# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Jumaat, 18 Mei 2012

PAS KEDAH PINJAM DUIT CETI NAK BUAT PRU-13


FAIL SULIT KERAJAAN PAS KEDAH?


HARI INI MKT DEDAHKAN PULA SATU MAKLUMAT SULIT YANG TELAH DIDEDAHKAN OLEH BLOGGER MyMassa. HAYATILAH MAKLUMAT INI DENGAN TENANG DAN YAKIN...
MyMassa ada dengar info sulit mengenai kedatangan Menteri Pertanian Singapura di Kedah.


Namun, maklumat yang ada pada MyMassa masih belum cukup. Apabila terbaca pendedahan PANAS dari sahabat blogger Gerakan Timur, rasa maklumat ini perlu disebarkan dengan lebih luas lagi.

PANASSS... Setelah Di Kelantan, Tanah Di Kedah Pula Bakal Digadaikan Kepada Singapura???


Malaysia mengalu-alukan lawatan Menteri Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7-10 Mei lalu.

Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan media pihak Singapura, dalam lawatan tersebut, beliau dijadualkan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman.

Selain itu, beliau juga dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis.

Namun, sumber-sumber dari Kedah mengkhabarkan bahawa Encik Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah. Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak mengikut jadual perjalanan untuk ‘pekena’ laksa Kuala Kedah atau Mee Abu, bolehlah kita berkata ‘ada ku kesah?’

Tetapi, bila khabar yang diterima menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah, maka kita mula merasa curiga, hairan, serta marah.


Perjumpaan PKR dan DAP dengan kedutaan Singapura bukan lagi rahsia. Pada PRK Bukit Selambau, Saifuddin Nasution telah berjumpa dengan pegawai kedutaan Singapura. LGE pula sering berulang alik ke Kota Singa.


Kini PAS menyertai DAP dan PKR untuk bersahabat dengan Singapura. Menarik bukan.

Khamis, 17 Mei 2012


KONVENSYEN MEDIA SOSIAL NEGERI PERAK.

Untitled




Kali ni Parang Pedang nak umumkan mengenai Konvensyen Media Sosial Negeri Perak. Program yang akan diadakan pada 19 Mei 2012 bertempat di Hotel Syuen Ipoh. Pendaftaran peserta bermula dari jam 7.30 pagi hingga jam 8 pagi. Para pembaca sekalian dijemput hadir menghadiri konvensyen ini. Kedatangan anda dialu alukan dan ia percuma.

HARGA MARUAH BANGSA MELAYU


Bayaran RM50,000 Biadap! Kata Tunku Aziz

Itulah jawapan YM Tunku Aziz Tunku Ibrahim, bekas Naib Presiden DAP terhadap tindakan daripada pihak Setiausaha Agung DAP yang cuba merasuahnya untuk meredakan keadaan.
Tunku Aziz dipetik oleh The Malaysian Insider sebagai berkata bahawa beliau menerima panggilan daripada Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik Lim Guan Eng,  yang menawarkan bayaran tetap sebanyak RM50,000.00.
Bayaran itu menurut Zairil seiring dengan tawaran jawatan Fellow kanan di Penang Institute, sebuah think-tank milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan peluang untuk sering keluar negara.
Memang biadap! Apa Lim Guan Eng fikir dia boleh beli warga Malaysia begitu sahaja?  Apakah ini warna sebenar Lim Guan Eng dan DAP?
YM Tunku Aziz kurang bernasib baik kerana parti yang pernah diwakilinya begitu tidak demokratik, sama seperti PKR dan PAS. PAS telah memecat Dr. Hassan Ali dan PKR memecat Wakil Rakyatnya serta pimpinan dalam parti yang tidak seiring dengan Ketua Umum PKR.
KuLi- walau lantang, sentiasa dapat pernghormatan dari Presidennya.
Yang bernasib baik ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Katalah apapun, buatlah apapun, waima secara terang-terangan tidak sependapat dengan pimpinan UMNO dan hala tuju UMNO dalam hal-hal tertentu, namun terus dihormati oleh presiden UMNO.
Ini bukti jelas kepada rakyat Malaysia bertapa berbeza kepimpinan Najib Razak kalau dibandingkan dengan Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Keluarga Lim dalam DAP.

Parti PAS akan dibubarkan sebelum PRU-13


PAS Setuju Letak Calon Bukan Islam Di Johor Dan Sarawak....Alahai PAS



PAS bersetuju meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding di Sarawak dan Johor pada pilihan raya umum ke-13.Apa sudah jadinya PAS hari ini sehingga tiada lagi kah calon melayu layak bertanding.....PAS sanggup lakukan apa saja demi untuk dapat raih undi bukan melayu.Adakah apa apa masalah islam nak dibawa melalui bukan Islam... Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw berkata dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tiram, Johor, dan satu kerusi Parlimen di Sarawak."Perkara ini sudah dipersetujui PAS pusat. DHPP memang meminta PAS pusat meletakkan calon dari sayap DHPP di satu kerusi setiap negeri, tidak kira sama ada kerusi Parlimen ataupun DUN. PAS MEMBIARKAN ISU INI BERLAKU KEPADA BUKAN ISLAM UNTUK MENJADI CALON PAS ALANGKAH SEDIHNYA APABILA MENDENGARNYA,PERUBAHAN YANG DIBAWA AMATLAH PELIK DAN AJAIB

* PENULIS MERAYU KEPADA MURSYIDUL AM PAS DAN PRESIDEN PAS AGAR MENUKAR NAMA PARTI PAS ATAU MENGGUGURKAN NAMA ISLAM DALAM PARTI PAS KERANA PARTI INI TELAH LARI DARIPADA MATLAMAT PERJUANGAN PENUBUHAN SEMASA DR BURHANUDDIN HELMI MENJADI PENGASASNYA DAHULU.

TEKANAN DARAH MAT SABU NAIK


Mat Sabu Tersepit Bila ‘Awek’nya Tak Mahu Anjur Bershit 4.0


PENGUMUMAN yang dibuat oleh Jawatankuasa Bershit yang menyatakan bahawa pihak mereka tidak akan menganjurkan himpunan Bershit 4.0 dijangka telah memberikan satu tamparan hebat kepada PAS, khususnya kepada Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat dan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.
Jawatankuasa berkenaan melalui Pengerusi Bersamanya, A Samad Said menjelaskan bahawa himpunan Bershit 4.0  tiada di dalam kalender perancangan mereka dan hanya mahukan dua perkara dilaksana pada pilihanraya umum (PRU) nanti.
Dua perkara tersebut ialah memastikan rakyat yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab mengundi dan sama-sama memantau sekiranya terdapat sebarang bentuk penipuan ketika mengundi. Itu saja?
Beberapa hari sebelum Jawatankuasa Bershit mengeluarkan kenyataan tersebut, Nik Aziz dan Mat Sabu mendabik dada memberitahu bahawa mereka akan menganjurkan himpunan Bershit 4.0 dengan mensasarkan penyertaan seramai sejuta orang.
Apa cerita sekarang Mat Sabu? Beriya-iya benar mahu menganjurkan Bershit 4.0 sehingga ‘terlebih sudu dari kuah’?
Kenyataan dari penganjur sebenar Bershit itu jelas menunjukkan bahawa mereka kurang senang dengan PAS dan parti pembangkang lain yang dilihat seolah-olah cuba mengambil alih peranan dan tujuan mereka berdemo.
Sebelum ini, timbul desas-desus yang menyatakan tentang rungutan Ambiga dan rakan-rakannya yang kecewa dan marah terhadap PAS, PKR dan DAP yang ‘melebih-lebih’ ketika menyertai jawatankuasa itu ketika berhimpun.
Menurut sumber terdekat, sebelum mengadakan perhimpunan, Bershit telah menggariskan sebuah himpunan yang aman dan tidak ada sebarang provokasi serta patuh kepada garis panduan yang ditetapkan undang-undang.
Namun kehadiran penyokong-penyokong Pakatan Haram yang melakukan provokasi melampau, mengganas dan menyerang pihak berkuasa yang menjaga keamanan serta gagal dikawal oleh pemimpin-pemimpin parti mereka telah membuatkan jawatankuasa Bershit marah.
Khabarnya, mereka kecewa dengan cara penyokong parti pembangkang yang disifatkan sebagai tidak bertamadun dan tidak menghormati penganjur himpunan itu.
Isu kemarahan Bershit kepada parti pembangkang ini mula kedengaran ada himpunan Bershit 2.0.
Maka dengan sebab itulah A. Samad Said secara tegas menekankan tentang cara berdemo Bershit 3.0 yang mahu penyokong mereka hanya “duduk dan bantah”, dengan harapan tiada sebarang provokasi, keganasan atau tindakan melanggar undang-undang.
Mungkin sedar tentang injunksi mahkamah yang melarang Bershit 3.0 berhimpun di Dataran Merdeka maka Ambiga dan Pak Samad hanya berlegar di “sempadan” sahaja dan tidak melanggar perimeter yang ditetapkan.
Malangnya, datang puak-puak yang mengamalkan “hukum rimba”, mereka merempuh perimeter pihak berkuasa, menceroboh, menyerang dan melakukan provokasi melampaun sehingga mengundang tindak balas yang agak keras dari pasukan polis.
Apatah lagi mendengar kenyataan Mat Sabu yang menyatakan bahawa dia dan PAS sendiri mahu menganjurkan Bershit 4.0 tanpa merujuk kepada jawatankuasa asalnya, lagilah Ambiga dan konco-konconya bengang dan sakit hati!
Hakikatnya, Nik Aziz dan Mat Sabu memang “muka tak malu”.
Mereka seolah-olah tidak sedar bahawa Bershit memang tidak berkenan dengan cara mereka yang tidak bertamadun, ganas dan liar.
Justeru itu, kita nantikan apakah Mat Sabu dan Nik Aziz berani menganjurkan Bershit 4.0 dan melakukan “hijack” kepada program yang asalnya dianjurkan oleh Ambiga dan rakan-rakan LGBTnya.
Kalau Mat Sabu buat juga Bershit 4.0 bagus juga, kerana majoriti rakyat memang benci dan marah pada himpunan yang tidak memberi sebarang faedah dan menyusahkan ramai pihak itu.
Tapi, kalau Mat Sabu tidak memastikan Bershit 4.0 menjadi kenyataan, maka jelaslah bahawa PAS sebenarnya bukan saja menjadi “keldai” kepada DAP dan PKR, malah ia mengesahkan bahawa mereka juga tunduk kepada Bershit dan Ambiga!
Mat Sabu sudah tersepit sebenarnya dan mari kita saksikan bagaimana dia melepaskan diri…

Sabtu, 7 April 2012

PAS TAKDIR KEDAH DALAM KEADAAN TEMPANG : TPM

KALAU MAHU ORANG MELAYU SELAMAT PRU KE 13 PILIH BARISAN NASIONAL YANG DI TUNJANGI PARTI UMNO BUKAN SEPERTI PAKATAN HARAM DI TUNJANGI OLEH DAP