# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Jumaat, 9 November 2012

PAS MEMBISU TENTANG KENYATAAN NURUL IZZAH

Pemimpin PAS dilihat berdiam diri dan kaku berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di sebuah forum di Petaling Jaya Sabtu lalu. 

Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali berkata, selain bisu dari memberi kenyataan, pemimpin PAS kini dilihat seolah-olah mempertahankan LGBT. 

"Tidak ada lagi besar daripada memperjuangkan jihad di jalan Allah. PAS kini dah tak sebut perkataan jihad. Pemimpin PAS sebut demokrasi. Pemimpin PAS sebut tentang LGBT seolah-olah mempertahankannya. 

"Pemimpin PAS kaku, bisu, beku bila kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah. Siapa sebelah Nurul Izzah? Pemimpin PAS. Beliau seorang doktor berpelajaran tinggi, pemimpin PAS pusat, hebat.

"Tapi akhirnya dia antara manusia yang bertepuk tangan meraikan Nurul Izzah. Atas nama kekuasaan tadi, kehadirannya sendiri meragukan kita," kata Hasan yang merujuk kepada ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof yang turut menjadi panel forum bersama Nurul Sabtu lalu. 

Hasan berkata demikian dalam forum Kebebasan Bertukar Agama dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan anjuran NGO pendesak Melayu PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi. 

Turut hadir menjadi panel forum ialah Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina, Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI) Dr Yusri Mohamad, dan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin. 

Dalam forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?", Nurul Izzah didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu. 

Nurul bagaimanapun telah menafikan perkara itu dan dijangka akan membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini. 

Aduan itu dibuat kerana laporan Utusan Malaysia yang dilihat membuat tuduhan dan tidak menulis seperti apa yang beliau kata sebenarnya. 

Sementara itu, Zulkifli Noordin yang juga ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Baru turut mempersoalkan tindakan PAS yang dilihat "mempertahankan" Nurul. 

Menurut Zulkifli, PAS kini lebih mengutamakan kerusi berbanding perkara yang sebelum ini mereka perangi iaitu isu kebebasan beragama. 

"Sekarang ini saya hairan dengan PAS boleh terima kenyataan Nurul Izzah. Bagaimana sekarang boleh pertahankan Nurul Izzah sedangkan sebelum ini mereka (PAS) menentang Majlis Peguam dalam menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)," katanya. 

Khamis, 8 November 2012


ADAKAH RAJA DI KEHENDAKI MEMBISU BILA RAKYAT GELISAH : RAJA NAZRIN



Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bertanya adakah Raja-Raja Melayu wajar terus berdiam diri membisu seribu bahasa ketika institusi-institusi kerajaan kelihatan semakin 'terseret dalam kancah politik kepartian'.


Menurut baginda, integriti, profesionalisme, imej neutral serta tidak partisan institusi tersebut yang semakin dipertikaikan, menghakis rasa hormat dan keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan.

"Suasana ini jika berlarutan memungkinkan warga beralih kepada opsyen-opsyen lain, memungkinkan berlakunya suasana tanpa perundangan, memungkinkan negara terjerumus ke dalam anarki.

"Adakah dalam suasana kegelisahan warga ini Raja dikehendaki bersifat pasif membisu seribu bahasa?" soal baginda ketika menyampaikan Syarahan Perdana Budaya bertajuk 'Raja Berperlembagaan: Kelangsungan Negara Bangsa' di Kuala Lumpur petang tadi.
Baginda sebelumnya menegur "gelagat-gelagat politik keterlaluan" yang mengganggu kemakmuran negara.

"Politik menjelma dalam bentuk ketaksuban dan mendominasi tata urus negara sehingga penglihatan, pendengaran, pengucapan, kegiatan dan penggunaan sumber semakin berpaksikan politik.

"Matlamat jangka pendek politik bagaikan mengatasi kepentingan jangka panjang kelangsungan negara bangsa," titah baginda.

Baginda turut menegur hubungan Persekutuan dan kerajaan negeri yang kini "menjelmakan dimensi baru sehingga memeningkan kepala kakitangan awam yang berkhidmat di negeri-negeri".

Menurut baginda, pegawai-pegawai menghadapi dilema apabila berkhidmat di negeri-negeri yang berlainan parti dengan kerajaan Persekutuan.

"Berlaku keadaan pegawai-pegawai awam Persekutuan yang bertugas di negeri dilarang menghadiri acara-acara rasmi di peringkat negeri termasuk acara yang dihadiri Raja.

"Demikian juga dilaporkan pegawai-pegawai negeri turut dilarang menyertai acara anjuran Persekutuan.

"Kelainan politik antara negeri dan Persekutuan jangan sampai menjejaskan hubungan warga hingga memungkinkan warga kembali bersifat parokial kenegerian, lalu semakin tipis kesetiaan kepada negara bangsa," katanya.

ANUAR DI CABAR BERENTAP DENGAN NAJIB DI PEKAN

Photo: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar bertanding menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13.

Saya cabar Anwar menentang Najib di Pekan, kita nak tengok setakat mana kemampuan dan keberanian beliau membohongi rakyat Pahang dengan pelbagai isu fitnah, kata Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar bertanding menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya cabar Anwar menentang Najib di Pekan, kita nak tengok setakat mana kemampuan dan keberanian beliau membohongi rakyat Pahang dengan pelbagai isu fitnah," kata Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ketua umum pakatan pembangkang itu diuar-uar menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang menang, semalam mencabar Najib menentang penyandang kerusi Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas.

Syed Ali berkata sepatutnya Anwar sendiri yang mencabar Najib jika beliau benar-benar ‘anak jantan' dan bukannya mencadangkan pemimpin pembangkang lain.

"Jika Anwar anak jantan dan bukannya pengecut, saya cabar beliau bertanding sama ada di kerusi Parlimen Pekan atau pun di Marang (Terengganu)," katanya seperti dipetik laman web Umno Cheras.

Bagaimanapun, Syed Ali berkata beliau percaya Anwar tidak berani bertanding di Pekan mahupun di Marang kerana beliau tahu pasti ditolak pengundi di kawasan berkenaan.

"Saya yakin pengundi di Pekan dan Marang, sebahagian besarnya pengundi Melayu, belum bersedia menerima pemimpin politik seperti Anwar yang menyokong gerakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," ujarnya.

Syed Ali mendakwa cabaran Anwar supaya Najib, yang menyandang kerusi Pekan, bertanding di Marang adalah perancangan sulitnya untuk ‘menghapuskan kerjaya politik Hadi.

Beliau berkata Hadi merupakan penghalang besar kepada niat Anwar hendak menjadi perdana menteri. Bekas perdana menteri itu dipecat dari jawatannya dan Umno pada September 1998 dan pernah dipenjarakan atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.

Katanya, cita-cita politik Anwar disokong kuat sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP yang mencurigai keikhlasan PAS.

Syed Ali juga berkata beliau percaya Hadi tidak akan meninggalkan Marang yang paling selamat baginya walaupun sebelum ini membuat kenyataan bersedia bertanding di Pekan sekiranya itu adalah keputusan parti.

Rabu, 7 November 2012

SULTAN SELANGOR KESAL KENYATAAN NURUL IZZAH : MAIS


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
    
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.
    
"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.
    
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita pro-pembangkang yang memetik Nurul Izzah pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' di Subang Jaya, Sabtu lepas, berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Bagaimanapun semalam, selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah 
mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial 'Facebook'nya menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.

Mohamad Adzib berkata pihaknya khuatir kenyataan seperti itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor berikutan ia dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan parti komponen pakatan pembangkang yang mentadbir negeri itu.
    
Beliau menegaskan bahawa berdasarkan ajaran Islam, kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang mana mereka bebas untuk memeluk agama Islam atas kesedaran dan kemahuan diri mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan.
    
"Bagaimanapun, setelah memeluk agama Islam, mereka tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam. Perkara sama terpakai kepada orang Melayu yang beragama Islam di mana orang Melayu juga tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam kerana mereka semua perlu mematuhi semua ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W," katanya.
    
Mohamad Adzib berkata Islam juga adalah syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntuk dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
    
Justeru, beliau berkata pemikiran liberalisme atau pluralisme amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan agama Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam.
    
"Mais bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasi politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Walau apapun, Mais mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," katanya.
    
Sementara itu Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menasihatkan Nurul Izzah menarik balik kenyataan 
beliau dan bertaubat memohon keampunan Allah atas kejahilan beliau.
    
"Nasihat saya pada Nurul Izzah, kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlah," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
    
Rosnah berkata kenyataan Nurul Izzah itu mempunyai implikasi yang sangat besar terutama kepada generasi muda kerana ia membuka ruang kepada gerakan yang cuba memesongkan akidah umat Islam.

"Puteri Umno ingin melihat pimpinan tertinggi PAS, terutama Dewan Muslimah PAS tampil dan menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Nurul Izzah itu.
    
"Apakah Dewan Muslimah PAS akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan?," soal beliau.

Rosnah bertanya: "Apakah PAS yang menyatakan diri mereka sebagai kononnya pejuang Islam sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut serta secara buta mempertahan kenyataan pemimpin PKR ini walaupun jelas kenyataan itu salah".
    
Beliau berkata dalam keghairahan berpolitik seharusnya Nurul Izzah sedar bahawa umat Islam masih ada batasannya. 
    
"Kita tidak boleh mengamalkan pluralisme di mana semua adalah sama dalam konteks agama mahupun liberalisme di mana keterbukaan dipraktikkan sehingga tiada batasan.
    
"Mengapa Nurul Izzah perlu menggunakan taktik murahan demi meraih undi orang yang bukan beragama Islam? Adakah pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup menggadaikan agama sendiri demi meraih kepentingan politik?" soalnya lagi.
    
Di KUALA TERENGGANU, Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia meminta Majlis Fatwa Kebangsaan memberi respons segera terhadap kenyataan Nurul Izzah itu.

Setiausaha Agungnya Syed Anuar Syed Mohamad berkata ini bagi mengelak timbul kekeliruan sehingga merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Gagasan itu juga menggesa pemimpin PAS tampil memberikan kenyataan mereka berhubung isu ini. 
    
"Jadi kita serahkan pada rakyat untuk menilai sendiri sejauh mana kemampuan PKR mentadbir negara kelak kerana sekarang ini pun mereka sudah nampak bercelaru," katanya kepada pemberita.

Selasa, 6 November 2012

KENAPA MENTERI JADI PENAKUT

SUNGGUH MALANG NEGARA MALAYSIA INI ADA MENTERI TAPI TAK ADA TELOR PENAKUT PAKATAN HARAM CABAR PUN TAK BERANI ... SEDANGKAN YANG CABAR ITU HANYA PECACAI PAKATAN HARAM ... DAN MALANG JUGA LAH PENGUNDI-PENGUNDI PARLIMEN PADANG RENGAS YANG MEMILIKI WAKIL RAKYAT SEBEGINI ... HARAP-HARAP PRU 13 MANUSIA INI TIDAK DI CALUNKAN SEMULA ... !

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencabar Datuk Seri Nazri Aziz agar menyaman beliau jika dakwaan bahawa anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menggunakan kenderaan mewah milik Micheal Chia adalah palsu. Rafizi juga mendakwa anak menteri itu, Nedim Nazri Aziz adalah rakan kepada jutawan balak Sabah, yang menggunakan Hummer dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Sabtu, 3 November 2012

PKR LANCAR PAPAN IKLAN DAN POSTER KEMPEN

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan papan iklan dan poster kempen baru parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Wan Azizah berkata PKR mahu mewarnai pilihan raya dengan idea, harapan, dan wajah-wajah rakyat melalui kempen bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" itu.

NONEKempen itu juga bagi menyaingi kempen pilihan raya BN yang didakwanya penuh dengan "caci nista", katanya.

"Kita tidak ada media lain. Kita tidak dapat menandingi (kempen) BN di TV3 dan Utusan.

"Sebab itu, kita mahu ia disebarluas keseluruh negara sama ada melalui bilboard atau elektronik supaya mesej pilihan raya sampai kepada rakyat dari sekarang," katanya dalam ucapan perasmiannya.
Antara isu yang dimuatkan dalam papan iklan dan poster tersebut adalah berhubung harga harga barang, pendidikan percuma, harga kereta isu martabat wanita.
NONEDalam sidang media selepas majlis perasmian tersebut, Wan Azizah berkata di media berkenaan akan dipasang di "kawasan yang menjadi lalu lalang dan yang boleh melihat mesej tersebut".

Difahamkan, sebanyak 10 papan iklan dilancarkan bagi fasa pertama, dan ia akan bertambah bagi fasa kedua.

Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata parti itu akan membentuk satu pasukan bagi menguruskan permohonan pemasangan papan iklan dan poster tersebut daripada pihak berkuasa tempatan.

MP Machang itu berkata mesej yang disampaikan melalui media berkenaan "konsisten" dengan isu yang dibangkitkan oleh PKR seperti pendidikan percuma, penurunan harga kereta dan caruman pada wanita.

"Kita konsisten dengan melawan secara polisi (dengan BN). Polisi lawan polisi. Kita ajak politik sihat melalui mesej yang positif kepada pengundi," katanya.

Khamis, 1 November 2012

PUNCA PAS DI CERAIKAN OLEH BN PADA TAHUN 1977

DALAM apa-apa pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah. Tidak kiralah apa isu pun, yang penting faktanya. Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah, satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘menganaktirikan’ Pas suatu ketika dulu. Atau adakah Pas sebenarnya yang ‘angkat kaki’ dari kerajaan BN pada 1977 ekoran ‘sifat tikam belakang’ terhadap BN.

Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

“Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya Pas meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas dalam BN.Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Penubuhan ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.Perkara ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga tahun berturut-turut setelah Pas menyertai gabungan besar ini.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Ada dalam kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong Pas yang melulu terhadap BN khususnya UMNO.

Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.
Yang diselindungkan Pas ketika itu ialah:

* Ada di antara pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam mencorak pemerintahan Pas (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan Pas Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.

* Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu), Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai BN pada 1973.

* Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO.

* Dalam tempoh 1973-1978, Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk pemimpin Pas Kelantan itu sendiri.

* Krisis Kepimpinan Pas Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga Pas.

* Mohd. Asri pula mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23 Oktober 1982.

* Tumbangnya Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam Pas menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

* Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.

* Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

* Rang undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri Pas sendiri.

* Setelah Kelantan di bawah Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan Pas-BN.

* Hasil dari desakan itu, Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan ‘kambing hitam Pas’ apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri Pas yang menyokong rang undang-undang Darurat.

* Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.

* Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini, menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan Pas-UMNO.

* Rentetan dari itu juga menyebabkan ‘Krisis dalaman Pas’ kepada perpecahan Pas pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

* Keluarnya Pas dari gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan diadakan pada Mac 1978.

* Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.

Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas tersebut. Pas ‘diceraikan’ selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN