# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Ahad, 14 Oktober 2012

KERAJAAN BN MUNAFIK JIKA TIDAK TEPATI JANJI KATA DS NAJIB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui BN menjanjikan sesuatu perkara yang mampu dilaksanakan untuk faedah rakyat kerana jika tidak menepati janji, ia tergolong dalam kalangan munafik.

Menurut Najib kegagalan menepati janji yang diberikan kepada rakyat bukan sahaja menyalahi perintah agama dan berdosa besar malah dianggap sebagai berbohong dan pihak yang suka menabur janji kosong berkenaan akan dihukum oleh rakyat.

"Jangan sekali-sekali kita menjadi orang munafik. Sebab itulah kita menggunakan ungkapan janji ditepati supaya sebagai sebuah kerajaan, bila kita bercakap, kita bercakap yang benar dan bukan kita bohong. Bila kita janji, kita jangan mungkir janji sebab peribahasa menyebut 'binatang dipegang pada ekornya manusia dipegang pada janjinya.

"Kalau kita menggalas amanah, jangan kita khianati amanah. Sebab itulah saya bagi jaminan (kepada) tuan-tuan, setiap ayat, setiap perkataan yang kita luahkan kepada rakyat, kita dasarkan kepada kemampuan kita. Kalau kita tak mampu, kita tidak akan sebut kerana kalau berjanji kita tidak tunaikan, dosa itu adalah amat besar.

"Tuhan akan laknat kita, rakyat akan hukum kita, mereka (rakyat) akan hukum pemimpin yang tidak melakukan apa yang dia janjikan ataupun dia menipu rakyat," katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat, hari ini.

Program yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman itu dibanjiri kira-kira 50,000 rakyat yang datang dari pelbagai kawasan berhampiran Kudat seperti Pitas, Matunggong, Kota Belud, Tandek dan Pulau Banggi.

Najib juga berkata sambutan rakyat di Sabah dalam beberapa siri lawatannya ke negeri ini seperti di Sandakan, Sipitang, Kota Belud, Penampang dan Kudat yang mendapat sambutan cukup menggalakkan, menggambarkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

Katanya kehadiran beramai-ramai rakyat juga menggambarkan keyakinan bahawa rakyat hanya boleh menyandarkan harapan masa depan mereka kepada kerajaan BN dan bukan kepada orang lain, sekaligus melambangkan sokongan padu rakyat kepada kerajaan sekarang.

Najib juga memberi jaminan bahawa semua yang dijanjikan kerajaan BN akan ditunaikan tanpa mengambil kira bila pilihan raya umum akan diadakan.

Perdana Menteri juga menyifatkan Sabah sebagai cerminan masa depan rakyat 1Malaysia kerana di samping kepelbagaian kaum dan kepercayaan, rakyat negeri ini masih mampu bersatu padu dan hidup dalam suasana harmoni sejak kemerdekaan Sabah 49 tahun lalu menerusi pembentukan Persekutuan Malaysia.               

Mengenai pemilihan Kudat sebagai lokasi program Jelajah Janji Depati, Najib berkata ia bukan semata-mata disebabkan sentimen nostalgia Kudat sebagai bekas ibu negeri Sabah serta tempat kelahiran pemimpin agung Tun Datu Mustapha Datu Harun tetapi ia melambangkan iltizam kerajaan BN untuk terus membawa pembangunan kepada daerah itu.

Najib berkata sebagai seorang pemimpin, beliau perlu memahami keluh-kesah rakyat serta memahami denyut nadi mereka dan mesti mampu dan sanggup memenuhi aspirasi atau kehendak rakyat.

"Salah satu aspirasi rakyat, khususnya di Kudat ialah supaya bertitik tolak daripada pelancaran Jelajah Janji Ditepati ini, Kudat akan melalui zaman pemulihannya, Kudat dapat kembali kepada suatu ketika ianya merupakan ibu negeri Sabah dan kalau kita tidak boleh kembalikan ibu negeri Sabah kepada Kudat, sekurang-kurangnya kita dapat terus membangunkan Kudat ini seperti mana kehendak masyarakat di sini," katanya.

Selepas pelancaran Jelajah Janji Ditepati, Najib melawat kediaman bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun. Sebelum itu, Najib turut mengadakan tinjauan rakyat di sekitar Kampung Air dekat Kudat sejurus tiba dari Kundasang. 

Sabtu, 13 Oktober 2012

TINGKATKAN REPRESENTASI INDIA MELALUI CALON

ULASAN Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) merasa terpanggil melahirkan rasa terkilan dan kecewa untuk menyatakan serta membangkitkan isu keciciran masyarakat India dalam arus pembangunan negara. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat India turut sama menyumbang tenaga ke arah membangunkan negara Malaysia sejak sebelum merdeka.

Salah satu aspek penting dalam pembangunan negara adalah isu representasi masyarakat India dari segi politik. Jikalau kita melihat representasi dari segi politik, kita dapat melihat bahawa masyarakat India jauh ketinggalan sejak kemerdekaan bawah pemerintahan kerajaan BN.

Sejak sekian lama, jumlah kerusi Parlimen yang ditandingi pemimpin masyarakat India tidak pernah melebihi 10 kerusi di seluruh negara, manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak pernah melebihi 20 kerusi. Ini amat menyediakan tatkala masyarakat India dikatakan sebagai rakan kongsi masyarakat Malaysia.

Dalam pilihan raya ke-12 pada 2008, hasil kebangkitan masyarakat India yang memendam rasa sejak sekian lama menerusi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), maka jumlah kerusi yang ditandingi oleh pemimpin masyarakat India bertambah. Berlaku tambahan kerusi yang ditandingi oleh pemimpin masyarakat India PKR dan DAP.

PKR dengan 5 kerusi Parlimen serta 15 kerusi DUN. DAP dengan 8 kerusi Parlimen serta 15 kerusi DUN. Jumlah besar sebanyak 13 kerusi Parlimen dan 29 kerusi DUN bawah Pakatan Rakyat. Parti MIC pula kekal dengan 9 kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN dan tambahan satu kerusi Parlimen oleh pemimpin masyarakat India dari Parti Progresif Penduduk (PPP).

Ini menunjukkan bahawa pemimpin masyarakat India BN bertanding di 10 kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN, manakala pemimpin masyarakat India Pakatan dengan 13 kerusi parlimen dan 29 kerusi DUN. Sudah tentu ini menunjukkan bahawa pemimpin masyarakat India diberi pengiktirafan yang lebih oleh Pakatan berbanding BN.

Bagaimanapun, jika dilihat dari jumlah keseluruhan 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi DUN, angka representasi pemimpin masyarakat India di kedua-dua belah pihak seperti di atas amatlah menyedihkan. Ini kerana pemimpin masyarakat India di BN hanya mendapat sebanyak 4.5 peratus kerusi Parlimen dan 3.2 peratus kerusi DUN. 

Peratusan di Pakatan pula hanyalah 5.8 peratus kerusi Parlimen dan 5 peratus kerusi DUN. Nampaknya masyarakat India dipinggirkan oleh kedua-dua belah pihak. Sepatutnya representasi politik masyarakat India haruslah tidak kurang 10 peratus sama ada pembahagian kerusi Parlimen mahupun DUN. 

Ini harus diberi perhatian oleh Pakatan yang selalu melaungkan bahawa ia bukan parti perkauman. Jikalau benar bukan parti perkauman, maka mengapa masyarakat India dipinggirkan dari segi politik?Dengan pembahagian sebanyak 10 peratus, ini akan membolehkan 22 kerusi Parlimen dan 57 kerusi DUN ditandingi oleh pemimpin masyarakat India.

Kami mendapat tahu bahawa parti DAP sedia memperuntukkan sebanyak 10 kerusi Parlimen kepada pemimpin masyarakat India dalam pilihan raya umum ke-13. Jikalau benar, ini adalah sesuatu yang harus dipuji. Maka, PKR juga haruslah bersedia memperuntukkan sebanyak 12 kerusi Parlimen, iaitu tambahan sebanyak 8 kerusi Parlimen. Begitu juga dengan kerusi DUN yang harus ditambah.

Jikalau populasi masyarakat India yang menjadi persoalan, kita sedia maklum bahawa terdapat lebih 20 kawasan Parlimen dan lebih 70 kawasan DUN yang mempunyai jumlah masyarakat India melebihi 15 peratus seperti Parlimen Bagan Datoh dengan 22 peratus, Tapah (20 peratus) dan Tanjung Malim (18 peratus). 

Manakala kawasan DUN pula seperti Jalong (26 peratus), Chenderiang (25 peratus) dan Changkat Jong (26 peratus).Kita harus menginsafi bahawa masyarakat India dengan peratusan melebihi 15 peratus di mana-mana kawasan akan menjadi pemutus (kingmaker) untuk menentukan parti mana yang bakal memenangi kawasan tersebut.

Jangan dirisaukan soal calon kerana terdapat ramai calon yang berkelayakan, berpendidikan serta mempunyai sikap ingin berkhidmat.WargaAMAN bersedia untuk mencadangkan nama-nama calon India jika diperlukan oleh Pakatan. Permintaan WargaAMAN ialah beri 10 peratus kerusi kepada masyarakat India.

80 ORANG AHLI DAN PENYOKONG PEMBANGKANG SERTAI UMNO

Seramai 80 penyokong tegar dan anggota PKR, PAS dan DAP cawangan Felda Bukit Mendi dan Pucong menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin pakatan pembangkang yang
cuma mementingkan diri.

Mereka mengisi borang menyertai Umno dan menyerahkannya kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob pada majlis 'Pemimpin Turun Padang dan Kenduri Rakyat' di Felda Bukit Mendi, Bera, semalam.

Ia turut disaksikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Bera Mohd Fadzil Othman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan dan ADUN Guai, Norol Azali Sulaiman.

Wakil kumpulan tersebut Ismail Yusoff berkata, walaupun ada di antara mereka merupakan penyokong tegar dan anggota parti pembangkang sejak lebih 20 tahunl alu namun tiada apa yang dilakukan pembangkang bagi membela mereka.

"Contohnya saya sendiri sebagai penyokong tegar DAP, tetapi tiada apa yang dilakukan parti tersebut untuk membela nasib orang Melayu.

"Setelah memikir dan melihat kerajaan BN bersungguh-sungguh membela dan membantu rakyat membuatkan hati saya terpanggil untuk menyertai Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Beliau dan rakan-rakan yang kini menyertai Umno berikrar akan memberikan sokongan kepada pimpinan dan akan memastikan Umno dan BN menang pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Katanya, pemimpin pembangkang bukan sahaja tidak sekata, malah lebih mementingkan diri daripada membela nasib rakyat.

Dalam pada itu, Ismail menyeru mereka yang masih menyokong pembangkang terutamanya parti DAP kembali ke landasan asal dan menyokong UMNO dan BN.

"Hanya BN yang berjaya dan terbukti membela rakyat di mana segala kenikmatan dan kemewahan yang dirasai terutamanya bagi peneroka Felda ini adalah hasil daripada perjuangan Umno dan kerajaan BN," katanya.

Selasa, 9 Oktober 2012


Mat Indera Pejuang Kemerdekaan
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa beliau menganggap Mohammad
(Ahmad) Indera atau Mat Indera, yang memimpin serangan terhadap polis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor pada 1950, seorang pejuang kemerdekaan. 
    
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata ini kerana beliau berpendapat setiap orang yang menentang penjajah British pada zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan adalah pejuang kemerdekaan dan jika dilakukan selepas merdeka, mereka adalah pengganas.
    
Mat Sabu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Utusan Melayu (M) Bhd, pada perbicaraan kes saman fitnah beliau terhadap akhbar itu dan Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Aziz Ishak.
     
Dalam penyataan tuntutan, Mat Sabu mendakwa defendan dengan niat jahat telah menerbitkan tiga artikel berbaur fitnah terhadapnya berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong. 
    
Mat Sabu mendakwa penyiaran artikel itu, antara lain, menggambarkan beliau sebagai penyokong komunis dan telah keluar daripada ajaran Islam kerana mengiktiraf Muhammad Indera.
    
Prosiding di depan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam hari ini turut menyaksikan rakaman video cakera padat (VCD) ceramah Mat Sabu di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011 selama 13 minit.
    
Tayangan itu bertujuan mengesahkan kenyataan Mat Sabu berkaitan Mat Indera dalam ceramahnya dengan transkrip yang disediakan.
    
Terdahulu, Mat Sabu turut disoal berhubung kunjungan beliau ke Kampung Perdamaian Sukhirin, Thailand tiga tahun lepas untuk bertemu Abdullah CD, yang merupakan pengerusi Parti Komunis Malaya.
    
Mat Sabu, yang diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin, bagaimanapun berkata beliau tidak mengetahui latar belakang Abdullah CD secara terperinci dan hanya mengenalinya sebagai orang biasa.
    

Pemilih Di Luar Negara Berpeluang Mengundi Pada PRU13
Pindaan peraturan mengenai pilihan raya bersabit pemilih di luar negara menjadi pengundi pos akan dibentang dalam persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.
    
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pindaan itu adalah syarat tambahan yang menuntut rakyat Malaysia di perantauan berada di tanahair sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dibubar, untuk layak menjadi pengundi pos.

Pejabat Peguam Negara telah memberi maklum balas bahawa cadangan pindaan terhadap peraturan itu tidak memerlukan pindaan Perlembagaan dan undang-undang berkait.
    
Sehubungan itu SPR akan membentangkan cadangan pindaan terhadap borang dan peraturan pada persidangan Parlimen yang berlangsung sekarang, kata Abdul Aziz kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
    
Ini bermakna jika diluluskan, rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan memenuhi syarat akan layak membuang undi sebagai pengundi pos dalam pilihan raya umum ke-13.
    
Pada masa ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing dibenarkan mengundi secara pos iaitu mereka yang telah berdaftar sebagai pengundi dan memohon melakukan undi pos.
    
Pada masa yang sama, Abdul Aziz menasihatkan golongan terbabit agar mendaftar sebagai pemilih memandangkan  sambutan yang diterima setakat ini agak dingin.
    

Isnin, 1 Oktober 2012


Anwar: Pakatan Tak Perlu Umum Kabinet Bayangan

  • Ahmad Fadli KC
  • 4:16PM Okt 1 2012
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak perlu mengumumkan senarai kabinet bayangannya. 
"(Soal) kabinet bayangan ini, Najib ada umum siapa menteri besar
Selangor atau menteri kewangan (yang akan menggantikannya) selepas enang pilihan raya umum akan datang?" tanya Anwar kepada pemberita sewaktu sidang media.
Menurut Anwar lagi, kabinet bayangan pembangkang itu juga hanya diamalkan di negara-negara seperti UK dan Australia dan ia tidak pula diamalkan di negara-negara lain seperti US, Perancis, Indonesia dan Thailand.
Polemik kabinet bayangan kembali dibincangkan selepas perdana menteri dalam ucapan perasmian persidangan tahunan parti GERAKAN semalam, mencabar Anwar mewujudkannya sebelum bercita-cita mengambil alih kerajaan.

Menurut Anwar, barisan kepimpinan kanan Pakatan adalah satu petunjuk tentang siapa yang akan dilantik menjadi menteri sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.

"Saudara hendak tahu siapa bakal menteri dan timbalan menteri, saudara tengok senarai kepimpinan kanan ketiga-tiga parti."Itulah senarainya," kata Anwar.