipertimbangkan untuk dibayar secara tahunan sekiranya BN mendapat mandat sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapannya ketika merasmikan satu portal kerjaya veteran tentera hari ini, naib presiden Umno itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan menimbang perkara itu.
Bantuan one-off RM1,000 pula, (pesara tentera) minta untuk (dibayar secara) tahunan, saya fikir PM akan mempertimbangkan untuk melaksanakannya namun sekiranya kerajaan terus mendapat mandat," katanya.
Ditanya lanjut mengenai perkara itu dalam sidang media selepas itu, Ahmad Zahid berkata perkara tersebut "perlu dibuktikan" terlebih dahulu kerana ia melibatkan kos besar.
Dalam perkara ini saya fikir ianya bergantung kepada manifesto yang akan digarapkan oleh pengerusi BN pada pilihan raya umum akan datang.
Tetapi jika ini permintaan daripada mereka, diharap ianya dibuktikan terlebih dahulu kerana agak sukar kerajaan nak biayai RM224 juta setahun kerana ini jumlah akan besar.
Walau bagaimanapun kita berterima kasih sekiranya kerajaan memutuskan untuk mempertimbangkan pesara tentera tidak berpencen ini," katanya lagi.
Najib mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 itu dalam Belanjawan 2013 untuk menghargai jasa bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun.
Kos bantuan untuk 224,000 orang pesara tentera akan dtanggung bersama oleh kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Isnin, 4 Februari 2013
Wong Tack Ancam Akan Bakar Loji Lynas Jika...
Presiden kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau Wong Tack mengancam untuk membakar loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan sekiranya kilang tersebut masih beroperasi selepas pilihan raya umum ke-13.
Menurutu laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, Wong berkata beliau sendiri akan membakar loji berkenaan sekiranya ia tidak ditutup dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum.
Wong juga mengancam untuk mengadakan demonstrasi jalanan untuk menumbangkan kerajaan yang baru dipilih sekiranya tuntutan untuk menutup loji berkenaan tidak dipenuhi, katanya.
Aktivis itu juga berkata beliau bersedia menghadapi apa-apa tindakan undang-undang dan turut mengulangi bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Langgan:
Catatan (Atom)