# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Sabtu, 28 November 2015

MENTERI JENIS PEMAKAN DEDAK

Tradisi Perasmian Sayap Umno bolih diubah kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Ds Salleh Said Keruak yaitu Menteri pemakan DEDAK belaan Ds Najib paling lantang masakini.

Katanya lagi ''Ini hanya satu tradisi dan satu keistimewaan yang diberi kepada Timbalan Presiden Umno dan ini bukan haknya serta keistimewaan bolih hilang sekiranya disalah guna"
(Utusan Malaysia 28hb Nov 2015)

Saya masih tak faham kenyataan Menteri pemakan DEDAK ini apa kesalahan yang telah TSMY buat semasa beliau merasmikan Persidangan sayap Umno pada Persidangan tahun lepas ?

Walau apa pun saya ingin mencadangkan kepada 191 Ketua Bahagian dan 21,800 Ketua Cawangan seluruh Negara semasa Mesyuarat Agong akan datang mengusulkan bahawa 3 sayap Umno wajib dirasmikan oleh Ketua sayap masing-masing. Ada Berani ? ? ?

Selasa, 24 November 2015

BUKAN TIDAK ADA GERAKAN MENDESAK TAPI ? ? ?

Tiada bahagian atau cawangan Umno Perak terlibat dalam gerakan untuk mendesak Perdana Menteri Ds Najib Razak meletak jawatan sebagai Presiden Umno kata Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Perak Ds Dr Zambry Abdul Kadir.

Hebat Umno Perak dibawah kepimpinan Ds Zamdry tapi soalan mudah saya siapa nak daftarkan 339,921 yang layak mengundi tapi belum didaftarkan lagi ? ? ?

ISLAM AGAMA RASMI PERSEKUTUAN

Hanya seorang melayu Islam yan berani bersuara setakat ini yang lain semua dah jadi syaitan bisu lahanat,Obama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan agar Malaysia menerima konsep perkahwinan sejenis. Kita tidak perlu mana-mana pihak luar mengajar kita bagaimana untuk mengurus negara. Kita yang berhak mentadbir dan mengurus kedaulatan negara ini.

Apa yang orang lain buat di negara masing-masing itu hak mereka. Dalam konteks Malaysia, kita ada Perlembagaan yang jelas meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Bekas Timbalan Presiden Pas Nashruddin Mat Isa.

Nasharuddin selar Obama kerana promosi perkahwinan sejenis di Malaysia - The Malaysian Insider
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) Nashruddin Mat Isa membidas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama…
THEMALAYSIANINSIDER.COM

Ahad, 22 November 2015

PAS ANTARA SEDAR DENGAN TIDAK

Usahlah disangka cerah hingga ke petang. Ingatlah juga kebarangkalian hujan di tengahari. Usahlah sombong dan angkuh apabila berkuasa sedangkan kuasa itu diperolehi bukan hanya dengan dokongan bersendiri kata Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Ali Parlimen Kuala Nerus (Pas) kepada Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.


Apakah Pas sekarang baru sedar yang Dap memiliki sifat sombong dan Angkuh malah bolih saya tambah kebanyakan pemimpin Dap terlalu biadap dan kurang ajar selepas Dap dapat duduk semeja dan bekerjasama dengan Pas sehingga ada seorang pemimpin Pas membuat kenyataan beliau sanggup makan daging babi bersama LGE tapi tak sangup makan ayam dengan Ds Najib. Fikir-Fikirkan ! ! !

JADI AHLI PARLIMEN BANDAR KUCING TAPI BODOH MACAM BERADA DIBANDAR BABI





Apa guna menjadi warganegara Malaysia jika tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan. Bukankah di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung? Apa makna menjadi ahli Parlimen kalau tidak menghormati peraturan Dewan yang mulia, apatah lagi melibatkan soal bahasa rasmi.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chien Jen yang bertegas mahu berbahas dalam bahasa Inggeris ketika sidang Dewan Rakyat tindakan terbaik LUCUTKAN KERAKYATAN NYA. Apa makna menjadi ahli Parlimen kalau tidak menghormati peraturan Dewan yang mulia

SEMUANYA DISEBABKAN UMNO

Kenapa kebelakangan ini ramai Pemimpin terutama Pemimpin pembangkang melayu dengan mudah menyalahkan Umno, Hubungan kaum tegang disebabkan Umno, Ekonomi gawat kerana Umno, tertubuhnya Perkasa dan Isma disebabkan Umno, berlakunya Banjir disebabkan Umno, Kapal terbang terhempas disebabkan Umno, Pendek kata semuanya ini berlaku disebabkan oleh Umno dan Umno dianggap paling jahat, apakah apabila tiada Umno suatu masa nanti, semuanya akan menjadi terbaik ?

Jika kerajaan Umno pimpinan orang Islam hari ini ekstrem, sudah lama bangsa pendatang tidak akan dapat apa yan mereka sedang miliki sekarang ini dan mereka juga tidak menjadi kaya-raya. Pernahkah kerajaan Umno pimpinan orang melayu Islam ini merampas sebahagian dari kekayaan mereka dan berikan kepada orang melayu sebagaimana yang bangsa Cina komunis lakukan dan sebenarnya toleransi dan kerjasama umat melayu Islam terhadap bukan Islam amat tinggi nilainya,sepatutnya bangsa pendatang menghargai toleransi ini sebelum umat melayu Islam hilang kesabarnya.

Sabtu, 21 November 2015

MELAYU BODOH

Saya tidak pasti sama ada Umno mahu menerima pandangan saya atau tidak. Tetapi Pru akan datang adalah penentu kepada hidup matinya Umno/Bn. Jika Bn terus meletakkan calon Cina Mca dan Gerakan di kawasan majoriti Melayu, Bn akan kalah.

Jangan jadi saperti Dun Penanti melayu 72 % tapi bila melayu bodoh bermain politik inilah akibatnya.

PEMIMPIN KOMUNIS

Walau apa pun pemimpin Dap kebanyakan berasal dari keturunan parti komunis yg telah diharamkan, kalau dahulu mereka berjuang mengangkat senjata dalam hutan tetapi sekarang mereka sudah berada didalam Dewan Undangan Negeri dan Dewan Parlimen untuk meneruskan perjuangan mereka ada yan tidak setuju dengan saya ?

Jumaat, 20 November 2015

UMNO DULU KINI DAN SELAMA-LAMA NYA


Umno dilihat lemah hari ini bukan kerana permainan pembangkang tetapi kerana adanya ahli parti yang mementingkan jawatan dan kedudukan, kerana segelintir ahli parti yang tidak ikhlas dalam memperjuangkan matlamat parti maka Umno kini berhadapan dengan krisis.

PEROSAK UMNO


Penyebab Umno / Bn dibenci berpunca dari sikap dan minda Pemimpin masakini tidak ada isu dari rakyat tetapi pencipta isu dan pencipta kerosakan kepada perjuangan Umno adalah Pemimpin masakini, jika Pemimpin korap ini berundur pastinya Umno /Bn akan selamat.

Khamis, 19 November 2015

BERFIKIR

Dalam Pejabat Perdana Menteri dan badan perunding yang dilantik sudah terlalu banyak pakar, Inilah perkara yang perlu difikirkan secara serius dalam mengenengahkan barisan kepemimpinan pada masa akan datang. 

Hari ini, kita perlu fikirkan bersama bagaimana mencari saorang yang mahu kita jadikan nya sebagai Pemimpin kerana Orang yang matang bertindak mengikut akal fikiran, bukan hawa nafsu. Orang matang sentiasa memikirkan soal masa depan berbanding masa kini. Orang matang selalu mendahulukan rakyat berbanding diri sendiri.

Selasa, 17 November 2015

PESANAN DATO ONN JAAFAR

MARILAH kita hayati pesanan Dato' Onn Jaafar, YDP UMNO, ketika PAU 1, 1946. Nasib Melayu hanyalah akan dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati sesama mereka. Meskipun sesama kita berlainan fikiran dan fahaman, taraf dan kedudukan, tetapi hakikat tujuan dan maksud kita hanya satu, iaitu kita hendak meninggikan dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita.

Oleh yang demikian mari sama-sama kita tegur pemimpin, termasuk raja, jika mereka melakukan kesilapan dan kesalahan, secara berhikmah. Jangan kita jadi manusia hipokrit.Jangan bodek mereka. Itu menempah kecelakaan. Rasulullah dan 4 Khalifah kita juga ditegur rakyat. Ingatlah, kita semua manusia biasa, bukan Nabi.

Jangan menikam sesama sendiri kerana kita bersaudara. Tolak pemimpin yang mengamalkan rasuah. Rasuah hanya akan menjahanamkan kita. Pertahankan hak kepada yang berhak demi pembangunan negara bangsa tercinta, bersumberkan perlembagaan. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan, tanpa rasa takut kepada ugutan kaum pendatang.

Marilah kita tunjukkan, hanya dengan persatuan di antara kita, akan lahir satu bangsa yang hebat, boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar. Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha sebelum ini.

MELAYU MUDAH DITIPU

Dap walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan secara halus meminggir dan menyingkirkannya. Malang sekali ada Melayu Islam yang tergoda dengan gula-gula ini.

Dap mahukan sejarah kemerdekaan negara ini ditulis semula, dengan menekankan sumbangan kaum secara sama rata. Tanpa memberikan lebih kredit kepada bangsa Melayu.Sedangkan sejarah membuktikan, bahawa orang Melayulah yang paling banyak berkorban bermula dari negara ini dijajah sehinggalah mencapai kemerdekaan, dengan tidak menafikan sumbangan kaum lain.

Tidak semua yang Umno buat itu terbaik. Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, terutama dari sudut integriti. Saya amat mengharapkan sebelum PRU 14 yang bergelar sebagai pemimpin mendekati rakyat dan berterus terang dengan rakyat apa yang sedang berlaku masakini.

Isnin, 16 November 2015

JANGAN JADI BARUA DAP LAKNATTULLAH

Ingatan saya kepada Pas berpisahlah dengan Pakatan Haram selagi Pas berada di landasan yang benar, tidak ada yang perlu ditakutkan.Tidak mustahil suatu masa nanti, ditakdirkan Umno tersungkur, disebabkan oleh tindakan segelintir pemimpin-pemimpinnya yang tidak boleh dicontohi, Pas boleh mengambil tempat Umno. Kepada Umno, ingat amaran Allah, tidak mustahil, Allah akan menggantikan kamu dengan orang yang lebih baik, jika kamu terus leka dan tidak sedar diri. Kembalilah kepada Allah dalam membuat sebarang keputusan.

BANGKITLAH WAHAI UMAT MELAYU

Melihat kepada situasi Melayu masakini perpecahan yang semakin menakutkan, rosaknya Melayu, kerana Melayu, bukan orang lain. Orang lain hanya mengambil kesempatan terutama cina Dap Laknattullah, menangguk di air yang keruh dalam segala aspek Melayu bermasalah.

Bangsa lain ada juga masalah tetapi tidak setenat bangsa Melayu. Demi bangsa mereka masih bersatu, meskipun mereka tidak ada al-Quran dan al-hadis.Wahai Melayu, cepatlah bertaubat, sebelum terlambat. Masa semakin singkat. Tak banyak yang boleh dibuat.

Ingat wahai Melayu, jangan bertindak nafsu, tetapi bertindak dengan melihat sejauh ia menguntungkan agama dan bangsa. Jangan terlalu beremosi, sehingga hilang rasional. Melayu kini bertindak tanpa mengambil kira kepentingan rakyat. Hanya kerana seorang dua individu yang tidak disukai, Melayu sanggup menghancurkan keseluruhan Melayu.

Masa untuk kita bangkit dan mencipta kegemilangan sudah tidak banyak, kerana orang lain sudah jauh meninggalkan kita. Mereka asyik merebut ruang dan peluang, meskipun peluang itu hak milik kita sendiri.Bangunlah, jangan biarkan masalah terus membelenggu. Selesaikan masalah tersebut sebelum terlambat. Bangsa lain jauh berada di hadapan.

Jumaat, 13 November 2015

KUASA BOLIH TERGADAI BANGSA

Tidak dinafikan kongsi kuasa adalah salah satu elemen politik. Tetapi tidak semua dalam politik, boleh berkongsi kuasa. Politik bukan soal kuasa dan menubuh kerajaan semata-mata. Politik adalah juga soal prinsip atau privasi. Kadangkala bersendirian lebih baik dari berdua. Matlamat tidak menghalalkan cara. Jangan kerana terlalu berahikan kuasa, sehingga tergadai segala.

JANJI MANIS DS NAJIB DEMI MENDAPATKAN KUASA

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengeluarkan apa sahaja kenyataan bagi menyukakan hati bukan Melayu.

Bahkan motifnya lebih dilihat kepada usaha mencari populariti.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ia dilakukan kerana beliau tahu dirinya tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu.

Kenyataan itu merujuk kepada pendirian Najib mengenai istilah pendatang selepas penggunaannya ia menimbulkan rasa kurang senang di kalangan kaum India.

“Dekat Cina, Najib janjikan tak hapus aliran Cina, di depan India dia ingatkan Melayu henti panggil pendatang. Dia peduli apa perasaan Melayu,” tulisnya di zamkata.blogspot.com
Jelasnya, mana-mana kaum di negara ini tidak dianggap sebagai pendatang sekiranya mereka boleh menguasai bahasa Melayu.

Bagaimanapun, tulis Zainuddin usaha dipandang sepi kaum berkenaan yang berterusan cuba mengagungkan bahasa Inggeris dengan menjadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.

“Kalaulah orang Cina faseh berbahasa Melayu seperti orang India, orang Cina tak akan diingat sebagai pendatang.Sebabnya kebenyakan anak orang India ke Aliran Kebangsaan sejak sekolah rendah

Khamis, 12 November 2015

JANGAN LABEL PENDATANG KEPADA KAUM INDIA


Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa pihak-pihak tertentu jangan melabelkan masyarakat India sebagai pendatang Janganlah gelar mereka pendatang. Jika kita gelar mereka pendatang kita tidak anggap saudara kita itu mempunyai kewarganegaraan, sedangkan mereka berhak.



KERA DIHUTAN DISUSUKAN ANAK DIPANGKUAN MATI KELAPARAN

Jumaat, 6 November 2015

JADI TUAN PENASIHAT

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mempertimbangkan melantik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kerajaan BN itu.Menteri Besar Teranganu itu berkata penting untuk mempertimbangkan pandangan politik pelbagai pihak dan menerima apa yang memberi manfaat kepada orang ramai.Razif berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama dalam konvensyen Umno Terengganu semalam.

SIAPA PENDATANG SEBENARNYA

Semasa merasmikan persidangan perwakilan nasional ke-44 Parti Gerakan pada 18hb okt 2015 di Kuala Lumpur Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak BERKATA rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang, tetapi adalah anak watan yang menyumbang kepada pembangunan negara, sebab itu anda bukan pendatang.

Apakah selepas ini Ds Najib juga akan berkata bahawa kaum India juga bukan pendatang apabila beliau diberi penghormatan untuk merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Mic akan datang dan begitu juga dengan perasmian Persidangan Perwakilan Parti Mca beliau sekali lai terpaksa menyatakan bahawa kaum Cina Mca jua bukan pendatang.

Apa yang mencurigakan saya takut-takut nanti semasa merasmikan persidangan agong Umno yang akan datang Ds Najib mengumumkan pula kaum melayu dan Pribumi adalah bangsa dan kaum PENDATANG.

DAH SESAT AGAKNYA MENTERI INI

Apa dah jadi dengan menteri ini satu ketika dahulu perkataan begini keluar dari mulut penyokong Pas kini Umno juga sudah ada manusia begini jangan sampai ada pula mana-mana pemimpin melayu yang akan berkata orang melayu wajib sokong Parti Dap jika tidak menyokong hukum nya berdosa besar kerana Dap lahir dimalaysia atas kehendak Allah. Fikir-fikirkan